Selasa, 10 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Satu - satunya sekolah agama penuh yang masih ada di Bandaraya Kuching........... Ilmu yang dicurahkan dari sekolah ini amatlah berguna sebenarnya.
[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
[2]
“Yang Menguasai sekalian manusia,
[3]
“Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
[4]
“Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
[5]
“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
[6]
“(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.
PROGRAM SOLAT HAJAT SEMPENA PMR
Tarikh: 2 Oktober 2009
Tempat: Masjid Darul Ibadah, Kampung Samariang.
Peserta: Untuk pelajar - pelajar yang ingin menduduki PMR(yang bukan berkenaan pun boleh datang).
KULIAH PENGAJIAN KITAB USTAZ AZHAR
Tarikh: 28, 29 hingga 30 Oktober 2009.
Tempat: Sekretariat PERKEPIS, Gita.
Peserta: Umum untuk semua
MESYUARAT KHAS BADAN KEBAJIKAN PENGAWAS MADRASAH ISLAMIAH KUCHING.
Tarikh: 13 November 2009
Masa: 9.30 Pagi
Tempat: Dewan Kelas Tsanawi I, Madrasah Islamiah, Kuching.
Tarikh: 14 - 16 November 2009.
Tempat: Kompleks Asrama Yayasan Sarawak, Jalan Sultan Tengah, Kuching(berdekatan dengan Perumahan Taman Puteri, Bandar Baru Samariang).
Masa Mendaftar: 14 November 2009, pukul 3 Petang.
Pengumuman: Pelajar - pelajar wajib menunggu di Madrasah Islamiah pada pukul 2 petang pada hari mendaftar itu.
PERHIMPUNAN KHAS
Tarikh: 17 November 2009
Hari: Selasa
Tempat: Dewan Tsanawi I, Madrasah Islamiah, Kuching.
SOALAN:
Apakah pandangan ustaz tentang masalah sosial yang berlaku sekarang ini?
*HASAN, Seri Kembangan, Selangor.
Jawapan:
Secara sedar ataupun tidak sedar, usaha-usaha kerajaan untuk menaikkan taraf ekonomi rakyat adalah berjaya dan begitu mengkagumkan. Walaupun demikian, saya berpendapat bahawa pencapaian untuk menghasilkan kemantapan pembinaan kerohanian jauh terbelakang berbanding dengan pencapaian ekonomi.
Dalam keadaan seperti sekarang ini, saya tidak beranggapan bahawa menuding menuduh orang lain bersalah, menyebabkan masalah keruntuhan akhlak itu berlaku sesuatu yang baik. Tidak guna bertengkar, menyalahkan orang lain cuai memandu, makan jalan atau tidak memberi isyarat ketika hendak membelok apabila berlaku perlanggaran. Apa yang perlu dilakukan ialah berfikir dan berusaha bagaimana hendak mengalihkan kenderaan yang terlibat agar ia tidak menghalang laluan, kemudian baru berbincang sama ada hendak membuat laporan di balai atau diselesaikan dengan persetujuan.
Punca keruntuhan akhlak adalah saling kait, yang tidak mudah dirujuk kepada satu punca secara khusus. Tidak benar bahawa ibu dan bapa itu sebagai punca utama berlakunya demikian, kerana umumnya tidak ada ibu ataupun bapa yang tidak menyayangi anaknya. Walaupun demikian, tidak dinafikan adanya bapa yang berkelakuan tidak ubah seperti bapak haruan, begitu juga dengan ibu yang tidak boleh dijadikan contoh baik oleh anak-anak, guru-guru, tidak kira sekolah rendah ataupun menengah berusaha untuk mendidik pelajar, tetapi pencapaian akademik tidak semestinya memperlihatkan seorang pelajar itu berakhlak mulia kerana sesetengah orang beranggapan kejayaan dalam bidang akademik adalah segala-galanya.
Selain daripada itu pengaruh luaran kelihatan lebih banyak mempengaruhi anak-anak berbanding dengan usaha ibu dan bapa juga para guru. Bagi anak-anak kecil yang sebelum sekolah, ibu bapa merupakan tempat mereka bersandar, mengadu manja dan begitu patuh. Apabila mereka mula belajar, mula kenal guru dan mempunyai teman yang banyak, mereka sudah ula mengalihkan tempat sandaran kepada guru, dan teman-teman, bergantung kepada keadaan. Semakin dewasa seseorang itu, maka ia semakin terdedah kepada environment luaran dan sekitarnya.
Ketika ini pengaruh-pengaruh luaran itu seolah-olah berlumba-lumba untuk memenangi anak-anak yang sedang membesar tadi. Mana yang kuat ia akan menang. Bagi ibu dan bapa dan keluarga yang prihatin dengan anak-anak, berkemungkinan besar anak-anak itu akan terbentuk dalam keadaan sempurna. Sebaliknya, ibu bapa yang mengabaikan anak-anak, membiarkan mereka berkawan dengan sesiapa yang disukai, berkemungkinan besar anak-anak tadi akan bermasalah apabila dewasa kelak.
Pengaruh luaran ini terus menerus berlumba-lumba mencipta kerektor anak-anak setiap masa. Di rumah, ibu dan bapa menyuruh anak-anak mengaji, sembahyang, membaca buku tetapi di luar rumah, kawan-kawan menunggu mengajak main bola, main basikal tanpa mengira waktu zuhur ataupun maghrib. Mereka akan balik rumah apabila lapar atau malam telah berlabuh. Di televisyen, syarahan-syarahan agama cuba diselit-selitkan pada waktu petang, iaitu ketika anak-anak ini sedang sibuk mandi, tetapi pada waktu malamnya mereka dihidangkan dengan babak orang bercumbu-cumbuan, berpakaian tiga suku telanjang atau gambar orang berpakaian membuka ketiak. Tidak ada statistik untuk memastikan berapa orang yang suka melihat ustaz-ustaz bersyarah agama berbanding dengan mereka yang suka melihat gambar orang bercumbu-cumbuan ataupun perempuan yang memperlihatkan separuh daripada buah dadanya,
renungan
Begitu juga halnya dengan sesetengah surat-surat khabar, yang ada kalanya lebih berkecenderungan memperlihatkan watak-watak, ataupun latar belakang artis ataupun penyanyi sehingga empat lima muka surat termasuk hal-hal peribadi yang tidak boleh dijadikan contoh yang baik atas alasan yang tidak jelas. Semuanya ini perlu difikir dengan serius, jangan terlalu memikiri berapa ribu naskhah majalah laku untuk mengaut untung semata-mata kerana bahan-bahan cetak ini menjadi renungan dan model kepada pembaca, terutamanya anak-anak yang sedang meningkat dewasa.
Ada juga orang yang berpendapat bahawa setiap orang boleh memilih apa yang patut dan baik untuk dilakukan. Untuk menonton filem yang mempamerkan manusia separuh telanjang ataupun menonton forum-forum yang memberi manfaat ataupun syarahan agama. Begitu juga dengan surat khabar, sama ada hendak membaca berita-berita ilmiah ataupun cerita gosip artis kena tangkap basah, artis dituduh merogol, atau yang kena saman kerana memandu tidak mempunyai lesen.
Dalam amalan harian kita akan mempelajari, secara langsung ataupun tidak langsung bahawa manusia itu lebih berusaha mengejar sesuatu yang bersifat fizikal, yang kelihatan dapat dibuktikan, dirasa dan dipertontonkan. Manusia kurang berupaya untuk menimbang tentang sebab musabab dan natijah cetusan daripada perbuatan yang dilakukan, yang menjadi sebahagian daripada budaya hidup mereka.
