Selasa, 10 Ogos 2010

" AHLAL WA SAHLAN WA MARHABAN YA RAMADHAN AL - MUBARAQ "



SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL - MUBARAQ.

SELAMAT DATANG BULAN RAMADHAN, PINTU SYURGA DIBUKA SELUAS - LUASNYA, PINTU NERAKA DITUTUP SERAPAT - RAPATNYA.

SELAMAT BERPUASA, SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN RAMADHAN YANG MULIA.

Selasa, 10 November 2009

Selasa, 3 November 2009

Penahanan Mohd. Asri disokong

JOHOR BAHRU 3 Nov. - Persatuan Kebajikan Al-Jamiatul Khairiah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin kelmarin.

Presidennya, Datuk Syed Hussein al-Habshee berkata, pihaknya menerima banyak rungutan dan aduan di kalangan ahlinya dan masyarakat setempat di Wilayah Persekutuan dan Selangor tentang ceramah yang pendekatannya disyaki beraliran Wahabi.

"Ramai yang mendesak agar persatuan membuat permintaan terhadap kerajaan supaya diambil tindakan bagi mengelak kekeliruan masyarakat setempat yang berpegang kepada mazhab Syafie," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Kelmarin, Mohd. Asri ditahan oleh JAIS di Taman Sri Ukay, Hulu Klang kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Bagaimanapun, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor semalam tidak mendakwanya, sebaliknya Mohd. Asri hanya dikenakan bon jaminan JAIS sebanyak RM3,000.

Syed Hussein berkata, pendekatan yang disyaki Wahabi itu dikhuatiri akan memecah belah dan mengelirukan masyarakat khususnya generasi muda.

"Kita tidak mahu sesiapa yang cuba menjadi jaguh keilmuan dengan mencetuskan kontroversi dan polemik melalui pendekatan bercanggah dengan mazhab yang diamalkan di negara ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar diadakan muzakarah antara mufti-mufti berhubung pendekatan dan fahaman yang dibawa Dr. Mohd. Asri itu.

"Mufti-mufti boleh membuat rumusan untuk membantu dan memberi panduan kepada umat Islam serta mencari jalan penyelesaian terbaik.

"Perbincangan seterusnya adalah antara ilmuwan agama dengan Dr. Mohd. Asri sendiri," katanya.

Syed Hussein berkata, apa yang berlaku seolah-olah sejarah berulang kembali kerana pada sekitar 2007, tiga tokoh ulama bermazhab Syafie dari Yemen juga tidak dibenarkan oleh Dr. Mohd. Asri berceramah tanpa tauliah di Perlis ketika beliau menjadi mufti negeri itu.

Justeru, pihaknya percaya JAIS telah membuat pelbagai pertimbangan sebelum melakukan penahanan.

Isnin, 2 November 2009

MUSIM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SUDAH TIBA!!!















GAMBAR KENANGAN: Ketua Biro Dakwah, Hj Haziq sedang menerima hadiah daripada Yang Berbahagia Mudirah, Datin Hjh. Rohani Hj. Awi.


"Belajarlah rajin - rajin rakan - rakan ku"
(Hj Haziq Ahmad Zaki bin Mohammad Zulkipli Al - Wasly)
















Warkah Dari Ketua Biro Dakwah Madrasah Islamiah.

Hj. Haziq Ahmad Zaki bin Mohammad Zulkipli Al - Wasly.


Sekarang, sudah tiba masa ujian dan peperiksaan penggal akhir tahun. Ramai pelajar - pelajar Madrasah Islamiah panik dan kelihatan kurang bersedia apabila mendengarnya. Mendengar sahaja ujian, pasti ada yang mengeluh dan bersedih. Kelihatan ramai pelajar - pelajar Madrasah Islamiah kini cuba memikirkan jalan yang terbaik macam mana nak menjadi pelajar - pelajar yang cemerlang dan terbaik.

Ujian peperiksaan penggal akhir tahun ini sebenarnya bermula sejak 26 Oktober yang lalu. Memang ramailah pelajar - pelajar Madrasah yang kurang bersedia, tetapi semangat dan kekentalan mereka masih ada. Kekuatan fizikal dan mental ialah antara yang menjadi punca mereka menjadi kental, kuat dan bersemangat, seperti Allahyarham anak saudara saya dulu, iaitu Allahyarhamah Siti Nur Hidayah Al - Hanisah. Dia sendiri pernah berpesan kepada saya bahawa "Usaha Itu Adalah Tangga Ke Arah Kejayaan, Kalau Tak Nak Usaha, Tidak Perlulah Kita Menaiki Tangga Kejayaan Itu".

Kata - katanya tersemat di dalam hati saya. Pemergiannya amat menyedihkan saya, namun namanya akan terus saya kenang sampai bila - blia. Itulah kata - katanya tadi yang amat memberi kesan kepada saya dan sesetengah rakan - rakan saya di Madrasah Islamiah. Kata - kata tersebut harus dipegang kuat kerana semakin hari semakin ramai pelajar - pelajar sekolah menengah di Malaysia yang kurang mengambil berat tentang pelajaran, apatah lagi mereka yang ingin menduduki ujian peperiksaan besar.

Musim ujian pun terus berlangsung di Madrasah Islamiah. Guru - guru di Madrasah Islamiah bersedia menampalkan jadual ujian yang akan kami duduki.

Sememangnya, apa yang pasti, kita semua nakkan kejayaan. Semua ingin berjaya. Tidak ada orang yang hidup di dunia nyata ini nakkan kegagalan dan kesesatan. Semua nak berjaya, cemerlang, gemilang dan terbilang.

Ujian peperiksaan akhir tahun ini menampilkan kehadiran seorang lagi pelajar baru dari Kampung Semerah Padi, iaitu Adi Fuad.

Walaupun dia baru sahaja masuk ke Madrasah Islamiah, tetapi Yang Berbahagia Mudirah, Datin Hjh. Rohani Hj. Awi tetap juga menyuruh dia agar dia menduduki ujian peperiksaan penggal. Tidak kira sama ada dia menduduki kelas lain ataupun kekal di kelasnya sendiri( iaitu Tsanawi I), dia tetap disuruh agar menduduki ujian peperiksaan penggal.

Fuad berlainan ujiannya berbanding kami semua kerana kami hanya memegang satu kertas untuk satu kelas sedangkan Fuad pula memegang dua helai kertas, iaitu kertas Kelas Tsanawi I dan kertas Kelas Khas.

Apapun, yang penting, mesej saya di sini ialah belajarlah rajin - rajin. Jangan lupa dan jangan alpa pada pelajaran dan Ilmu. Islam pun mementingkan Ilmu. Jadi "Work Hard, Study Smart".



Sekian, Assalamualaikum.


"BERILMU, BERAMAL, BERTAQWA."


Hj. Haziq Ahmad Zaki bin Mohammad Zulkipli Al - Wasly.

Ketua Biro Dakwah Madrasah Islamiah.























Kewangan Islam wajar jadi elemen strategik pulihkan ekonomi

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sektor kewangan Islam yang semakin pesat wajar dijadikan elemen strategik bagi memulihkan krisis ekonomi dunia.

Perdana Menteri berkata, saranannya itu berdasarkan kepada kemampuan sektor berkenaan untuk terus berkembang walaupun dunia kini berhadapan dengan masalah ekonomi.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan kepada pihak yang terlibat melaksanakan sistem tersebut supaya melakukannya bersungguh-sungguh dan bukannya secara sambil lewa.

''Untuk tujuan itu, kita memerlukan beberapa tindakan agar sektor ini benar-benar berperanan dalam menangani sebarang kesan ekonomi ekoran berlakunya krisis sama ada pada masa ini atau pada masa akan datang,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur kali ke-6 (KLIFF 2009) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Najib berkata, tindakan yang dimaksudkannya itu merangkumi empat strategi.

Pertama, katanya, memastikan pelaksanaan sistem kewangan Islam menepati matlamat dan objektif yang ditetapkan oleh syariat.

''Kedua, memastikan pelaksanaan sistem ini disokong sepenuhnya oleh amalan urus tadbir yang berkesan iaitu dengan menentukan tugas institusi kewangan Islam dilakukan dengan betul supaya ia menepati kehendak syariah.

''Ketiga, memastikan sistem pengurusan risiko mempunyai pelindung yang sesuai iaitu dengan mengambil langkah menyediakan sistem yang canggih bagi tujuan melindungi sektor ini,'' katanya.

Terakhir kata Perdana Menteri, memastikan prasarana sokongan yang lebih komprehensif diwujudkan antaranya undang-undang, peraturan dan kerangka kerja bagi tujuan pembangunan industri kewangan.

Dalam pada itu, beliau berkata, sektor kewangan Islam di Malaysia telah memasuki fasa baru apabila operasinya selaras dengan pelaksanaan persekitaran yang lebih liberal.

''Kita telah pun menawarkan pelbagai insentif untuk menarik lebih banyak penyertaan pelabur dan tenaga mahir untuk datang ke negara ini bagi melibatkan diri dalam sektor ini.

''Kerajaan sendiri telah mempromosi segala insentif yang ditawarkan supaya sektor yang sama di luar negara datang ke Malaysia bagi merancakkan lagi perkembangan sektor kewangan Islam di negara ini,'' tambah beliau.
















Penahanan Mohd. Asri disokong

JOHOR BAHRU 3 Nov. - Persatuan Kebajikan Al-Jamiatul Khairiah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin kelmarin.

Presidennya, Datuk Syed Hussein al-Habshee berkata, pihaknya menerima banyak rungutan dan aduan di kalangan ahlinya dan masyarakat setempat di Wilayah Persekutuan dan Selangor tentang ceramah yang pendekatannya disyaki beraliran Wahabi.

"Ramai yang mendesak agar persatuan membuat permintaan terhadap kerajaan supaya diambil tindakan bagi mengelak kekeliruan masyarakat setempat yang berpegang kepada mazhab Syafie," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Kelmarin, Mohd. Asri ditahan oleh JAIS di Taman Sri Ukay, Hulu Klang kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Bagaimanapun, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor semalam tidak mendakwanya, sebaliknya Mohd. Asri hanya dikenakan bon jaminan JAIS sebanyak RM3,000.