Hal-hal seumpamalah melahirkan manusia yang lidahnya mengaku keesaan Allah, dan pesuruhnya Muhammad, percayakan pada balasan baik dan buruk di akhirat, tetapi dalam amalannya mereka seumpama tidak mempercayai tentang adanya balasan di akhirat, iaitu balasan nereka bagi mereka yang melakukan kejahatan. Pegangan seumpama inilah yang melahirkan manusia yang lari ataupun melarang orang lain daripada memperkatakan tentang akhirat dan mati, kerana ia hanya akan melahirkan manusia munyuk, mundur dan tidak berupaya memahami kepesatan teknologi moden yang sedang melanda.
Memperkatakan tentang keruntuhan akhlak, kita sebenarnya sering lupakan hakikat diri manusia. Untuk menghapuskan pelacuran misalnya, kita sering menangkap, mendenda dan menghalau keluar kalau mereka orang luar. Penghisap dadah ditangkap dan dipulihkan. Tindakan ini memang yang baik yang memang sepatutnya dilakukan untuk menangani masalah terkini. Cara mengelakkan serangan nyamuk ialah dengan membunuhnya, tidur menggunakan ubat nyamuk, sama ada dengan ubat nyamuk yang menggunakan elektrik ataupun lingkaran tradisional. Mereka yang bersifat tradisional akan pakai kelambu atau pakai ubat nyamuk lengkar. Walaupun demikian, kita seolah-olah lupa, bahawa cara berkesan mengatasi masalah nyamuk ialah dengan membasmi tempat nyamuk itu membiak, di mana persekitaran yang bersih itu amat diperlukan. Bukan dengan cara memukulnya dengan tangan. Begitu halnya dengan usaha-usaha untuk membasmi keruntuhan akhlak, di mana kesedaran beragama, ataupun iman itu perlu dalam usaha yang berkesan untuk membasmi pelbagai gejala keruntuhan akhlak.
Nafsu manusia itu berkecenderungan untuk melakukan sesuatu yang bersifat buruk berbanding dengan kecenderungan untuk melakukan sesuatu yang bersifat baik. Kerana itu kita jangan terlalu berfikir kenapa anak-anak lebih gemar membaca majalah-majalah yang tidak memberi faedah daripada buku pelajaran dan buku-buku bernilai akademik yang membina pertumbuhan akal minda. Atas kecenderungan seumpama ini juga kenapa lebih ramai orang yang lebih suka menonton filem ganas, seks, daripada menonton filem-filem tayangan yang lebih memberi manfaat. Hal demikian sama dengan kecenderungan manusia yang lebih suka berebut-rebut menyerbu konsert-konsert rock, pusat-pusat karaoke, kelab-kelab malam dengan bayaran tinggi daripada menghadiri kelas-kelas agama, majlis ilmu, majlis maulud atau Isra’ Miraj biarpun di majlis tersebut disediakan dua ekor lembu yang dimasak rendang sejak pagi.
resah gelisah
Allah swt menjadikan manusia itu dalam keadaan sentiasa resah gelisah, biar dalam keadaan apa sekalipun, kecuali mereka yang berupaya melakukan sembahyang dengan khusyuk dan diterima di Allah swt sembahyangnya, ketika dirundung malang, mereka mengeluh dan menjadi tamak, kedekut ketika memperoleh kesenangan, kecuali mereka yang sembahyang dan diterima sembahyangnya.
Sembahyang di sini dilambangkan sebagai punca utama segala kebaikan, kerana sembahyang itu mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Bererti bahawa orang yang tidak bersembahyang tidak berupaya mencegah dirinya daripada melakukan kejahatan.
Berhubung dengan keruntuhan akhlak, mungkin tidak perlu membuat statistik berapa ramai di kalangan mereka yang merogol anak sendiri, “mendera kanak-kanak”, mereka yang melakukan liwat, minum arak, orang yang suka melakukan zina, ataupun menjadi pelacur melakukan sembahyang. Tidak ada orang yang melacur melanggani dua orang lelaki di malam hari, dan sembahyang subuh dengan khusyuk di pagi hari. Tidak ada orang yang sembahyang zuhur di tengah terik matahari kemudian lepak menusukkan jarum dadah dalam urat lengannya. Andainya ada orang yang melakukan sembahyang asar di petang hari sebelum matahari terbenam, dan menerima rasuah di malam hari, ini bererti, tentunya ada yang tidak kena dengan sembahyang yang dilakukannya.
KANGAR 21 Jun - Baitulmal Perlis akan membantu keluarga Rodzake Namis, 35, bagi membuat pembedahan telinga kanan Muhammad Nabil Mustaqim, 10 bulan yang dilahirkan tanpa alat kelamin dan mengalami beberapa kecacatan lain.
Pengarahnya, Mohd. Sokri Hussin berkata, pihak Baitulmal akan menanggung kos yang diperlukan keluarga tersebut sekiranya pembedahan itu dilakukan.
''Mesyuarat juga akan diadakan bagi membantu keluarga itu untuk membeli alat pendengaran khas kerana difahamkan tahap pendengaran Muhammad Nabil hanya berfungsi 70 peratus dan memerlukan alat bantuan itu.
''Melalui maklumat yang diberikan keluarga ini, bayi mereka juga perlu melakukan satu pembedahan bagi menebuk telinga sebelah kanan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas melawat kanak-kanak itu yang dilahirkan tanpa alat kelamin di Kampung Batu 5, Kuala Perlis.
Selain itu, bayi yang yang dilahirkan pada 23 Ogos tahun lalu itu turut mempunyai kecacatan lain termasuk tiada kelopak mata, memiliki sembilan jari, mempunyai sebelah telinga kiri dan ruang pernafasan hidung yang sempit.
Mohd. Sokri memberitahu, pihaknya juga akan cuba memberikan bantuan lain termasuk keperluan harian yang diperlukan termasuk lampin.
''Bapa bayi ini hanya menjalankan perniagaan gerai secara kecil-kecilan dan kita akan memberikan bantuan yang diperlukan keluarga ini.
''Bayi ini sangat istimewa dan dengan bantuan yang akan diberikan ini diharap dapat meringankan beban yang ditanggung keluarga berkenaan,'' ujarnya.
habis
**********************************************
Diceritakan bahawa ada seorang wanita di Baitul Muqaddis (tepatnya Baitul Maqdis @ Baitul Muqaddas) yang menjadikan 12,000 kali Suratul Ikhlash sebagai wiridnya setiap hari di bulan Rajab. Dalam bulan ini, dia mengenakan pakaian dari shuf (yakni sebagai tambahan dan pernyataan sifat zuhudnya). Tatkala dia sakit, dia berwasiat kepada anaknya agar dia dikafankan dengan kain shufnya tersebut. Namun ketika dia mati, dia telah dikafankan dengan kain yang elok. Maka anaknya bermimpi ibunya berkata: "Aku tidak redha kepadamu kerana engkau tidak melaksanakan wasiatku." Terjagalah anaknya itu dengan perasaan cemas, lalu dia mengambil kain shuf ibunya agar dapat dikebumikan bersama ibunya. Maka dia pun menggali kubur ibunya dan tidaklah dia tidak bertemu dengan jenazah ibunya itu, hairanlah anak tersebut lalu dia mendengar satu seruan yang berbunyi: "Tidakkah engkau tahu bahawa orang yang mentaati Kami dalam bulan Rajab tidak Kami tinggalkan sendirian seorang diri. (yakni ditinggal sendirian dalam lubang kubur)".Allahu ... Allah, bagaimanakah keadaan kita nanti dalam kubur? Sendirian ? Bertemankan kala dan ular? Allahu.. Allah. Mudah-mudahan kuburan kita nanti menjadi taman syurga dan bukannya jurang api neraka.