Syed Hussein berkata, pendekatan yang disyaki Wahabi itu dikhuatiri akan memecah belah dan mengelirukan masyarakat khususnya generasi muda.

"Kita tidak mahu sesiapa yang cuba menjadi jaguh keilmuan dengan mencetuskan kontroversi dan polemik melalui pendekatan bercanggah dengan mazhab yang diamalkan di negara ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar diadakan muzakarah antara mufti-mufti berhubung pendekatan dan fahaman yang dibawa Dr. Mohd. Asri itu.

"Mufti-mufti boleh membuat rumusan untuk membantu dan memberi panduan kepada umat Islam serta mencari jalan penyelesaian terbaik.

"Perbincangan seterusnya adalah antara ilmuwan agama dengan Dr. Mohd. Asri sendiri," katanya.

Syed Hussein berkata, apa yang berlaku seolah-olah sejarah berulang kembali kerana pada sekitar 2007, tiga tokoh ulama bermazhab Syafie dari Yemen juga tidak dibenarkan oleh Dr. Mohd. Asri berceramah tanpa tauliah di Perlis ketika beliau menjadi mufti negeri itu.

Justeru, pihaknya percaya JAIS telah membuat pelbagai pertimbangan sebelum melakukan penahanan.

Khamis, 29 Oktober 2009

GAMBAR KENANGAN MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI











Hj Haziq Ahmad Zaki dan rakan - rakannya, Mohd. Fikri(Berbaju Hitam) Mohd Harith Danial Sapawi(Berbaju Melayu Putih Johor), sedang mendendangkan lagu "Selamat Hari Raya Aidilfitri" yang dinyanyikan selalu oleh Dato' Ahmad Jais di kaca televisyen dan radio. Nama kumpulan pimpinan Hj Haziq ini ialah kumpulan "SRI SETIA DAKWAH".













Ustaz kami, Al - Fadhil Ustaz Habbib Mustafa bin Ali Al - Haddad sedang menyampaikan ceramah khas sempena Ramah Tamah Aidilfitri pada 15 Oktober yang lalu.
























Al - Fadhil Ustaz Habbib Mustofa Al - Haddad bersama Ketua Pelajar 'Unilateral' Madrasah Islamiah, Mohd. Subri bin Hj. Rafaie'.





















Hj. Haziq gembira dapat terima hadiah daripada Mudirahnya, Datin Hjh. Rohani Hj. Awi di atas kemenangan kumpulan mereka, iaitu SRI SETIA DAKWAH yang menjuarai pertandingan menyanyikan lagu raya pada hari itu.





















Gambar kenang - kenangan diabadikan buat selama - lamanya di dalam blog ini. Apa yang pasti, Ramah Tamah Aidilfitri pada 15 Oktober yang lalu dapat mengeratkan lagi silaturrahim diantara warga Madrasah Islamiah.























Ketua Pengawas "Unilateral", Mohd. Subri bin Hj. Rafaie menerima hadiah pertandingan pakaian tercantik daripada Mudirah.





















































































































Semua berebut untuk mengambil gambar.................



















"Semoga Allah Subhanahu Wa Taala memberikan kebahagiaan kepada kami semua, rahmat dan berkat serta panjang umur dan murah rezeki." Amin.

Isnin, 26 Oktober 2009

Perbankan Islam tunjukkan peningkatan.

SISTEM perbankan Islam termasuk pelaburan luar asing terus menunjukkan peningkatan dalam bahagian pasaran bagi aset, deposit dan pembiayaan dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.


Aset meningkat 11.1 peratus kepada RM279.1 bilion berbanding RM251.1 bilion, tahun lalu dan merangkumi 18.9 peratus daripada jumlah aset sistem perbankan.
Deposit pula menokok RM24 bilion kepada RM218.5 bilion dan mewakili 20.4 peratus daripada jumlah deposit sistem perbankan. Pembiayaan berkembang 12.4 peratus kepada RM169.2 bilion, meliputi 20.2 peratus daripada jumlah pinjaman sistem perbankan.
Pembiayaan terus dikuasai oleh sektor isi rumah yang merangkumi 61.7 peratus atau RM104.4 bilion daripada jumlah pembiayaan.


Sementara itu, industri takaful mengalami pertumbuhan purata tahunan yang pesat sebanyak 24.8 peratus sejak tahun 2001 hingga 208 dengan aset mewakili 7.5 peratus atau RM11.5 bilion daripada jumlah aset insurans pada akhir Jun ini.


Sumbangan perniagaan baru bagi takaful keluarga berkembang 6.5 peratus kepada RM1.1 bilion terutamanya hasil daripada peningkatan dalam takaful keluarga biasa.


Seiring dengan perkembangan pesat industri, keuntungan takaful keluarga meningkat 28.6 peratus kepada RM871.9 juta bagi enam bulan pertama tahun ini berbanding 678.1 juta, tempoh sama tahun lalu.


Penembusan pasaran bertambah baik kepada 5.0 peratus pada akhir Jun ini daripada 4.2 peratus, tahun lalu.


Bagi enam bulan tahun ini, sumbangan langsung kasar untuk takaful am menokok 26.4 peratus kepada RM512.3 juta berbanding RM405.4 juta, sebelum ini, disebabkan peningkatan dalam permintaan perlindungan kebakaran dan kenderaan bermotor.


Bagi tempoh yang sama, keuntungan operasi merosot 27.5 peratus kepada RM78.5 juta berikutan penurunan nilai pelaburan dan peningkatan tuntutan berbanding RM108.3 juta, tempoh sebelumnya.


























Haul Imam al-Haddad di Kuching













Insya-Allah, pada 31 Oktober 2009 ini (hari Sabtu malam Ahad) akan diadakan peringatan Haul Imam Habib Abdullah bin Alawi bin Muhammad al-Haddad asy-Syafi`i al-Hadhrami di Masjid Wan Alwi, Tabuan Jaya. Di antara yang dijangka hadir adalah Habib Muhsin bin Hamid al-Haddad, naib munshib keluarga besar al-Haddad dari Hadhramaut. Semua dijemput hadir.



Rabu, 21 Oktober 2009

Allah is Al-Malik (King or Owner)




Allah is the True Owner (Malik) (of everything and everyone). Allah said,

[هُوَ اللَّهُ الَّذِى لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَـمُ]

(He is Allah, beside Whom La ilaha illa Huwa, the King, the Holy, the One free from all defects) (59:23).

Also, the Two Sahihs recorded Abu Hurayrah saying that the Prophet said,

«أَخْنَعُ اسْمٍ عِنْدَ اللهِ رَجُلٌ تَسَمَّى بِمَلِكِ الْأَمْلَاكِ وَلَا مَالِكَ إِلَّا اللهُ»

(The most despicable name to Allah is a person who calls himself the king of kings, while there are no owners except Allah.)

Also the Two Sahihs recorded that the Messenger of Allah said,

«يَقْبِضُ اللهُ الْأَرْضَ وَيَطْوِي السَّمَاءَ بِيَمِينِهِ ثُمَّ يَقُولُ: أَنَا الْمَلِكُ، أَيْنَ مُلُوكُ الْأَرْضِ؟ أَيْنَ الْجَبَّارُونَ؟ أَيْنَ الْمُتَكَبِّرُونَ؟»

((On the Day of Judgement) Allah will grasp the earth and fold up the heavens with His Right Hand and proclaim, 'I Am the King! Where are the kings of the earth Where are the tyrants Where are the arrogant')

Also, in the the Glorious Qur'an;

[لِّمَنِ الْمُلْكُ الْيَوْمَ لِلَّهِ الْوَحِدِ الْقَهَّارِ]

(Whose is the kingdom this Day Allah's, the One, the Irresistible.)(40:16).

As for calling someone other than Allah a king in this life, 3-24). :23NNA

r-Rahman (the Most Gracious), Ar-Rahim (the Most Merciful)) We explained these Names in the Basmalah. Al-Qurtubi said, "Allah has described Himself by `Ar-Rahman, Ar-Rahim' after saying `the Lord of the Alamin', so His statement here includes a warning, and then an encouragement. Similarly, Allah said, حRNA ? Allah is Al-Malik (King or Owner)

Allah is the True Owner (Malik) (of everything and everyone). Allah said,

[هُوَ اللَّهُ الَّذِى لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَـمُ]

(He is Allah, beside Whom La ilaha illa Huwa, the King, the Holy, the One free from all defects) (59:23).

Also, the Two Sahihs recorded Abu Hurayrah saying that the Prophet said,

«أَخْنَعُ اسْمٍ عِنْدَ اللهِ رَجُلٌ تَسَمَّى بِمَلِكِ الْأَمْلَاكِ وَلَا مَالِكَ إِلَّا اللهُ»

(The most despicable name to Allah is a person who calls himself the king of kings, while there are no owners except Allah.)

Also the Two Sahihs recorded that the Messenger of Allah said,

«يَقْبِضُ اللهُ الْأَرْضَ وَيَطْوِي السَّمَاءَ بِيَمِينِهِ ثُمَّ يَقُولُ: أَنَا الْمَلِكُ، أَيْنَ مُلُوكُ الْأَرْضِ؟ أَيْنَ الْجَبَّارُونَ؟ أَيْنَ الْمُتَكَبِّرُونَ؟»

((On the Day of Judgement) Allah will grasp the earth and fold up the heavens with His Right Hand and proclaim, 'I Am the King! Where are the kings of the earth Where are the tyrants Where are the arrogant')

Also, in the the Glorious Qur'an;

[لِّمَنِ الْمُلْكُ الْيَوْمَ لِلَّهِ الْوَحِدِ الْقَهَّارِ]

(Whose is the kingdom this Day Allah's, the One, the Irresistible.)(40:16).