Telah ittifaq (sepakat) jumhur ulama asy-Syafi`iyyah untuk menegah pemberian zakat dan seumpamanya segala pemberian yang bersifat wajib seperti nazar dan kafarah, kepada ahli keluarga Junjungan Nabi SAW (ahlil bait), walaupun mereka tidak mendapat hak mereka daripada khumusul khumus. Dan demikianlah pula hukumnya bagi para mawali mereka menurut qawl yang ashoh. Walaubagaimanapun, ramai ulama terdahulu dan yang datang kemudian telah memilih untuk menghukumkan jawaz / jaiz (yakni mubah atau harus) memberi zakat kepada mereka ketika putus daripada mereka hak mereka daripada khumusul khumus. Di antara ulama yang berpendapat sedemikian adalah al-Ishthikhari, al-Harawi, Ibnu Yahya, Ibnu Abi Hurairah, al-Fakhrur Razi beramal dan berfatwa dengannya, Qadhi Husain, Ibnu Syukail, Ibnu Ziyad, an-Naasyiri dan Ibnu Muthir. Telah berkata al-Asykhar: "Mereka-mereka ini (yakni para ulama yang tersebut tadi) adalah imam-imam besar yang fatwa mereka mempunyai kekuatan, oleh itu adalah harus untuk bertaklid kepada mereka dengan taklid yang sah dengan syaratnya kerana darurat dan lepaslah tanggungan ketika itu (yakni lepaslah tanggungan kewajipan mengeluarkan zakat apabila ianya diberi kepada mereka kerana ketika itu dihukumkan sah zakat yang dikeluarkan kepada mereka), akan tetapi pendapat ini hanyalah untuk amalan pribadi dan bukan untuk dijadikan fatwa umum atau dijadikan hukum dengannya.Begitulah hukumnya pemberian zakat kepada keluarga mulia Junjungan Nabi SAW. Adapun sedekah-sedekah biasa maka tidaklah menjadi kesalahan untuk diberi kepada ahlil bait dan tidak pula menjadi kesalahan untuk mereka menerimannya. Hanya sedekah yang wajib seperti yang diperkatakan di atas sahaja yang mempunyai tegahan. Maka janganlah terkeliru mengenai dua perkara ini, iaitu antara sedekah wajib dengan sedekah sunnat. Berbalik kepada sedekah yang wajib, jika kita mengeluarkan zakat kepada ahlil bait, maka hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepadanya sebab mungkin dia bersikap warak dan tidak mahu menerimanya kerana mengambil jalan ihtiyath dengan berpegang kepada qawl mu'tamad dalam mazhab. Seperkara lagi yang patut diberikan perhatian terutama bagi sesiapa yang memegang tampuk pemerintahan adalah hukum-hakam mengenai khumus. Diharap para ulama dapat membantu memperjelaskan konsep khumus tersebut dan apa-apa harta yang termasuk dalamnya seperti harta fai`, ghanimah dan seumpamanya. Jika wujud khumus, maka ianya menjadi kewajipan pemerintah untuk membahaginya menurut hukum syarak yang mulia termasuklah kepada ahli keluarga Junjungan Nabi SAW daripada kalangan Bani Hasyim dan Bani Muthalib menurut mazhab kita.
Dan telah menyalahi akan fatwa tersebut al-`Allaamah Sayyid 'Abdullah bin 'Umar bin Abu Bakar BinYahya yang berpendapat bahawa: " Tidak harus memberikan (zakat dan seumpamanya) kepada mereka (yakni ahlil bait) secara mutlak, dan sesiapa yang mengharuskannya, maka dia telah keluar daripada mazhab yang empat (yakni keluar daripada qawl muktamad yang dipegang oleh keempat-empat mazhab), maka tidak harus untuk dipegang kerana terdapatnya ijma` di sisi mereka (yakni di sisi ulama mazhab yang empat) untuk menegah pemberian zakat kepada mereka (yakni ahlil bait)".
Faedah: Telah berkata Imam al-Kurdi: "Dan seperti hukum zakat yang tidak dibenarkan diberi kepada dzawil qurba (kaum-kerabat Junjungan Nabi SAW yakni dalam mazhab kita mereka adalah Bani Hasyim dan Bani Muthalib) adalah segala pemberian yang wajib seperti nazar, kafarah, dam haji, korban wajib dan bahagian yang wajib diberikan kepada fakir dalam korban yang sunat (yakni bahagian yang wajib disedekahkan kepada fakir). Dan difahami daripada kata beliau "seperti nazar" itu adalah nazar yang mutlak dan yang muqayyad seperti nazar bagi golongan fakir dari kalangan umat Islam. Adapun nazar yang tertentu bagi seseorang atau satu kabilah daripada mereka (yakni daripada segala kabilah dzawil qurba) maka sahlah nazar tersebut (yakni jika seseorang bernazar untuk memberi sesuatu kepada seorang habib atau bernazar untuk memberi sesuatu kepada keluarga al-Haddad umpamanya, maka nazar tersebut adalah sah dan bolehlah diberikan kepadanya).
Kursus berlangsung selama 3 hari ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta pengetahuan kepada para peserta tentang peranan pemandu pelancong di masjid dan secara tidak langsung sebagai dai'e memberi kefahaman tentang Islam di kalangan pelancong asing yang datang melawat ke masjid. Perasmian kursus disempurnakan oleh Tuan Haji Ghafani bin Awang Teh, Pengarah Bahagian Kesuma, Jakim. Turut hadir Tuan Azrin bin Mohd Amin, Pengerusi Islamic Outreach ABIM. Penceramah jemputan ialah Sheikh Raziudin Ali yang merupakan Director Discover Islamic, Bahrain.
WASHINGTON 5 Nov. – Barack Obama, hari ini memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS), sekali gus mencipta sejarah sebagai Presiden kulit hitam pertama AS dalam tempoh 232 tahun sejak negara itu mencapai kemerdekaan dari Britain.
Obama, 47, yang mewakili Parti Demokrat mengetepikan pencabar kuat daripada Parti Republikan, John McCain dengan membolot 349 undi Badan Perwakilan Pemilih (BPP) di seluruh negara melepasi undi minimum sebanyak 270 undi BPP bagi melayakkan seseorang calon untuk diisytihar menang bagi menduduki White House.
McCain yang bergandingan dengan Gabenor Alaska, Sarah Heath Palin sebagai calon Naib Presiden hanya memperoleh 163 undi BPP.
Keputusan pilihan raya di North Carolina (15 undi) dan Missouri (11) kesemuanya melibatkan sebanyak 26 undi BPP masih belum diputuskan.
Jika undi BPP di kedua-dua negeri itu diambil kira, jumlah undi BPP yang bakal diterima oleh Obama dan McCain akan turut meningkat, tetapi tidak akan mengubah kemenangan Obama.