As for calling someone other than Allah a king in this life, then it is done as a figure of speech. For instance, Allah said,

[إِنَّ اللَّهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ مَلِكًا]

(Indeed Allah appointed Talut (Saul) as a king over you.) (2:247),

[وَكَانَ وَرَآءَهُم مَّلِكٌ]

(As there was a king behind them)(18:79), and,

[إِذْ جَعَلَ فِيكُمْ أَنْبِيَآءَ وَجَعَلَكُمْ مُّلُوكاً]

When He made Prophets among you, and made you kings )5:20(.

Also, the Two Sahihs recorded,

«مِثْلُ الْمُلُوكِ عَلَى الْأَسِرَّةِ»

(Just like kings reclining on their thrones)














The Meaning of Ad-Din

Ad-Din means the reckoning, the reward or punishment. Similarly, Allah said,

[يَوْمَئِذٍ يُوَفِّيهِمُ اللَّهُ دِينَهُمُ الْحَقَّ]

(On that Day Allah will pay them the (Dinahum) recompense (of their deeds) in full) (24:25), and,

[أَءِنَّا لَمَدِينُونَ]

(Shall we indeed (be raised up) to receive reward or punishment (according to our deeds)) (37:53). A Hadith stated,

«الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوتِ»

(The wise person is he who reckons himself and works for (his life) after death.) meaning, he holds himself accountable. Also, `Umar said, "Hold yourself accountable before you are held accountable, weigh yourselves before you are weighed, and be prepared for the biggest gathering before He Whose knowledge encompasses your deeds,

[يَوْمَئِذٍ تُعْرَضُونَ لاَ تَخْفَى مِنكُمْ خَافِيَةٌ ]

(That Day shall you be brought to Judgement, not a secret of yours will be hidden) (69:18).''

[إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ]

(5. You we worship, and You we ask for help.) (1:5)












The Linguistic and Religious Meaning of `Ibadah

Linguistically, `Ibadah means subdued. For instance, a road is described as Mu`abbadah, meaning, `paved'. In religious terminology, `Ibadah implies the utmost love, humility and fear.














he Merit of stating the Object of the Action before the Doer of the Act, and the Merit of these Negations

"You...'', means, we worship You alone and none else, and rely on You alone and none else. This is the perfect form of obedience and the entire religion is implied by these two ideas. Some of the Salaf said, Al-Fatihah is the secret of the Qur'an, while these words are the secret of Al-Fatihah,

[إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ]

(5. You we worship, and You we ask for help from.)

The first part is a declaration of innocence from Shirk (polytheism), while the second negates having any power or strength, displaying the recognition that all affairs are controlled by Allah alone. This meaning is reiterated in various instances in the Qur'an. For instance, Allah said,

[فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيْهِ وَمَا رَبُّكَ بِغَـفِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ]

(So worship Him (O Muhammad ) and put your trust in Him. And your Lord is not unaware of what you (people) do.) (11:123),

[قُلْ هُوَ الرَّحْمَـنُ ءَامَنَّا بِهِ وَعَلَيْهِ تَوَكَّلْنَا]

(Say: "He is the Most Gracious (Allah), in Him we believe, and in Him we put our trust.'') (67:29),

[رَّبُّ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ فَاتَّخِذْهُ وَكِيلاً ]

((He alone is) the Lord of the east and the west; La ilaha illa Huwa (none has the right to be worshipped but He).

So take Him alone as Wakil (Disposer of your affairs)), (73:9), and,

[إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ]

(You we worship, and You we ask for help from).

We should mention that in this Ayah, the type of speech here changes from the third person to direct speech by using the Kaf in the statement Iyyaka (You). This is because after the servant praised and thanked Allah, he stands before Him, addressing Him directly;

[إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ]

(You we worship, and You we ask for help from).

So take Him alone as Wakil (Disposer of your affairs)), (73:9), and,

[إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ]

(You we worship, and You we ask for help from).

We should mention that in this Ayah, the type of speech here changes from the third person to direct speech by using the Kaf in the statement Iyyaka (You). This is because after the servant praised and thanked Allah, he stands before Him, addressing Him directly;

[إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ]

(You we worship, and You we ask for help from).











Majlis Haul (Memperingati) Imam Habib Abdullah Alwi al-Haddad




Imam Habib Abdullah Alwi al-Haddad merupakan ulama ulung di Hadhramaut (Yaman) pada abad ke-19. Beliau telah meninggalkan jasanya yang tidak terhingga kepada umat. Antara karya beliau yang terkenal dan dipelajari serta dihayati dan memberi kesan hingga kini ialah 'Nasihat Agama dan Iman' yang masih ditatap oleh masyarakat. Moga Allah sentiasa merahmati beliau. Dan marilah kita bersama-sama para alim ulamak mengenang ajaran dan sumbangan beliau melalui majlis-majlis yang diadakan. Mudah-mudahan beroleh rahmat Tuhan dan cinta kepada Rasul-Nya, dan mengenang jasa orang-orang yang berjasa kepada kita yang asbab mereka kita dirantaikan kepada Allah dan Rasul.

Sila klik pada gambar untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Jadual Majlis di seluruh negara:



Berjasa Kepada Masyarakat


NOTA: Majlis di Sarawak akan diadakan di Masjid Wan Alwi, Tabuan; Kuching (31 Oktober, 5.30 petang) dan Masjid an-Nur, Pujut Padang Kerbau; Miri (30 Oktober, 5.30 petang)



















Wacana Pemikiran Sayyid Muhammad ibn Alawi al-Maliki Siri Ke-2

Pada 12 Syawal 1429H bersamaan dengan 12 Oktober 2008M tahun lepas, sebuah wacana khas untuk memperkenalkan dan menghargai pemikiran Al-Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn 'Alawi al-Maliki telah berjaya dilangsungkan bertempat di Dewan Seminar, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Menginsafi bahawa keluasan ufuk pemikiran Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn 'Alawi al-Maliki perlu diteroka dengan lebih lanjut dan berterusan, Yayasan Sofa Negeri Sembilan bersama dengan Yayasan Al-Bukhari, berazam untuk meneruskan siri Wacana Pemikiran Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al-Maliki dengan menganjurkan siri ke-2 Wacana Pemikiran Al-Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al-Maliki dengan kali ini menumpukan kepada pemikiran dan Manhaj Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al-Maliki dalam aspek Aqidah.

Dengan penuh takzimnya, dijemput semua muslimin dan muslimat menghadirkan diri.

Majlis Haul


Dengan segala hormatnya, mempersilakan semua muslimin dan muslimat untuk menghadiri Majlis Hawl sempena memperingati Al-Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al-Maliki al-Hasani. Sila klik pada gambar poster untuk mendapatkan maklumat lanjut.

SIAPAKAH ABUYA AL-MALIKI?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang. Segala lafaz pujian dirafa’kan ke hadrat Allah Subhanahu wa ta’ala di atas limpahan nikmat-Nya yang tidak terhingga. Selawat dan salam ke atas junjungan agung kita, Sayyiduna Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, serta kepada ahli keluarga baginda yang mulia serta para sahabat baginda yang terpuji.

Nama Al-‘Allamah Al-Muhaddith Professor Dr. Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi ibn ‘Abbas al-Maliki al-Hasani bukanlah suatu nama asing dalam dunia Islam masa kini. Beliau adalah merupakan seorang ulama yang tersohor, yang sangat dikagumi keilmuannya sama ada oleh lawan mahupun kawan. Cuma mungkin, disebabkan ramai umat Islam pada hari ini sudah jauh daripada tradisi Islam dan lebih terhimbau dengan budaya dan aliran pemikiran Barat – sama ada mereka sedar ataupun tidak – maka ramai juga di kalangan umat pada hari ini tidak mengenali nama-nama besar seperti Al-‘Allamah Al-Muhaddith Professor Dr. Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi ibn ‘Abbas al-Maliki al-Hasani. Beliau yang mesra di kalangan anak muridnya dengan gelaran Abuya – kerana sifat kebapaannya yang begitu mencintai anak-anak murid beliau – merupakan seorang ulama yang lahir daripada keturunan para ulama, daripada ketuurunan suci dan mulia, keturunan Sayyiduna Hassan ‘alayhissalam cucu kepada Sayyiduna Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam.

Dalam suasana di mana umat Islam pada hari ini berada dalam kecelaruan pemikiran, maka adalah perlu untuk kita kembali merujuk dan berpegang teguh dengan para ulama Ahli Sunnah wal Jama’ah yang muktabar dan yang diiktiraf agar kita sentiasa berada di atas landasan kebenaran dengan izin dan Rahmat daripada Allah Subhanahu wa ta’ala. Maka, di sini saya tampilkan biografi ringkas Abuya Al-Maliki untuk kita lebih mengenali tokoh ulama yang begitu besar jasanya kepada kita ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada semua pembaca yang berhasrat mengenali beliau, dan mudah-mudahan dengan usaha ini dapatlah saya dikira sebagai salah seorang pencinta beliau. Biarpun secara hakikatnya amalan dan perbuatan saya tidaklah menjadikan saya layak untuk berhimpun bersama beliau, tetapi mudah-mudahan sumbangan yang begitu kecil dan kerdil ini dapat menjadi hujah dan bukti kecintaan saya kepada beliau. Saya berpegang kepada hadith Sayyiduna Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bahawa, “Setiap seorang itu akan dihimpunkan bersama orang yang dicintainya.

Di samping itu, adalah diharapkan dengan kita berusaha untuk mengenali tokoh besar ini, akan dapat memberikan kefahaman dan keyakinan kepada kita untuk berpegang kepada pandangan para ulama yang hebat seperti beliau. Dalam suasana di mana sudah mula muncul kumpulan-kumpulan di kalangan umat ini yang tidak menghormati para ulama, tidak menghormati autoriti dalam agama, dan mula memandai-mandai dalam urusan agama, maka adalah sangat perlu untuk kita benar-benar mengenali tokoh-tokoh kita agar dapat memberikan kita keyakinan bahawa pentingnya kita berpegang kepada mereka; kerana apalah sangat ilmu yang ada pada kita jika hendak dibandingkan dengan keluasan ilmu dan keberkatan yang ada pada mereka. Golongan yang saya maksudkan ini adalah kumpulan-kumpulan seperti Sisters in Islam (SIS) dan kumpulan Wahabiyah yang banyak mengkafirkan dan membid’ahkan amalan umat Islam. Keputusan mahkahmah syariah, pandangan para ulama dan para ilmuan Islam dengan sewenang-wenangnya ditentang dan dilemparkan dengan tuduhan-tuduhan yang negatif seperti ‘zalim’, ‘melanggar hak asasi’ dan sebagainya. Begitu juga, amalan-amalan tradisi yang sudah sedia berakar dengan baik dalam masyarakat seperti amalan membaca surah Yasin, berzikir beramai-ramai, membaca talqin, menyedekahkan surah Al-Fatihah bagi si mati, dan sebagainya dituduh sebagai amalan bid’ah yang menyesatkan lantas dianjur agar amalan-amalan tersebut dilupuskan, lalu kebingunganlah masyarakat. Inilah fenomena yang berlaku di negara kita pada hari ini.

Maka, di sini saya rakamkan sedikit biografi Abuya Al-Maliki untuk kita jadikan sebagai pedoman kita. Mudah-mudahan, dengan kita lebih mengenali beliau akan menguatkan kecintaan kita kepada beliau, seterusnya menyampaikan kita kepada kecintaan kepada Sayyiduna Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam dan kecintaan yang hakiki yakni cinta kepada Allah ‘azza wa jalla. Biografi ini saya petik daripada laman blog al-Faqir Abu Zahrah (al-Fanshuri), semoga Allah Subhanahu wa ta’ala merahmati beliau sehingga dihimpunkan bersama Sayyidul Mursalin.


Biarpun telah ramai yang menulis dan memaparkan biografi beliau (Abuya Al-Maliki radhiyallahu ‘anh) di dada internet, namun al-Faqir berhasrat untuk mencoretkan juga walaupun secara ringkas biografi beliau radhiyallahu ‘anh demi kerana kecintaan al-Faqir kepada beliau radhiyallahu ‘anh. Coretan yang al-Faqir kutip dari pelbagai sumber dan al-Faqir kongsikan sebahagian dari koleksi foto al-Faqir yang berkaitan dengan beliau.

Beliau radhiyallahu ‘anh, seorang ulama yang semerbak harum namanya di serata dunia, terutama di kalangan para pencinta ilmu dan ulama. Kewibawaan dan keilmuan beliau radhiyallahu ‘anh diakui dan dihormati oleh para ulama semasa juga oleh mereka yang menentangnya. Kitab karangannya menjadi rujukan. Beliau radhiyallahu ‘anh adalah jurucakap kepada golongan ahlus sunnah wal jamaah di dalam menghadapi fahaman-fahaman yang melampau, yang ekstrim … (yang menolak bahkan mencerca ulama silam). Beliau radhiyallahu ‘anh adalah imam ahlus sunnah wal jama’ah abad ke-21. Beliau radhiyallahu ‘anh, ulama rabbani di abad ini. Beliau radhiyallahu ‘anh ulama yang meneruskan kegemilangan ayahnya, datuknya dan moyang-moyang beliau di dalam dunia keilmuan dan pentarbiyahan. Beliau radhiyallahu ‘anh seorang ulama yang teguh dengan pendirian, tidak goyah dengan pelbagai cabaran dan rintangan serta tohmahan yang dihadapi. Beliau radhiyallahu ‘anh menjaga adab ketika berbeda pendapat serta menjauhi sifat melampau di dalam tindakan atau perkataan dalam menghadapi golongan yang tidak sependapat dengannya.

Al-Habib Muhammad bin ‘Aydrus al-Haddad menyifatkan keteguhan beliau radhiyallahu ‘anh di dalam syairnya:

Sungguh beliau telah mampu mematahkan hujjah orang yang menentangnya.
Sedikitpun beliau tidak terlukai
Bahkan beliau bersedia untuk dipenggal lehernya,
namun beliau tetap tidak akan berundur dari pendiriannya
Pendirian yang telah dipegang teguh oleh para ulama yang besar-besar,
yang telah memimpin umat ini di masa silam

Tatkala melihat kehebatan penguasaan ilmu beliau radhiyallahu ‘anh pada usianya yang masih muda, seorang guru beliau, iaitu al-‘Allamah Syaikh Muhammad Nur Saif pernah berkata kepada ayahanda beliau: Wahai Sayyid ‘Alawi, jangan marah jika perkataanku mengecilkan hatimu, apabila aku katakan bahwa anakmu ini merupakan ranting yang melebihi batangnya. Mendengarkan perkataan itu ayahandanya ketawa lalu menjawab: Tidak, aku tidak berkecil hati, tetapi sebaliknya ini adalah kebanggaan bagiku.

Itulah, sosok ulama besar di abad ini, al-‘Allamah al-Muhaddits al-‘Arifbillah Professor Dr. Sayyid Muhammad al-Hasan bin Sayyid ‘Alawi bin Sayyid Abbas bin Sayyid ‘Abdul ‘Aziz bin Sayyid ‘Abbas bin ‘Abdul ‘Aziz al-Maiki al-Idrisi al-Hasani. Di kalangan murid-murid dan pencintanya, beliau lebih dekat dengan panggilan Abuya Maliki @ Buya Maliki.

Kelahiran dan keturunan: Beliau radhiyallahu ‘anh dilahirkan di rumah ayahandanya yang terletak berhampiran Masjidilharam, Babus Salam Makkah al-Mukarramah pada tahun 1365H bersamaan dengan 1946M.

Beliau radhiyallahu ‘anh bernasabkan kepada keturunan yang mulia iaitu dari keturunan Idris al-Azhar bin Idris al-Akbar bin ‘Abdullah al-Kamil bin Hasan al-Mutsanna bin Hasan, putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam. Keturunan beliau terdiri daripada para ulama. Ayahandanya, nendanya dan seterusnya ke atas. Beliau radhiyallahu ‘anh berkata di dalam menzahirkan nikmat karunia itu: “Dari ayahandaku, kemudian datukku dan seterusnya sampai kepada Rasul Yang Terpilih sallallahu ‘alayhi wasallam, adalah penghulu dan orang ‘alim.

Beliau radhiyallahu ‘anh berkata lagi: Nendanya yang pertama - Sayyid ‘Abbas, kedua - Sayyid ‘Abdul Aziz, ketiga – Sayyid ‘Abbas, keempat – Sayyid ‘Abdul ‘Aziz, kelima – Sayyid Muhammad al-Maliki dan keenam – Sayyid ‘Abdul ‘Aziz, kesemuanya adalah orang ‘alim dan menjawat jawatan Imam dan Khatib al-Masjidilharam. Dapat dipastikan dengan bukti yang jelas, bahwa sepanjang enam keturunan tersebut sebelum beliau terdiri daripada ulama besar. Sebelum itu ada juga yang menjawat jawatan Imam dan Khatib serta menjadi mudarris di Masjidilharam, namun tidak dirakamkan di dalam daftar rasmi Masjidilharam.

Keluarga beliau radhiyallahu ‘anh lebih dikenali dengan dengan gelaran al-Maliki dari al-Hasani kerana salah seorang daripada nenda beliau dilantik menjadi Mufti Mazhab Maliki di Makkah al-Mukarramah pada zaman pemerintahan Syarif ‘Aun. Oleh kerana itulah keluarga beliau lebih dikenali dengan gelaran al-Maliki.

Pendidikan: Beliau radhiyallahu ‘anh mendapat pendidikan formal di Madrasah al-Falah dan Madrasah Tahfiz al-Quran di Makkah. Manakala pengajian tidak formal pula beliau dapati dari halaqah-halaqah ilmu di Masjidilharam. Beliau radhiyallahu ‘anh dikatakan sudah menghafal al-Quran di usia 7 tahun, manakala menghafal kitab Muwattho’ ketika berusia 15 tahun. Dan mendapat jolokan ‘Muwattho Yang Berjalan’ kerana penguasaan dan kepakaran beliau mengenai kitab tersebut.

Setelah itu beliau radhiyallahu ‘anh mengembara ke banyak negara untuk menuntut ilmu daripada para ulama tersohor seperti di India, Libya, Mesir, Maghribi, Pakistan dan Indonesia. Beliau juga menuntut di Universiti al-Azhar diperingkat ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran (PhD). Beliau berjaya meraih ijazah kedoktoran dalam bidang hadits di Universiti al-Azhar dengan taqdir Mumtaz (cemerlang) ketika berusia 25 tahun.

Guru-guru beliau: Beliau mempunyai guru yang tidak terkira banyaknya. Antaranya:

Ulama Mekah dan Madinah

  • Sayyid ‘Alawi bin Sayyid ‘Abbas al-Maliki al-Hasani (ayahnya, wafat 1391H)
  • Syaikh Muhammad Yahya Aman al-Makki al-Hanafi (1387H)
  • Syaikh Muhammad al-‘Arabi at-Tabbani (wafat 1390H)
  • Syaikh Hasan bin Said al-Yamani (wafat 1391H)
  • Syaikh Hasan bin Muhammad al-Masyaath (wafat 1399H)
  • Sayyid Muhammad bin Amin al-Kutbi (wafat 1404)
  • Syaikh ‘Abdullah Said al-Lahji (wafat 1410H)
  • Syaikh Muhammad Nur Saif bin Hilal (wafat 1403H)
  • Syaikh Muhammad Yasin bin ‘Isa al-Fadani al-Makki (wafat 1410H)
  • Syaikh ‘Abdullah bin Ahmad Dardum (1407H)
  • Syaikh Ishaq bin Hasyim ‘Azuz al-Makki
  • Al-Habib Hasan bin Muhammad Fad’aq
  • Al-Habib ‘Abdul Qadir bin ‘Aydrus al-Bar
  • Syaikh Muhammad Kholil bin ‘Abdul Qadir Toibah al-Makki
  • Syaikh Ahmad bin Yaasiin bin Ahmad al-Khiyari asy-Syafie al-Madani, Syaikh al-Qurra di Madinah al-Munawwarah
  • Syaikh Hasan bin Ibrahim asy-Syair, Syaikh al-Qurra di Madinah al-Munawwarah
  • Syaikh Muhammad bin Ibrahim al-Mubarak al-Ihsaai
  • Syaikh Muhammad bin Abu Bakar al-Mulla al-Ihsaai
  • Syaikh Muhammad al-Musthofa ibn al-Imam ibn ‘Abdul al-Qadir al-‘Alawi asy-Syanqiti
  • Syaikh Muhammad al-Mujtaba bin Mukhtar bin Mujtaba asy-Syanqiti
  • Syaikh al-Mu’ammar Dhiyauddin Ahmad ibn asy-Syaikh ‘Abdul ‘Azim al-Qaadiri al-Madani (berumur lebih daripada 100 tahun)
  • Syaikh ‘Abdul Ghafur bin Syah al-‘Abbasi al-Madani an-Naqsyabandi