Senator Joe Biden, Senator dari Delaware akan mengiringi Obama sebagai Naib Presiden.
Kemenangan Obama banyak disumbang oleh pengundi wanita, kulit hitam dan mereka yang berketurunan Hispanik, selain pengundi bebas.
Obama turut berjaya ‘merampas’ undi mencukupi daripada pengundi kulit putih yang selama ini banyak memberi sokongan kepada Parti Republikan, untuk membantunya mengetepikan McCain.
Kejayaan Obama bukanlah satu perjalanan yang mudah buat anak kelahiran Hawaii ini, kerana beliau telah menempuh pertarungan sengit sejak hampir 24 bulan lalu, sebelum menempatkan dirinya sebagai lelaki paling berkuasa di dunia pada masa ini.
Bermula dengan perlumbaan sengit dengan bekas wanita pertama AS, Hillary Rodham Clinton bagi merebut tempat sebagai calon Presiden AS mewakili Parti Demokrat, Obama kemudian meneruskan persaingan dengan tokoh politik veteran, McCain yang sehingga saat akhir tidak berputus asa terus berkempen, walaupun tinjauan pengundi di seluruh AS mendapati Obama telah meninggalkan veteran tahanan perang Vietnam itu jauh di belakang.
Kemenangan Obama bukan sahaja disambut gembira oleh seluruh keluarganya, penyokong Parti Demokrat dan rakyat AS, malahan seluruh dunia yang mahu melihat reformasi yang diutarakan oleh Senator Illinois itu akan membawa perubahan termasuk kepada AS, yang kini mengalami kegawatan ekonomi tetapi juga kepada geopolitik dunia.
Obama bukan sahaja menjanjikan pembaharuan dan perubahan bagi rakyatnya, tetapi juga berjanji untuk mengubah imej AS yang kini terjejas teruk di mata dunia akibat tindak-tanduk kerajaan di bawah pentadbiran Presiden George W. Bush selama lapan tahun sejak 2000.
Dalam ucapan sulungnya sejurus selepas diumumkan sebagai pemenang lewat tengah malam tadi di Grant Park, Chicago bandar kediamannya, Obama menyeru seluruh rakyat AS bersatu dan bersedia menyahut cabaran untuk membawa perubahan kepada AS.
Pemimpin-pemimpin dunia turut memberi reaksi atas kemenangan Obama dengan kebanyakan mereka mengucapkan tahniah. Iran memberi reaksi yang berbeza apabila tentera negara itu memberi amaran akan mengambil tindakan keras kepada tentera AS di Iraq kerana menceroboh wilayah Teheran.
Kemenangan Obama disambut begitu meriah dengan pelbagai upacara sambutan diadakan di seluruh AS.
Di pekan Kongelo, Kenya tempat asal usul keluarga sebelah bapa Obama turut meraikan kemenangan Obama itu dengan irama lagu dan tarian.
Di Jakarta, sekolah rendah tempat Obama belajar semasa tinggal di ibu kota Indonesia itu sekitar 1960-an turut meraikan kemenangannya.
Pilihan raya Presiden AS kali ini turut diadakan serentak dengan pilihan raya Senat di 33 negeri dan pilihan raya Dewan Perwakilan di semua 50 negeri dan pilihan raya Gabenor di 11 negeri.
Pada pilihan raya Senat, Parti Demokrat mengukuhkan majoriti di kedua-dua dewan Kongres AS, sekali gus menjadikan lebih mudah untuk Obama melaksanakan agenda pembaharuannya.
Demokrat menambah lima lagi kerusi di Senat dalam pilihan raya semalam, untuk meningkatkan majoriti mereka kepada sekurang-kurangnya 56 kerusi di dewan tertinggi yang mempunyai 100 anggota itu.
Sebanyak 35 daripada 100 kerusi itu dipertandingkan semalam.
NABI Ismail cukup terkenal dengan kisah penyembelihan agung. Pada Hari Raya Aidiladha, peristiwa ini pasti meresap kembali dalam ingatan seluruh umat Islam di seluruh dunia. Bagi umat Islam yang berkemampuan mereka akan menyembelih haiwan ternakan sebagai korban bersempena dengan peristiwa penyembelihan Nabi Ismail.
Peristiwa penyembelihan ini bermula apabila Nabi Ibrahim bermimpi bahawa Allah memerintahkan baginda untuk menyembelih anaknya.
Nabi Ibrahim sungguh sedih dan terkejut. Sebelum ini pun Allah telah mengujinya dengan berbagai-bagai ujian dan cabaran. Ujian pertama yang diterimanya adalah setelah berkahwin dengan Sarah. Isterinya itu didapati tidak dapat melahirkan anak sedangkan usia Nabi Ibrahim pada waktu itu telah lanjut.
Kemudian baginda berkahwin dengan Hajar dan mendapat seorang anak lelaki yang diberi nama Ismail. Baginda sungguh gembira dan amat menyayangi anaknya itu. Tiba-tiba ujian kedua menimpanya. Allah menurunkan wahyu supaya baginda meninggalkan Hajar dan anak kesayangannya di satu kawasan ketika itu Ismail masih kecil.
Akhir sekali dugaan yang paling mencabar diterimanya dalam mimpi baginda. Allah memerintahkan baginda supaya menyembelih Ismail. Pada masa itu Ismail telah remaja. Nabi Ibrahim berasa sedih kerana itulah satu-satunya anak yang dimilikinya bersama Hajar.
Nabi Ibrahim juga telah tua ketika menerima wahyu tersebut. Namun, baginda tetap taat kepada perintah Allah. Lalu baginda bertemu dengan Ismail.
"Wahai anakku, sesungguhnya aku telah bermimpi seolah-olah aku menyembelihmu. Apakah pendapatmu tentang perkara ini?," tanya Nabi Ibrahim.
Sebagaimana yang diterjemahkan di dalam al-Quran, Ismail pun menjawab, "Wahai bapaku, kamu laksanakanlah apa yang telah diperintahkan kepadamu. Insya-Allah kamu mendapatiku termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar".
Nabi Ibrahim sungguh terharu mendengar kata-kata anaknya itu. Baginda tahu anaknya seorang yang tabah dan taat kepada Allah. Kemudian, baginda bersiap sedia menyembelih Ismail.
Sebelum disembelih, Ismail berpesan kepada bapanya: "Wahai ayahku, ikatlah badanku dengan kuat agar aku tidak meronta-ronta. Kemudian tanggalkanlah pakaianku agar tidak terkena darahku. Aku tidak mahu ibu bersedih apabila melihat pakaianku nanti. Tajamkanlah pisaumu dan percepatkanlah penyembelihanku agar dapat meringankan kesakitanku. Kemudian sampaikanlah salamku kepada ibu dan berikannya pakaianku sebagai tanda kenang-kenangan."
Nabi Ibrahim terus memeluk dan mencium anaknya.
"Aku sungguh bahagia mempunyai anak sepertimu yang taat kepada perintah Allah, berbakti kepada orang Allah, berbakti kepada orang tua dan ikhlas hatinya," kata Nabi Ibrahim dalam nada sedih.
Selepas itu, Nabi Ibrahim pun menjalankan perintah tersebut. Baginda melakukannya seperti yang diminta oleh Ismail, tetapi pisau yang digerakkan di leher Ismail tidak berfungsi dan menjadi tumpul. Beberapa kali dicubanya tetapi gagal. Nabi Ibrahim berasa hairan lalu berdoa kepada Allah dan Allah terus berseru kepadanya:
"Wahai Ibrahim, sesungguhnya engkau telah melaksanakan mimpimu itu, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berbuat kebaikan."
Nabi Ibrahim amat bersyukur kerana Ismail telah terselamat daripada disembelih. Tempat Ismail telah diganti dengan seekor kibas.
MUNGKIN tiada kaitan antara tragedi pembunuhan 11 jemaah yang sedang bersolat Isyak termasuk imam yang mati ditembak oleh sekumpulan lelaki di Masjid Al Furqan, Kampung Air Tempayan di daerah Cho-ai-rong, Narathiwat, selatan Thailand baru-baru ini, dengan buku yang menjadi ulasan pada minggu ini.
Tetapi apa yang boleh kita katakan adalah kesedihan (atau lebih tepat kekecewaan yang teramat sangat)! Di kala kita begitu merindui akibat kehilangan ulama-ulama Islam yang berpengaruh ini, luka yang sedia ada bertambah pedih dengan siri pembunuhan terhadap umat Islam di merata ceruk dunia.
Malah sehinggakan untuk umat Islam bebas beribadat di rumah ibadat kita sendiri pun, mereka diserang tanpa dapat mempertahankan diri langsung!
Sedangkan sebagaimana yang memetik kata-kata ulama terkemuka Syria, Mustafa al Syibai'y diambil dari buku ini, beliau berkata; "Prinsip-prinsip peradaban Islam mengharamkan peperangan, tidak boleh menyerang, merampas harta benda dan menghina kehormatan sesuatu bangsa."
Beliau mengambil contoh wasiat sahabat besar Rasulullah, khalifah Islam Saidina Abu Bakar kepada para tentera Islam yang berbunyi; "Jangan menyeksa, jangan membunuh anak-anak kecil, warga tua dan kaum wanita. Jangan menyembelih kambing, lembu ataupun unta kecuali untuk dimakan. Kamu akan melalui orang yang sedang bertapa di kuil-kuil maka biarkanlah mereka dengan apa yang mereka lakukan."
Jadi nampakkah kita perbezaan yang cukup besar apabila prinsip Islam sama ada dalam zon peperangan atau tidak, yang tidak akan menganggu mereka yang sedang bertapa (beribadat) di kuil-kuil tetapi dengan kejadian yang begitu tragis berlaku di Masjid Al Furqan itu?
Apabila berlaku pelbagai penindasan terhadap umat Islam sebegini, di saat-saat inilah menyebabkan kita begitu merasakan kehilangan para ulama. Tidak bermakna andai mereka masih hidup, maka bermakna kejadian-kejadian seperti ini tidak akan berlaku.
Malah sewajarnya apabila mereka sudah tiada di muka bumi ini, maka kita yang masih hidup ini perlu mengingati dan mengambil pengajaran dari segala apa yang telah diperjuangkan oleh ulama-ulama berkenaan semasa hayat mereka.
Penulis buku ini yang kini pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) benar-benar melakukan apa yang disifatkan sebagai tanggungjawab fardu kifayah apabila dalam ruangan dan halaman yang cukup terhad. mampu membawakan kepada kita untuk menghayati perjuangan 10 tokoh sarjana Islam yang terbilang ini.
Tokoh-tokoh yang dimuatkan dalam buku ini terdiri daripada:
1) Tokoh Kebangkitan Syria (wakil Ikhwan di Syria) - Mustafa Al Syiba'iy (1915-1964)
2) Ulama Reformis dan Ahli Falsafah, Mesir - Dr. Yusuf Musa (1899-1963)
3) Tokoh Pembaharuan Universiti Al Azhar, Mesir - Mahmud Shaltut (1893-1963)
4) Pemikir Islam Unggul Mesir - Muhammad Imarah (1931-kini)
5) Pemikir Dakwah dan Pembela Islam - Muhammad Al Ghazali (1917-1996)
6) Ulama Rabbani India - Abu Hassan Ali Al Nadawi (1914 - 1999)
7) Imam Masjid Al Azhar - Sheikh Ismail Sodiq Al Adawi ( 1934 - 1998)
8) Tokoh Tafsir Mesir Abad ke21 - Sheikh Muhammad Al Mutawalli Al Sya'rawi (1911-1998)
9) Pakar Tafsir dan Fikah Terkenal Abad ini - Dr Wahbah Al Zuhayli (1932 - kini)
10) Tokoh Dakwah dan Pendidik Umat Islam Abad ke 21 - Dr. Yusuf al Qaradawi (1926 - kini).
Apabila kehilangan mereka umpamakan sahaja seperti seperti kata Imam Baihaqi; kematian seorang ulama umpama bintang yang hilang sirna di antara bintang-bintang dan matinya satu kabilah itu adalah lebih ringan musibahnya berbanding matinya seorang yang alim.
Buku ini telah diulang cetak buat kali kedua, iaitu sebanyak hampir 10,000 naskhah dan telah habis terjual setelah mula diterbitkan pada tahun ini.
[3]. Fathul Bari bab 48 At-Tashawir hadits No. 5949
[4]. Hadits shahih ditakhrijkan oleh Ahmad, hakim, dan Imam hadits yang empat. Hadits ini juga ada dalam Shahihul Jami' no. 6950
[5]. Lihat Syarhus Sunnah 8/23
Dinukil dari "Buyuut Laa tad khuluha al malaikat" Penulis Abu Hudzaifah Ibrahim bin Muhammad
Bismillahir rahmannir rahim,( بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ )
Merayakan Hari Ulang Tahun tidak ada landasannya dalam syara'/agama kita yang suci bahkan ia (perbuatan itu) adalah bid'ah berdasarkan kepada sabda Nabi Shallallahu 'alaihi Wasallam : "Barangsiapa yang mendatangkan suatu perbuatan baru (mengada-ada) dalam urusan kita ini (agama) sesuatu yang bukan darinya maka hal itu adalah ditolak". (Hadits Muttafatwa 'ala shihhatihi - hadits yang sepakati atas keshahihannya)
Dalil-dalil syariat dari kitab dan sunnah juga menunjukkan bahawa perayaan hari ulang tahun termasuk bid'ah yang diada-adakan dalam agama yang tidak ada asalnya dalam syariat yang suci dan tidak boleh memenuhi undangan tersebut karena perkara itu bererti mendukung dan mendorong kepada kebid'ahan dan Allah Ta'ala berfirman:
Dan Allah berfirman:
أَمْ لَهُمْ شُرَكَاء شَرَعُوا لَهُم مِّنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَن بِهِ اللَّهُ
"Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?" (Surah Asy-Syuura:21)
Telah kita diketahui bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi Wasallam tidak pernah merayakan Hari Lahir (Hari Ulang Tahun) beliau selama hidupnya, tidak juga memerintahkan perkara ini serta tidak pernah mengajarkannya kepada para shahabat beliau..... demikian juga dengan para al-Khulafaur Rasyidun.
Dan seluruh shahabat beliau tidak pernah melakukan perkara ini, padahal mereka adalah orang-orang yang paling mengetahui sunnah Nabi, orang-orang yang paling dicintai oleh beliau dan orang-orang yang paling komitted dalam menjalankan ajaran beliau.