Ulama Hadramaut/Yaman

  • Al-Habib ‘Umar bin Ahmad bin Sumaith
  • Al-Habib ‘Alwi ibn ‘Abdullah bin Aydrus bin Syihab at-tarimi
  • Al-Habib Muhammad bin ‘Alwi bin Syihab
  • Al-Habib ‘Abdur Rahman ibn Shohib ‘Sabil al-Muhtadin’ al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi al-Atthos
  • Al-Habib 'Abdul Qadir bin Ahmad as-Seggaf @ as-Saqqaf
  • Al-Habib Ahmad Masyhur bin Thoha al-Haddad
  • Al-Habib ‘Alwi bin ‘Abdullah as-Saqqaf Aal al-Qaadhi
  • Al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafidz bin ‘Abdullah bin Syaikh Abi Bakar bin Salim
  • Al-Habib ‘Ali bin Salim bin Ahmad bin Hasan al-‘Atthos
  • Sayyid Hasan bin Ahmad bin ‘Abdul Baari al-Ahdal al-Yamani
  • Sayyid Muthohhar bin Mahdi al-Ghurbani,
  • Sayyid Ismail bin Mahdi al-Ghurbani, pengarang kitab Nafasul Rahman.
  • Syaikh Fadhl ibn Muhammad bin ‘Awadh BaFadhal at-Tarimi
  • Sayyid Ahmad bin Muhammad Zubaarah, Mufti Yaman
  • Sayyid Muhammad Yahya Dum al-Ahdal al-Yamani
  • Al-Mu’ammar Buhaanuddin Abu Muhammad as-Sayyid Ibrahim bin Umar bin ‘Aqiil Ba’alawi al-Husaini al-Hadhrami, Mufti Ta`iz

Ulama Mesir

  • Syaikh Muhammad al-Hafidz bin ‘Abdul Lathif at-Tijani al-Mishri, Syaihul Hadits di Mesir (wafat 1398H)
  • Syaikh Hasanain bin Muhammad Makhluf, Mufti Mesir (wafat 1411H)
  • Syaikh Sholeh bin Muhammad al-Ja’fari, Imam dan tenaga pengajar di Jami’ al-Azhar
  • Syaikh Amin bin Mahmud Khottob al-Subki al-Mishri
  • Al-Mu’ammar Syaikh Muhammad bin ‘Abdullah bin Ibrahim al-‘Aquuri, murid kepada al-Amir ash-Shoghir, Syaikh Ibrahim al-Baajuuri dan al-Mu’ammar Abi ‘Ali Hasan al-‘Adawi – mereka semua adalah belajar dari al-Amir al-Kabir
  • Syaikh asy-Syarif Muhammad bin Ibrahim Abu al-‘Uyuun al-Azhari al-Khalwati

Ulama Indonesia

  • Al-Habib al-Mu’ammar ‘Ali bin ‘Abdurramhan bin ‘Abdullah al-Habsyi – Habib Ali Kwitang
  • Al-Habib ‘Ali bin Hussin bin Muhammad al-Atthos – Habib ‘Ali Bungur
  • Al-Habib Hamid bin Muhammad bin Salim as-Sari
  • Al-Habib Muhammad bin Ahmad bin Zein al-Haddad
  • Al-Habib Syaikh bin Salim bin ‘Umar al-‘Atthos
  • Al-Habib Salim bin Ahmad bin Jindan ibn asy-Syaikh Abu Bakar bin Salim
  • Al-Habib Muhammad bin Salim bin Ahmad bin Hassan al-‘Atthos
  • Al-Habib al-Mu’ammar ‘Abdur Rahman bin ‘Abdullah al-Habsyi al-Falimbani – murid kepada Habib ‘Ali bin Muhammad bin Hussin al-Habsyi, pengarang Simtud Durar
  • Al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos
  • Al-Habib Muhammad bin Ahmad bin Hasan al-‘Atthos
  • Al-Habib Muhammad bin Ahmad bin Hasan al-Kaf - murid kepada al-Habib Ahmad bin Hasan al-‘Atthos

Ulama Syam

  • Asy-Sayyid asy-Syarif Muhammad al-Makki bin Muhammad bin Ja’far al-Kattani, Mufti Mazhab Maliki di Dimasyq
  • Syaikh Hasan bin Muhammad Marzuq Hanabakah al-Maidani al-Dimasyqi
  • Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad ‘Ali bin ‘Abdul Ghani ‘Uyun al-Sud al-Hims, Syaikh al-Qurra`
  • Syaikh Muhammad Sholeh bin ‘Abdullah al-Farfur al-Hasani ad-Dimasyqi
  • Syaikh Muhammad As’ad al-‘Abaji, Mufti Mazhab Syafie di Halab
  • Abu Ahmad Syaikh Muhammad Sa’id bin Ahmad al-Idlibi ar-Rafie al-Halabi asy-Syafie
  • At-Thobib (Dr. – perubatan) asy-Syaikh Muhammad Abu al-Yusr bin Muhammad Abi al-Khair bin Ahmad ‘Aabidin al-Husaini ad-Dimasyqi al-Hanafi, Mufti Negara Syam

Ulama Maghribi, Tunisia dan al-Jazaair (Algeria)

  • Syaikh asy-Syarif ‘Abdul Kabiir bin Muhammad as-Soqili al-Maahi al-Husaini al-Maghribi
  • Sayyid ‘Abdullah bin Muhammad bin Siddiq al-Ghumari al-Maghribi
  • Sayyid ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad bin Siddiq al-Ghumari al-Maghribi
  • Syarif Muhammad Munthasir Muhammad az-Zamzami bin Muhammad bin Ja’far al-Kattani
  • Sayyid ‘Abdullah bin Muhammad Qanun al-Hasani al-Maghribi
  • Syaikh al-Faaruaqi bin ar-Rahaali al-Marakeshi
  • Syaikh Muhammad at-Thohir ibn ‘Asyuur at-Tunisi
  • Syaikh at-Thoyyib bin al-Maulud bin Musthofa al-Mahaaji al-Jazaairi

Ulama Hind (India) dan Pakistan

  • Syaikh Muhammad Zakariyya bin Muhammad Yahya al-Kandahlawi tsumma al-Madani, Syaikhul Hadits di Sahaaranpuur
  • Syaikh Habibur Rahman ibn Muhammad Shoobir bin ‘InayatuLlah al-A’azomi, Syaikhul Hadits di Madzhar al-Ulum, Madras
  • Syaikh as-Sayyid Muhammad Yusuf ibn Muhammad Zakaria al-Banuuri, Syaikhul Hadits di Karachi
  • Syaikh Muhammad Syafii’ bin Muhammad Yaasiin al-Utsmaani ad-Deobandi, Mufti Pakistan
  • Syaikh Zafar Ahmad al-Utsmaani at-Tahaanawi al-Hind
  • Syaikh Muhammad Ibrahim al-Balyawi
  • Syaikh as-Sayyid Fakhruddin Ahmad al-Murad Abadi, Syaikhul Hadits di Deoband
  • Syaikh al-Mufti as-Sayyid Mahdi Hasan Syahjahanburi
  • Syaikh al-Mufti Mahmud bin Syaikh Muhammad Siddiq al-Multani
  • Syaikh Muhammad Yusuf bin Muhammad Ilyas al-Kandahlawi, Amir (Ketua) Jemaah Tabligh
  • Syaikh In’amul Hasan, Naib Ketua Jemaah Tabligh
  • Syaikh Muhammad Anzor Syah bin Muhammad Anwar Syah al-Kasymiri
  • Syaikh al-Mufti Musthofa bin al-Imam Ahmad Redho Khan al-Barilawi al-Hind
  • Syaikh Abu al-Wafa al-Afghaani al-Haidaraabaad

Selain dari seorang yang mahir di dalam selok-belok ilmu hadits, beliau juga adalah seorang yang mahir di dalam ilmu fiqih 4 mazhab. Dan beliau radhiyallahu ‘anh pernah mengatakan: “Aku anak kepada empat mazhab.” Yakni, beliau radhiyallahu ‘anh menguasai keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

Mengajar: 3 hari selepas kewafatan ayahanda beliau, ulama Makkah telah berkumpul dan memberi tanggungjawab kepada beliau untuk mengajar di tempat ayahanda beliau di Masjidilharam. Sewaktu majlis pengajian beliau yang pertama di tempat ayahandanya di Masjidilharam, ianya bukan sahaja dihadiri oleh penuntut ilmu, bahkan dihadiri oleh ulama besar Makkah, iaitu:

  • Syaikh Hasan bin Muhammad al-Masyaath
  • Syaikh ‘Abdullah Sa’id al-Lahji
  • Syaikh ‘Abdullah Dardum
  • Syaikh Zakaria Bila
  • Sayyid Muhammad Amin al-Kutbi
  • Syaikh Muhammad Nur Saif
  • Syaikh Ismail Utsman Zain dan
  • Syaikh Ibrahim al-Fathoni

Tempat beliau mengajar di Masjidilharam yang diwarisi dari ayahnya, Sayyid 'Alawi.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah kuliyyah syariah di Universiti Malik ‘Abdul ‘Aziz di Jeddah dan kemudian Universiti Ummul Qura di Makkah dari tahun 1390H – 1399H. Kemudian beliau meminta untuk berhenti menjadi pensyarah untuk bermusafir berdakwah dan menubuhkan madrasah beliau sendiri.