Dan Allah berfirman:
اتَّبِعُواْ مَا أُنزِلَ إِلَيْكُم مِّن رَّبِّكُمْ وَلاَ تَتَّبِعُواْ مِن دُونِهِ
أَوْلِيَاء قَلِيلاً مَّا تَذَكَّرُونَ
"Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhanmu, dan janganlah kamu menurut pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan." (Surah AL-A'raaf: 3)
Maka andaikata perayaan Hari Lahir (Maulid Nabi) adalah disyari'atkan nescaya mereka pasti berlomba-lomba untuk merayakannya. Begitu juga (perkara ini) tidak pernah dilakukan dan diperintahkan/dianjurkan oleh seorang pun dari para ulama yang hidup pada abad-abad utama.
Ada hadits yang shahih dari Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam bahawa sesungguhnya beliau bersabda:
"Barangsiapa yang mengamalkan satu amalan yang tidak ada perintahnya dari kami maka dia tertolak." (Riwayat oleh Muslim di dalam shahihnya.)
Dalam hadits lain beliau bersabda:
"Sebaik-baik ucapan adalah kitab Allah dan sebaik baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wassalam . Dan seburuk-buruk urusan adalah hal yang diada-adakan dan setiap kebid'ahan adalah sesat."
Maka berdasarkan perkara tersebut, diketahui bahawa perbuatan tersebut bukan termasuk ajaran syara'/agama yang kerananya Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi Wasallam diutus dan kami bersaksi dihadapan Allah Ta'ala dan seluruh kaum Muslimin bahawasanya andaikata beliau melakukan atau memerintahkannya atau dilakukan oleh para shahabatnya radhiallahu 'anhum nescaya kami akan berlomba-lomba untuk melakukannya dan menyeru kepadanya sebab kami – alhamdulillah – adalah termasuk orang-orang yang paling komitted dalam mengikuti sunnah beliau dan mengagungkan perintah dan larangannya.
Jadi perayaan ini selain bid'ah munkaruh yang tidak ada asalnya dari syariat juga di dalamnya terkandung tasyabbuh (menyerupai) dengan Yahudi dan Nashara tentang peringatan hari lahir. Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam telah bersabda dari sunnah dan jalan hidup mereka:
“Kalian pasti akan mengikuti sunnah orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal sehingga seandainya mereka masuk ke lubang biawak pun pasti kalian akan memasukinya." Mereka bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah mereka itu Yahudi dan Nashara ?" Beliau menjawab: "Siapa lagi ?" Diriwayatkan oleh Bukhari Muslim.
Dan makna " Siapa lagi ?" ertinya merekalah orang-orang yang dimaksud dengan perkataan Nabi Shalallahu 'Alaihi Wassalam ini. Beliau Shalallahu 'Alaihi Wasallam pun bersabda:
"Siapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk kaum itu." (Hadits Riwayat oleh Termidzi.
Jelas hadits tersebut bermaksud menyerupai orang kafir berakibat dosa bahkan kekufuran. Lebih dari itu menyerupai orang kafir menjadikan kita sama dengan mereka hingga Allah SWT melaknati kita sebagaimana Allah melaknati orang kafir. Akhirnya terpuruklah kaum muslimin dalam kehidupan jahiliyah yang menyengsarakan.
Saya memohon kepada Allah agar saya dan seluruh kaum Muslimin dapat berketetapan hati (tsabat) dalam menjalankan kebenaran dan terhindar dari setiap perkara yang bertentangan dengan syara' Allah yang suci, sesungguhnya Dia adalah Maha Pemurah lagi Mulia.
Janganlah kita sibukkan dengan mengadakan majlis Ulang tahun,hingga habislah waktunya. Tidak lagi sempat untuk belajar memahami tujuan hidup yang benar dan lurus. Tidak sempat lagi mengkaji Al Quran dan Sunnah agar memahami perintah dan larangan Allah SWT. Habislah waktunya dengan berpindah dari satu kubangan lumpur ke kubangan lumpur yang lain yang disediakan oleh orang-orang kafir. Akhirnya matilah dia di salah satu kubangan lumpur tanpa kebaikan sedikitpun. Ingatlah wahai kaum muslimin, sesal kemudian tiada berguna.
Dan firman Allah:
"Kemudian Kami jadikan kamu di atas syariat dari urusan itu maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya mereka tidak akan dapat menolak dari kamu dari siksa Allah sedikitpun. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Dan Allah adalah Pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa." (Q.S Al Jatsiyah : 18).
Jadi jelaslah yang saya sebut diatas bahawa perayaan menyambut hari lahir (birthday) tersebut adalah bid’ah, kita sebagai kaum muslimin wajib meninggalkannya. Kita juga disyariatkan berusaha memahami agama kita setiap masa, tidak hanya pada hari kelahiran sahaja. Apa yang di tetapkan Oleh Allah Ta’ala sudah cukup, tidak perlu penambahan perkara-perkara baru.
Sayyid Qutb dalam Fi Zilalil Quran menafsirkan mengenai surah al-Falaq ini dengan katanya:
“Seolah-olah Allah SWT sudah mempelawa perlindungan dan jagaan-Nya secara kasih sayang dan lemah lembut, seolah-olah Allah SWT berfirman: Datanglah ke sini, datanglah kepada perlindungan, datanglah ke tempat yang aman supaya kamu berasa tenang dan selamat di dalamnya dan datanglah kerana sebenarnya Kami mengetahui bahawa kamu adalah orang yang lemah dan memiliki banyak musuh dan di sekitar kamu banyak perkara yang menakutkan, sedangkan di sini terdapat keamanan, ketenangan dan kesejahteraan.”
Jika kita membaca surah al-Falaq sambil menghayati isi kandungannya, akan timbul satu keinsafan mengenai bahaya yang menakutkan cuba menggugat ketenangan hidup anda. Kejahatan setiap makhluk sentiasa mengintai dan menunggu saatnya melenyapkan kebahagiaan dimiliki.
Hanya kepada Allah SWT digantungkan harapan dan permintaan, Yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. Alangkah merbahaya tipu daya musuh dan kejamnya kejahatan yang dirancang. Tetapi anda masih mempunyai Tuhan yang lebih berkuasa lagi Maha Gagah.
Siapakah berani menikam orang yang meminta perlindungan kepada Allah SWT. Siapakah berani menghiris jiwa orang yang memohon penjagaan Allah SWT. Siapakah berani menuang racun ke dalam minuman seorang hamba yang dekat dan rapat dengan Tuhannya. Siapakah yang berani sedangkan Allah SWT bersama kita. Cubalah jika mahu merasai kekuatan Tuhan yang melindungi aku daripada kejahatan kamu. Begitulah kekuatan surah al-Falaq.
Sudah letih jiwa diasak persoalan yang tak kunjung jawapan. Mengapa ramai orang yang dengki ke atas nikmat yang Allah SWT beri. Dalam surah Yusuf diceritakan bahawa Nabi Yaakub menasihati Yusuf supaya tidak menceritakan perihal mimpinya itu kepada saudaranya.
Disebabkan Yusuf bersangka baik lagi mengasihi saudaranya, maka beliau pun mahu berkongsi kegembiraan itu bersama mereka. Akhirnya kedengkian dan hasad merasuk ke dalam hati saudara kandungnya sendiri sehingga melahirkan dendam dan kejahatan.