Membuka madrasah: Sewaktu beliau bermusafir ke Indonesia pada tahun 1394H, beliau telah berkumpul dan berbincang dengan para ulama disana, khususnya para habaib, antaranya dengan Habib ‘Ali Bungur. Seterusnya mereka meminta Sayyid Muhammad untuk membuka sebuah madrasah untuk anak-anak mereka di Makkah dengan menghidupakan pengajaran dan amalan para masyaikh terdahulu yang berlandaskan ahlus sunnah wal jama’ah, kerana mereka tidak dapat menghantarkan anak-anak mereka ke Hadramaut disebabkan cengkaman komunis di Yaman.

Dan akhirnya madrasah ditubahkan di rumah beliau di Utaibiah yang mana kemudiannya berpindah ke Rusaifah. Disinilah beliau radhiyallahu ‘anh mencetak penerus kepada kesinambungan ulama silam. Di dalam penerimaan murid, beliau radhiyallahu ‘anh tidak menerimanya sembarangan, semuanya adalah dengan isyarat.

Menghasilkan karya: Beliau radhiyallahu ‘anh menghasilkan banyak karya di dalam pelbagai disiplin ilmu seperti aqidah, tafsir, hadits, ushul fiqih, fiqih, tasawwuf, sirah nabawiyyah dan lain-lain, antaranya:

Di bidang aqidah:

  • مفاهيم يجب أن تصحح
  • منهج السلف في فهم النصوص بين النظرية و التطبيق
  • هو الله
  • قل هذه سبيلي
  • التحذير من المجازفة في التكفير
  • الغلووأثره في الإرهاب وإفساد المجتمع
  • تحقيق الآمال فيما ينفع الميت من اللأعمال
  • شرح عقيدة العوام – Perhatian! Kitab ini bukan karya beliau tetapi dihimpun oleh murid beliau KH Muhammad Ihya Ulumiddin, Mudir Ma’had Nurul Haramain, Pujun, Malang, Indonesia. Kitab ini merupakan himpunan syarh oleh Abuya Maliki keatas Mundzumah ‘Aqidah al-‘Awwam. Al-Faqir memasukkannya kedalam senarai ini kerana ianya mencerminkan pemikiran Abuya Maliki di dalam aqidah ahlus sunnah wal jamaah.

Di bidang tafsir:

  • وهو بالأفق الأعلى
  • زبدة الإتقان
  • القواعد الأساسية في علوم القران

Di bidang hadits, mustholah hadits dan sanad:

  • أنوار المسالك إلى روايات موطأ مالك
  • تحقيق موطإ الإمام مالك – رواية ابن قاسم
  • المنهل اللطيف في أصول الحديث الشريف
  • القواعد الأساسية في علم مصطلح الحديث
  • الطالع السعيد المنتخب من المسلسلات والأسانيد
  • العقد الفريد المختصر من الأثبات والأسانيد
  • العقود اللؤلؤية بالأسانيد العلوية (kitab beliau himpunkan sanad-sanad ayahnya, Sayyid ‘Alawi)

Di bidang ushul fiqih:

  • القواعد الأساسية في أصول الفقه
  • شرح منطومة الورقات

Mengenai ibadat haji dan sejarah kota Makkah:

  • الحج – فضائل وأحكام
  • في رحاب البيت الحرام
  • لبيك اللهم لبيك

Di bidang Sirah Nabawiyyah:

  • محمد الإنسان الكامل
  • الذخائر المحمدية
  • خصائص الأمة المحمدية
  • تاريخ الحوادث والأحوال النبوية
  • الزيارة النبوية بين الشرعية والبدعة
  • المدح النبوي بين الغلو والإنصاف
  • شفاء الفؤاد بزيارة خير العباد
  • حول الإحتفال بذكرى المولد النبوي الشريف
  • الأنوار البهية من إسراء ومعراج خير البرية
  • مولد الحافظ الديبعي (beliau mentahqiqkan kitab ini)

Di bidang zikir dan amalan kerohanian:

  • أبواب الفرج
  • شوارق الأنوار من أدعية السادة الأخيار
  • الحصون المنيعة

Di bidang pelbagai ilmu:

  • أدب الإسلام في مظام الأسرة
  • صلة الرياضة بالدين
  • كشف الغمة في اصطناع المعروف ورحمة الأمة
  • القدوة الحسنة في منهج الدعوة إلي الله
  • المستشرقون بين الإنصاف والعصبية
  • مفهوم التطور والتجديد في الشريعة الإسلامية
  • ماذا في شعبان

Kitab yang dikumpulkan dan ditahqiq:

  • مجموع فتاوى ورسائل الإمام السيد علوي المالكي الحسني (himpunan fatwa-fatwa dan surat-surat Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani)
  • نفحات الإسلام من البلد الحرام – دروس ومحاضراب العلامة المحدث المسند الإمام السيد علوي المالكي الحسني (himpunan syarahan dan ucapan Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani)
  • فهرست الشيوخ والأسانيد للإمام السيد علوي المالكي الحسني (Himpunan guru-guru dan sanad-sanad Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani)

Setahun sebelum kewafatannya, beliau radhiyallahu ‘anh diundang untuk membentangkan kertas kerja di- dalam Hiwar Fikri di Makkah atas undangan Ketua Umum Masjidil Haram, Syaikh Sholeh bin Abdur Rahman tanggal 5 - 9 Dzulqaidah 1424H dengan kertas kerjanya berjodol "al-Ghuluw wal I'tidal Ru`ya Manhajiyyah Syamilah". Beliau juga turut melancarkan karangannya berjodol "al-Ghuluw Dairah fil Irhab wa Ifsad al-Mujtama`".

Pada tanggal 11 Dzulqaidah 1424H, beliau mendapat kesempatan untuk memberikan ceramah di hadapan wakil raja, Amir Abdullah bin ‘Abdul ‘Aziz yang mana intipati ceramahnya, mengenai usaha menyatukan suara ulama dan menjalin persatuan dan kesatuan da’wah.

Pengiktirafan: Sumbangan beliau radhiyallahu ‘anh di bidang keilmuan dan pendidikan mendapat pengiktirafan daripada Universiti al-Azhar di mana beliau radhiyallahu ‘anh telah dikurniakan gelaran ‘Ustaziyyah’ atau ‘Professor’ pada tanggal 2 Shafar 1421 bersamaan 6 Mei 2000M.

Perhatian Ulama Kepada Karangannya - Kitab Mafahim: Sebuah kitab karangan beliau yang paling terkenal di mana lebih dari 40 orang ulama besar, seluruh dunia memberikan pujian, taqridhz dan taqdim bagi kitab tersebut. Antaranya:

  • Fadhilatusy Syaikh Hasanain Muhammad Makhluf - Mantan Mufti Mesir, Ulama Besar Mesir;
  • Al-‘Allamah al-Muarrikh al-Faqih Syaikh Muhammad bin Ahmad bin Hasan al-Khazraji – Menteri Hal Ehwal Islam dan Waqaf Emiriah Arab Bersatu juga Mantan Qadhi Abu Dhabi
  • Syaikh Professor Dr. Muhammad at-Thoyyib an-Najjar – Mantan Rektor Universiti al-Azhar;
  • Professor Dr. Abu al-Wafa al-Taftazani – Wakil Universiti Qaherah
  • Fadhilatul Faqih al-Mufti Syaikh Muhammad bin ‘Abdurramhan Aal asy-Syaikh Abi Bakar bin Salim
  • Syaikh Imam Musa Dhaifullah – Anggota Perikatan Islam Sedunia dan Imam Negara Chad;
  • Samahah al-Imam al-‘Allamah al-‘Arifbillah al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf – Imam Hadramaut (sekarang menetap di Jeddah);
  • Sayyid Abdullah Kanuun al-Hasani – Setiausaha Agong Perikatan Ulama Maghribi;
  • Dr. al-Husaini Abdul Majid Hasyim – Universiti al-Azhar;
  • Dr ‘Abdur Rauf Syalabi – Wakil al-Azhar asy-Syarif;
  • Sayyid Yusuf Hasyim ar-Rifa`I, Kuwait;
  • Dr. Abdul Fattah ‘Abdullah Barakah – Pusat Penyelidikan Islam Qaherah;
  • Dr. Ahmad Umar Hasyim – Mantan Ketua Jabatan Hadits dan Dekan Kuliah Ushuluddin, Zaqaziq;
  • Syaikh Muhammad as-Sanrawi – Ketua Pemeriksa di al-Azhar dan Penasihat Agama di Negeri Fayyum, Mesir;
  • Syaikh Ahmad al-‘Awadh Madani – Qadhi Mahkamah Tinggi Sudan dan Pengerusi Majlis Fatwa Syar’ie;
  • Al-‘Allamah al-Muhaddits al-Muhaqqiq al-Faqih Syaikh Muhammad asy-Syazuli an-Naifur - Tunisia;
  • Al-‘Allamah al-Faqih Syaikh Muhammad Faal al-Banaani - Mauritania;
  • Al-‘Allamah Syaikh Muhammad Salim bin Muhammad ‘Ali bin ‘Abdul Wadud ( 'Aduud) - Mantan Ketua Mahkamah Tinggi Republik Islam Mauritania;
  • Al-‘Allamah al-Faqih al-Muhaddits as-Sayyid Abdullah bin Muhammad bin as-Siddiq al-Ghumari – Ulama Besar Maghribi;
  • Al-‘Allamah al-Muhaddits as-Sayyid ‘Abdul Aziz bin Muhammad bin as-Siddiq al-Ghumari – Ulama Besar Maghribi;
  • Sayyid Muhammad bin ‘Ali al-Habsyi – Pengerusi Pusat Islam Indonesia;
  • Sayyid Ibrahim bin Umar bin 'Uqail – Mufti Liwa Ta’iz, Yaman;
  • Maulana Muhammad Malik al-Kandahlawi – Syaikhul Hadits Universiti al-Asyrafiyyah Lahore, Pakistan;
  • Maulana Muhammad Ubaidulah al-Mufti – Timbalan Cancelor Universiti ‘Abdur Rahman, Pakistan;
  • Maulana Hamid Miyah bin Muhammad Miyah – Presiden Persatuan Ulama Pakistan;
  • Dr. Abdur Razzaq Iskandar – Pengarah Pelajaran dan Setiausaha Agung Universiti Ilmu-ilmu Islam, Karachi, Pakistan;
  • Syaikh Muhammad Yusuf al-Banuri – Timbalan Pengarah Universiti Ilmu-ilmu Islam, Karachi, Pakistan;
  • Sayyid Muhammad ‘Abdul Qadir Azad – YDP Majlis Ulama Pakistan;
  • Syaikh Nafis al-Husaini - Pakistan;
  • Maulana Ali Ashghar – Khatib Wilayah Punjab, Lahore, Pakistan;
  • Maulana Muhammad Abdul Wahid – Khatib Jami’ Islam Wilayah Sailakut, Pakistan;
  • Professor Dr. Hasan al-Fatih Qaribullah – Rektor Universiti Umm Durman, Sudan;
  • Professor Ahmad Abdul Ghafur 'Athar – Makkah al-Mukarramah;
  • Al-‘Allamah Syaikh Yusuf bin Ahmad as-Siddiq, Bahrain
  • Sayyid Ahmad bin Muhammad Zabbarah – Mufti Republik Yaman;
  • Syaikh Asad bin Hamzah bin ‘Abdul Qadir – Ulama Zabid, Yaman;
  • Sayyid Abdul Hadi 'Ujail - Yaman;
  • Syaikh Muhammad Hizam al-Muqrimi – Ta’iz, Yaman;
  • Syaikh Ahmad ‘Ali al-Washobi – Amil Wasiat, Mahkamah Zabid, Yaman;
  • Sayyid Muhammad bin Sulaiman – Mufti Zabid, Yaman;
  • Syaikh Abd Karim bin Abdullah - Yaman;
  • Syaikh Husain bin Abdullah al-Washobi - Yaman;
  • Sayyid Muhammad ‘Ali al-Baththah - Yaman;
  • Syaikh Muhammad Ali Mukarram – Mufti liwa al-Hadidah
  • Syaikh Muhammad bin ‘Ali al-Manshur – Pengetua Kolej-kolej Antarabangsa di San’aa, Yaman;
  • Muhammad ‘Aziz al-Rahman a-Haqqani al-Hazarawi – Khatib dan Imam Masjid as-Siqqid al-Akbar di Rawalpindi, Pakistan dan juga khalifah kepada al-‘Allamah al-Muhaddits Maulana Muhammad Zakaria Kandahlawi.
  • Syaikh Abu Zaid Ibrahim Sayyid - Perunding Bahasa ‘Arab Republik Arab Mesir
  • Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahid Ahmad – Ulama al-Azhar
  • Al-‘Allamah Syaikh Husin Mahmud Mu’awwadh – Ulama al-Azhar
  • Syaikh Abdul Salam Jabran – Pengerusi Majlis ilmu Wilayah Marakesh, Maghribi.

Keperibadiannya: Beliau radhiyallahu ‘anh seorang yang tegas. Lidahnya fasih mengatakan kebenaran. Seorang yang pemurah. Seorang yang penyayang. Sangat memuliakan ilmu dan ulama. Beliau juga seorang yang sangat memulia dan membesarkan guru-guru beliau, serta sangat mengasihi murid-murid beliau. Murid-muridnya dianggap seperti anaknya sendiri. Beliau seorang yang zuhud dan wara’. Sentiasa melazimi sholat berjemaah dan sholat tahajjud.

Kewafatannya: Shubuh Jum’at 15 Ramadhan 1425H bersamaan 29 Oktober 2004M, sekitar jam 4.30 pagi waktu Makkah umat Islam di seluruh dunia dikejutkan dengan kewafatan beliau. Beliau radhiyallahu ‘anh wafat setelah lebih kurang 2 jam setengah menamatkan kuliah terakhirnya bersama lebih daripada 600 orang muridnya. Seluruh masyarakat dunia yang mengenali beliau diselubungi rasa sedih yang mencengkam, menangisi pemergian beliau untuk selamanya. Dunia Islam kehilangan seorang ulama besar yang gigih menegakkan dan mempertahankan yang golongan ahli sunnah wal jamaah yang diwarisi dari zaman Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam, ulama yang tidak mengenal letih dalam mendidik, mentarbiah, menyebarkan ilmu, berdakwah, sebagainya.

Jenazahnya pertama kali disholatkan di rumahnya di Rushaifah diimamkan oleh adindanya Sayyid Abbas. Kemudian dibawa ke Masjidil Haram dengan diiringi hampir 300,000 pencintanya, dan disholatkan dihadapan ka’bah oleh puluhan ribu, bahkan mungkin jutaan manusia yang berada di Masjidilharam dengan diimamkan oleh Imam Subayl.

Kemudian jenazahnya diiringi oleh lautan manusia ke tanah perkuburan Ma’ala untuk upacara pemakaman, sambil melaungkan kalimah tahlil dan takbir. Laluan-laluan ke perkuburan Ma’ala ditutup kepada kenderaan dek kerana dilimpahi oleh ratusan ribu pencintanya. Dikatakan lebih 500 orang tentera dikerah untuk mengawal lautan manusia yang mengiringi jenazahnya ke perkuburan Ma’ala. Jenazahnya disemadikan di sebelah ayahandanya yang tercinta. Manakala di seluruh pelusuk dunia pula, umat Islam tidak putus-putus mengadakan sholat ghaib untuk beliau ….. ini bermakna jutaan kaum muslimin yang mengsholatkannya. Allahu Allah. Satu kemuliaan yang Allah berikan kepada ulama yang berjasa ini. Setelah kewafatannya, tempat beliau diganti oleh anakanda beliau Sayyid Ahmad bin Sayyid Muhammad al-Hasan bin Sayyid ‘Alawi bin Sayyid ‘Abbas al-Maliki al-Hasani.

Perginya beliau radhiyallahu ‘anh tiada gantinya. Hadits memberitahu …. Daripada Abu Darda radhiyallahu ‘anh katanya: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam bersabda (maksudnya): “Sesiapa yang pergi di pagi hari kerana inginkan ilmu dan untuk mempelajarinya semata-mata kerana Allah Ta’ala, nescaya Allah Ta’ala akan membukakan baginya satu pintu menuju syurgaNya, para malaikat membentangkan sayapnya untuknya dan demikian juga ikan-ikan dilaut. Kelebihan orang yang alim itu ke atas orang yang abid apalah seumpama kelebihan bulan purnama ke atas sekecil-kecil bintang dilangit. Para ulama itu adalah pewaris Nabi. Sesungguhnya Nabi tidak mewariskan wang dinar dan tidak juga wang dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu. Sesiapa yang mengambil ilmu maka dia telah mengambil habuannya yang amat bernilai. Oleh itu matinya seorang yang alim adalah satu musibah yang sukar digantikan dan satu kepincangan yang susah ditutupi. Ini adalah umpama bintang yang hilang sirna (diantara bintang-bintang). Sesungguhnya matinya satu kabilah adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim. ” (Hadits riwayat Abu Daud, at-Tirmidhi, Ibn Majah dan al-Baihaqi)

Hadits daripada Abdullah bin ‘Amr bin Ash radhiyallahu ‘anh: “Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama sehingga apabila tidak tertinggal satu orang alimpun, manusia akan menjadikan pemimpin-pemimpin dari orang-orang yang bodoh, maka tatkala mereka ditanya (tentang masalah agama), lalu mereka akan berfatwa tanpa ilmu, akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. ” (Hadits riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidhi dan Ibn Majah)

Semoga Allah Ta’ala mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkan beliau bersama junjungan besar kita, nendanya Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam. Semoga Allah Ta’ala juga membalas jasa beliau atas segala jasa yang dicurahkan oleh beliau kepada umat Islam.

Moga-moga dengan mengingati dan mengasihi ulama besar ini, al-Faqir berharap, kelak beroleh syafaat darinya dan terlebih lebih lagi dari Datuknya, Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam. Itulah harapan ambo yang faqir ini.

أحب الصالحين ولست منهم - لعلي أن أنال بهم شفاعة

Kasih aku akan segala orang yang shalih, dan tiada aku daripada mereka itu mudah-mudahan bahawa mendapat aku dengan mereka itu akan syafa' at.

*******************

اللهم انشرنفحات الرضوان عليه وإمدنا بالأسرار التي أودعتهالديه. اللهم صل وسلم على جده النبي الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Ya Allah! Sebarkanlah hembusan keredhaanMu keatasnya dan limpahkanlah Ya Allah kepada kami segala rahsia yang Engkau simpan disisinya.
Ya Allah kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan keatas nendanya, Nabi al-Amin, penghulu kami Muhammad dan keatas keluarga dan shahabat-shahabatnya sekalian.

الفاتحة إلى حضرة النبي صلى الله عليه وآله وسلم و الى روح سيدنا الحبيب محمد بن علوي المالكي الحسني

Sekadar inilah yang mampu al-Faqir kongsikan bersama. Seandainya terdapat kesalahan atau kesilapan, al-Faqir memohon kemaafan.

Sekian dari,
Al-Faqir Abu Zahrah
Taman Seri Gombak
Selesai pada 11 Ramadhan 1430H.

Rujukan:

  • Ath-Tholi’ as-Sa’iid al-Muntakhib Min al-Musalsalaat wa al-Asaaniid oleh as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Abbas al-Maaliki al-Hasani
  • Al-‘Iqdul Fariid al-Mukhtasor Min al-Atsbaat wa al-Asaaniid oleh as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Abbas al-Maaliki al-Hasani
  • Al-Maliki Ulama Rabbani Abad Ke-21 oleh Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki [buku ini sangat bagus untuk dimiliki kerana memaparkan biografi Abuya Maliki dengan terperinci)
  • Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani رحمه الله تعالى : Sejarah Hidup Dan Dasar-dasar Pemikirannya oleh Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki.
  • Dan lain-lain

Tuesday, 6 October 2009

Fahami Agama Melalui Tokohnya

Oleh: Panel Penyelidikan Yayasan Sofa, Negeri Sembilan

Setiap fasa atau generasi umat ini pasti menghadapi ujian dan cabaran tersendiri. Sebagai antara generasi akhir umat ini yang terpisah jauh dari Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam dari sudut masa, antara cabaran utama umat ini adalah untuk memahami Islam dengan setepat dan seutuhnya.