Sesungguhnya kisah Nabi Yusuf memberi pengajaran kepada kita supaya berwaspada apabila mendapat suatu anugerah atau nikmat yang hebat. Janganlah disebut dengan kebanggaan berlebihan hingga menimbulkan rasa cemburu orang yang mendengarnya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Jika seseorang mengalami mimpi baik dalam tidurnya, hendaknya dia tidak menceritakan mimpi itu kecuali kepada orang yang dicintainya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Penyakit hasad menyerang sesiapa saja yang lemah imannya, tidak kira si kaya atau miskin, orang alim atau tidak berilmu, pemimpin atau rakyat jelata, mereka semua terdedah dengan hasutan syaitan.
Ramai yang lupa bahawa sebenarnya sifat dengki yang bersarang di dada itu menunjukkan mereka berani melawan ketentuan Allah SWT ke atas diri hambanya yang lain? Bukankah bermakna dia musuh kepada nikmat Allah SWT kerana tidak mahu akur dengan qada’ dan qadar Allah SWT terhadap saudaranya.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Jika kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan) maka yang demikian itu menyakitkan hati mereka. Dan jika kamu ditimpa bencana mereka bergembira dengannya. Dan jika kamu bersabar dan bertakwa maka tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuan-Nya atas apa juga yang mereka lakukan.” (Surah Ali Imran, ayat 120)
Begitulah lumrah kehidupan, kita memerlukan hati yang sabar dan takwa untuk tetap tegar di atas pengkhianatan dan kejahatan orang yang mendengki. Sabar bukan bermakna duduk dan menangis sambil menadah tangan ke langit tetapi enggan berusaha membina kekuatan.
Tetapi di atas kedengkian orang lain anda mesti lebih menyerlah dan tidak mengaku kalah. Kerana sesungguhnya Allah SWT memberi kejayaan bagi orang yang mahu berusaha bukan untuk mereka yang lemah dan takut menghadapi hidup.
KUALA LUMPUR 30 Julai - Malaysia mencatatkan peningkatan jumlah kedatangan pelancong sebanyak 7.5 peratus bulan lalu meskipun negara berhadapan ancaman wabak selesema babi atau influenza A (H1N1).
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, lebih menarik, kedatangan pelancong dari negara-negara Eropah seperti Belanda, Perancis, Jerman dan Australia turut meningkat.
Beliau bagaimanapun berkata, kedatangan pelancong dari Taiwan, Jepun, Korea dan China mengalami pengurangan.
"Jumlah pelancong China merosot sebanyak 20.5 peratus berbanding Jun 2008 kerana mereka begitu prihatin dengan aspek kesihatan.
"Mereka juga risau dengan peraturan kuarantin di Malaysia kerana wabak H1N1 boleh mengakibatkan mereka terkandas di negara ini,'' katanya.
Yen Yen berkata demikian pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini mengenai misi jualan produk pelancongan ke China pada 19 sehingga 24 Julai lalu.
Turut hadir Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab yang kembali bertugas semalam.
Yen Yen menjelaskan, dalam misi itu, beliau menandatangani memorandum persefahaman kerjasama pelancongan antara Malaysia dan wilayah Guangdong.
Beliau berkata, persetujuan turut dicapai bagi penerbangan terus China Southern Airlines dari Guangzhou ke Langkawi mulai 4 Ogos.
.Haziq Ahmad Zaki Bin Mohd Zulkipli(Ketua Biro Dakwah dan Tarbiyyah)
.Mohd. Syahrul bin Hamdan(Ketua Biro Khutub Khanah//Perpustakaan)
.Awangku Mohd. Niezamuddin bin Awangku Mahli(Ketua Biro Penerangan)
.Hamidah Binti Kassim(Timbalan Ketua Biro Penerangan)
Diharap semua dapat menjalankan tugas dengan baik, Ok,
SEKIAN, ASSALAMUALAIKUM.
Yang Berusaha:
Ketua Biro Dakwah(Haziq Ahmad Zaki bin Mohd. Zulkipli).
Petikan Sya’ir-Sya’ir Masyhur Karangan Al-Habib Al-Qutub
File MP3 Bacaan Shair Seperti Di Bawah
|
Telah berkata Sahl bin 'Abdullah at-Tustari [yakni Abu Muhammad Sahl bin 'Abdullah bin Yunus at-Tustari (200H - 283H) seorang 'alim lagi sufi yang wafat di Bashrah] sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Hafiz al-Khathib al-Baghdadi [ yakni Abu Bakar Ahmad bin 'Ali bin Tsabit al-Baghdadi (392h - 463H) seorang ahli tarikh dan ahli hadits bertaraf al-hafiz yang wafat di Baghdad] : "Tatkala Allah ta'ala berkehendak untuk menjadikan Junjungan Nabi s.a.w. di dalam perut bonda baginda, Siti Aminah, pada malam Jumaat di bulan Rajab, Allah pun memerintahkan malaikat Ridhwan penjaga syurga untuk membuka syurga Firdaus pada malam tersebut. Dan menyerulah penyeru di segala langit dan bumi: "Ketahuilah bahawasanya Nur yang tersimpan lagi terpelihara yang merupakan kejadian nabi yang membawa petunjuk, pada malam ini akan mengambil tempat dalam perut bondanya untuk menyempurnakan kejadian ciptaannya (yakni kejadian ciptaan jasad baginda yang mulia) dan keluar kepada manusia untuk membawa berita gembira dan memberi peringatan."
|
|
Sheikh Muhammad Abu Zahrah berkata, dalam ayat terdahulu Allah SWT menerangkan kemuliaan Baitullah yang menjadi rumah ibadat pertama dibina seterusnya ia menjadi tempat setiap orang beriman melakukan haji.
Oleh yang demikian bantahan terhadap Yahudi yang ingkar kelebihan Baitullah al-haram. Mereka mendakwa bahawa rumah Allah yang pertama ialah Baitu al-Maqdis.
Ayat ke-98
Firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli Kitab! Mengapa kamu ingkarkan keterangan-keterangan Allah, padahal Allah sentiasa menyaksikan apa yang kamu lakukan?"
Iktibar dan fiqh ayat:
i. Al-Maraghi berkata, apakah yang menyebabkan kamu mengingkari ayat-ayat Allah SWT, padahal Dia mengetahui segala perbuatan kamu? Tidak ada sesuatu pun luput daripada pengawasan-Nya. Kelak Allah SWT akan memberi balasan kepadamu, oleh sebab itu kamu sewajarnya tidak mengingkari ayat-ayat-Nya.
Isi ayat ini tidak asing lagi, merupakan satu celaan serta mengisyaratkan ketidakmampuan mereka untuk membuat dalih daripada perbuatan kufur mereka.
Seolah-olah dikatakan kepada mereka: "Cubalah kamu kemukakan alasannya jika kamu sanggup melakukannya".
ii. Al-Sonhadji berkata, Tuhan menyuruh Rasul-Nya menanyakan orang-orang Ahli Kitab itu apa sebabnya mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah (al-Quran) yang membenarkan seruan Muhammad SAW tentang wajibnya haji dan lain-lain sedang Allah menjadi saksi atas apa yang mereka kerjakan dengan memberikan balasannya kelak kepada mereka.
Ayat ini merupakan pertanyaan tetapi mengandungi erti celaan di atas kekufuran mereka.
Ayat ke-99
Firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah: "Wahai ahli Kitab! Mengapa kamu menghalangi orang-orang yang beriman daripada menurut jalan jalan (agama Islam), kamu hendak menjadikan jalan Allah itu bengkok terpesong, padahal kamu menyaksikan (kebenarannya)?" Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
Iktibar dan fiqh ayat:
i. Al-Maraghi berkata, kata-kata berikut diulangi "Wahai Ahli Kitab" bermaksud mencela secara halus.