Sudah lumrah, semakin jauh kita daripada Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam dan daripada generasi didikan baginda, semakin mencabar bagi kita untuk mendapat dan mencari kefahaman dan penghayatan Islam yang benar.

Pada masa yang sama, kita diajar untuk tidak sekali-sekali meragui keadilan Allah Subhanahu wa ta’ala yang bersifat Maha Penyayang dan Maha Pengasih dan segala sifat-sifat kesempurnaan yang ada.

Jika kita sedia mengikut panduan dan ajaran yang ditentukan-Nya, risalah dan nur Islam hakiki sedia untuk ditemui dan dihayati oleh generasi demi generasi tanpa terputus hinggalah ke hari kiamat.

Sebaliknya sesiapa yang dinafikan rahmat-Nya akan enggan mengikut naluri iman dan lebih yakin dengan akal sendiri atau dikelabui oleh keegoan dan terkeliru oleh pelbagai sentimen, inilah hakikat yang menjadi latar di sebalik pelbagai salah faham dan kekeliruan tentang Islam dan ajarannya.

Selain daripada ajaran-ajaran yang jelas menyeleweng seperti mengaku dilantik menjadi rasul dan menerima wahyu yang lebih mudah dikenal pasti dan dijauhi, dengan izin Allah Subhanahu wa ta’ala, yang lebih membimbangkan adalah tersebarnya fahaman dan kecenderungan yang tidak begitu zahir berbahayanya.

Di antara fahaman sebegitu yang dapat dirasakan kehadirannya dalam masyarakat kita adalah kecenderungan terlalu liberal atau terlalu literal dalam memahami Islam.

Terlalu liberal

Kecenderungan terlalu liberal bererti seseorang itu menghayati dan memahami Islam dengan terlalu bebas dan tanpa mematuhi kaedah dan disiplin ilmu Islam yang benar.

Kecenderungan ini boleh mengakibatkan seseorang itu menolak ajaran dan prinsip agama yang sudah tetap sehingga ke tahap mengambil sikap yang bercanggah dengan nas-nas wahyu yang jelas.

Di antara gejala kecenderungan liberal di negara kita termasuklah sikap menolak dan mempertikaikan hukum jenayah Islam berkaitan kes Kartika Sari yang heboh diperkatakan akhir-akhir ini.

Sebelum ini kita juga ada mendengar ‘ayat-ayat’ liberal ini di sekitar isu-isu seperti murtad, poligami, pencegahan maksiat dan sebagainya. Mujurnya di negara kita kecenderungan seumpama ini rata-ratanya dijuarai oleh individu dan kumpulan yang bukan berlatar belakangkan pendidikan agama yang menyebabkan masyarakat umum tidak akan mudah menerima tafsiran dan ‘ijtihad’ mereka.

Alhamdulillah, orang kita tidak akan mudah menerima hujah agama daripada mereka yang tidak berkelulusan dan berimej agama. Ini berbeza dengan situasi di Indonesia di mana kecenderungan liberal ini turut menghinggapi sebahagian para lulusan pesantren dan pendidikan tinggi Islam.

Akhirnya kesan gejala ini dirasakan lebih menggawatkan dan mengancam dalam masyarakat Islam Indonesia. Kita memohon kepada Allah Subhanahu wa ta’ala agar menyelamatkan para agamawan negara kita khasnya dan masyarakat amnya daripada dihinggapi virus kecenderungan terlalu liberal ini.

Nas lawan pandangan tokoh?

Adapun kecenderungan terlalu literal dalam menafsirkan Islam nampaknya semakin kelihatan di kalangan segelintir agamawan di negara kita. Oleh kerana mereka berkelulusan dan berimej agama, jika tidak diawasi mungkin fahaman ini akan mempengaruhi sejumlah besar masyarakat Islam.

Apakah yang kita maksudkan dengan kecenderungan terlalu literal ini? Ia boleh dirujuk kepada sikap terlalu berpegang kepada maksud zahir atau literal nas-nas hukum tertentu sambil mengenepikan tafsiran dan takwilan (makna di sebalik yang zahir) ulama-ulama muktabar terhadap nas-nas tersebut.

Ia juga bermaksud kecenderungan seseorang merujuk terus kepada al-Quran dan al-Sunnah tanpa perantaraan tafsiran ulama muktabar di atas nama berpegang kepada dua sumber asasi agama.

Ini secara tidak langsung juga akan membawa kepada pemahaman sendiri yang lebih literal atau zahiri terhadap nas-nas ini kerana tanpa merujuk kepada khazanah ilmu warisan untuk memahami nas-nas ini, kemampuan seseorang itu memahaminya secara mendalam dan halus akan lebih terbatas.

Golongan berkecenderungan ini kadang-kadang mendakwa bahawa dengan sikap begini, maka mereka lebih mengutamakan nas daripada pandangan tokoh. Nas-nas wahyu tentunya lebih utama daripada pandangan mana-mana tokoh tanpa mengira sebesar mana tokoh tersebut.

Ini adalah kata-kata yang bunyinya benar tetapi hakikatnya membawa kepada kebatilan. Ia mengingatkan kita kepada tempelakan Saidina Ali radhiyallahu ‘anh kepada dakwaan puak Khawarij yang melaungkan slogan daripada ayat al-Quran, surah al-An’am, ayat 57 yang bermaksud, “Hanya Allahlah yang membuat penentukan hukum”. Saidina Ali radhiyallahu ‘anh menjawab, “Kalimatu Haqqin Uriida biha Batil” (Kata-kata yang benar tetapi digunakan untuk yang batil).

Dakwaan ini kita katakan batil kerana adalah hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa nas-nas al-Quran dan hadis tidak akan dapat difahami dengan tepat dan benar tanpa merujuk kepada pandangan tokoh-tokoh.

Kita tidak akan dapat berlaku adil kepada dua sumber utama Islam ini tanpa sumbangan kajian dan pandangan para tokoh-tokoh ulama. Malah ilmu-ilmu alat dan kaedah berkaitan dengan kedua-dua sumber ini pun disusun dan diperkembangkan oleh para tokoh ulama dari zaman ke zaman.

Oleh itu sebenarnya tindakan mempertentangkan antara nas dan pandangan tokoh ulama adalah suatu yang janggal dan asing dalam tradisi ilmu Islam. Nas dan pandangan tokoh yang muktabar adalah suatu yang harmoni dan berjalan seiring. Yang penting pandangan dan tokoh yang kita rujuk haruslah pandangan yang muktabar dan diiktiraf.

Memilih pandangan dan tokoh yang terbaik pula bukanlah mudah kecuali bagi mereka yang dibantu dan dipermudahkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala. Walau bagaimanapun, jika tradisi keilmuan, budaya ilmu dan berguru dalam Islam benar-benar diikuti, insya-Allah kefahaman dan penghayatan Islam yang murni sentiasa ada dan boleh dicapai oleh umat Islam di sepanjang zaman.

Memperlagakan

Tindakan memperlagakan nas dan pandangan tokoh salah kerana hakikatnya tiada siapapun yang dapat membebaskan diri daripada merujuk dan bersandar kepada pandangan tokoh dalam memahami nas, memahami Islam malah mana-mana persoalan khusus atau ilmiah.

Hakikatnya mereka yang mendakwa merujuk dan berpegang kepada al-Quran dan al-sunnah juga sebenarnya bersikap demikian kerana mengikuti pandangan dan saranan tokoh tertentu.

Dalam menafsirkan nas dengan pendekatan yang lebih literal atau mendekati sunnah dengan manhaj tertentu pun mereka kuat berpegang dan bersandarkan tokoh tertentu.

Ini jelas daripada nama beberapa tokoh ulama yang sering mereka ulangi dan jadikan rujukan utama dalam tulisan dan bahasan mereka. Akhirnya realiti yang berlaku adalah sekadar peralihan daripada pandangan sebaris tokoh kepada mengikuti pandangan tokoh-tokoh lain.

Malah yang selalu berlaku adalah sikap meninggalkan pandangan tokoh-tokoh yang sudah menjadi pandangan yang muktabar dan menonjolkan pandangan-pandangan yang lebih lemah dan dipertikaikan.

Sikap ini juga akan menimbulkan satu kesan sampingan buruk yang bukannya kecil iaitu perpecahan dan permusuhan sesama umat Islam dalam memahami dan mengamalkan agama mereka.

Ini kerana jika pandangan dan tokoh yang muktabar dalam Islam cuba dilayan dengan tidak wajar sudah tentu akan ada tindak balas dari kalangan umat Islam yang sedar bangkit mempertahankannya.

Jika pihak yang cenderung mempersalahkan para tokoh muktabar ini berkeras dan berterusan melakukannya maka rosaklah hubungan dan persaudaraan di kalangan mereka yang mahukan Islam.

Saranan dan prinsip untuk memahami dan mengambil ajaran agama daripada tokoh-tokohnya yang muktabar adalah suatu yang ditetapkan oleh nas-nas yang banyak dan hujah aqli yang kukuh. Insya-Allah, ruangan ini akan menghuraikannya dalam kesempatan yang mendatang.

Tulisan kali ini sekadar lontaran awal melihatkan adanya kecenderungan sesetengah pihak untuk mengkritik tokoh-tokoh, kitab-kitab dan institusi warisan muktabar dalam Islam.

Memanglah mana-mana tokoh selain Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam akan ada kelemahan mereka. Soalnya menumpukan perhatian dan menonjolkan kelemahan mereka hanya akan menenggelamkan kehebatan dan kelebihan mereka yang jauh lebih penting dan lebih kita perlukan.