Ungkapan ini menunjukkan pernyataan halus yang mencegah mereka dari jalan sesat dan menyesatkan, serta lebih bersifat memberi nasihat kepada mereka dan menyatakan kasih sayang.
ii. Al-Sonhadji berkata, ketahuilah bahawa Allah tidak lalai daripada mengetahui pekerjaan kamu menghalangi mereka itu yang mana kamu bakal dibalas dengan seksaan kerana kesalahan kamu itu sudah nyata dan kamu saksikan pula.
iii. Muhammad Quraish Shihab berkata, ajakan yang ditujukan kepada mereka dengan panggilan Ahl al-Kitab untuk memperlihatkan keburukan sifat mereka, yakni mereka memiliki kitab suci tetapi mereka berkeras menolak semua ajaran nabi dan rasul.
Nasihat Allah kepada golongan ahli Kitab supaya jangan mengkufuri ayat Allah sewajarnya diberi perhatian oleh umat Islam supaya tidak mendustakan ayat-ayat Allah juga.
Semoga kita menjadi golongan yang beriman dan beramal dengan ayat-ayat Allah. Amin.
|
|
Dunia pekerjaan memang memberikan pengaruh yang cukup terkesan dalam kehidupan. Apa tidaknya, satu pertiga daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja.
Tekanan disebabkan pekerjaan merupakan interaksi kompleks di antara persekitaran di tempat kerja, personaliti dan reaksi tubuh badan dan mental seseorang. Persekitaran pekerjaan memberikan desakan dan tekanan tertentu yang merangsang tindak balas individu secara mental dan fizikal.
Tugas yang terlalu banyak, hubungan dengan rakan sekerja yang tidak baik, ketua yang suka marah-marah dan suasana kerja yang tidak selesa adalah contoh persekitaran kerja yang memberi tekanan negatif. Tekanan ini seterusnya memberi impak terhadap kesihatan psikologi dan fisiologi seseorang individu sekiranya ia tidak ditadbir dan tidak dikawal dengan metodologi yang tepat.
Banyak implikasi negatif berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal tekanan kerjanya. Panas baran, murung, gelisah, kelesuan, sentiasa rasa bersalah, ketakutan, dan hilang tumpuan adalah antara kesannya.
Kadang kala, ada dalam kalangan kita yang mencari jalan singkat dan salah dalam mengatasi tekanan seperti ponteng kerja, melakukan masalah disiplin di tempat kerja, merokok, meminum arak dan sebagainya.
Berlaku juga kes-kes di mana individu yang tertekan di tempat kerja melepaskan tekanan di rumah yang mewujudkan pula masalah rumahtangga seperti pertengkaran dengan pasangan hidup, mendera anak, dan sebagainya.
Sebagai seorang Muslim, kita perlu sedar bahawa kaedah terbaik menangani tekanan kerja sebegini adalah dengan berpegang erat kepada ajaran dan syariat Islam.
Islam telah menetapkan bahawa seseorang yang menghadapi tekanan dan kesusahan perlulah bersabar, tenang, sentiasa rasional dan yakin dengan ketentuan Allah SWT.
Allah SWT telah memberikan panduan terbaik dalam menangani tekanan sebegini melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 155-156, maksudnya: "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
Sebagaimana ketentuan Allah SWT bahawa setiap apa yang ada di dunia ini berpasangan, seperti mana siang dan malam atau lelaki dan perempuan, begitu jugalah kesenangan dan kesukaran atau rahmat dan dugaan. Kita harus menerima hakikat bahawa kehidupan manusia akan selalu diuji oleh Allah SWT.
Kita perlu meletakkan keyakinan bahawa ujian seperti tekanan kerja sebegini adalah bertujuan untuk memantapkan nilai-nilai keimanan, ketaqwaan, kesyukuran dan rasa cinta kita kepada-Nya.
Apabila kita yakin, dengan izin Allah SWT, segala permasalahan yang membelenggu diri akan dirungkaikan dan akhirnya kita berjaya menghadapi tekanan dengan tenang dan berjaya.
Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Fath ayat 4 maksudnya: "(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.'
Kaedah
Banyak kaedah menghadapi tekanan kerja berlandaskan ajaran Islam yang cukup berkesan untuk diamalkan. Pertamanya, menjaga solat fardu lima waktu dan memperbanyakkan solat sunat.
Banyak kajian pakar psikologi barat sendiri yang telah memperakukan fadilat solat dalam memberi ketenangan jiwa dan pemikiran seseorang. Menurut kesimpulan beberapa kajian sarjana barat, secara saintifiknya solat merupakan suatu tempoh masa 'aman dan damai' di mana seluruh tubuh dan minda seseorang terfokus kepada sesuatu (kepada Allah SWT).
Gerakan-gerakan dan keadaan minda dalam solat berupaya menghalang pengaliran keluar hormon-hormon seperti Cortisol, Epinephrine dan Norepinephrine daripada kelenjar adrenalin yang bertindak balas terhadap sebarang tekanan.
Solat turut membantu memberi intervensi positif terhadap sistem pernafasan, aliran oksigen dalam badan, degupan jantung, dan gelombang otak.
Daripada konteks Islam, dengan mendirikan solat fardu lima waktu dan dilengkapkan dengan amalan solat-solat sunat yang pelbagai, seseorang itu akan diberikan pertolongan oleh Allah SWT dalam sebarang kesukaran seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 153 maksudnya: "Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.'
Keduanya dengan amalan berzikir seperti bertakbir, bertahmid, bertasbih dan sebagainya merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa sebagaimana jaminan Allah SWT dalam surah ar-Ra'd ayat 28 maksudnya: "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.'
Ketiganya, mengamalkan mendengar, membaca dan menghayati akan tafsir al-Quran. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa, 'al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda' (riwayat Bukhari).
Membaca al-Quran sendiri memberikan ketenangan kepada pembaca malah kepada sesiapa yang mendengar bacaannya apatah lagi jika ayat-ayat Allah itu difahami, dihayati dan dijadikan panduan dalam kehidupan. Ini adalah kerana al-Quran (dan al-hadith) merupakan sumber teragung dalam merungkaikan segala permasalahan manusia.
Keempatnya, meletakkan keyakinan bahawa kehidupan dunia ini adalah sementara dan akhirat jua tempat yang kekal selama-lamanya.
Dengan cara ini, jiwa akan terasuh untuk menyedari bahawa apa sahaja yang berlaku di dunia ini baik ia bersifat positif ataupun negatif adalah sekadar 'warna kehidupan dunia yang tidak kekal lama' dan akan mendapat balasan yang setimpalnya di akhirat kelak.
Tekanan yang dihadapi di tempat kerja akan menjadi sesuatu yang terlalu kerdil jika dibandingkan dengan apa yang akan dihadapi di Padang Mahsyar kelak. Diri kita akan sentiasa takutkan azab api neraka dan berusaha mencari keredhaan-Nya dan dimasukkan ke dalam syurga.
Kelimanya, dengan amalan berdoa, memohon keampunan dan menyerahkan segala apa yang telah diusahakan bagi mengatasi tekanan diri untuk ketentuan-Nya. Allah SWT berfirman dalam surah al-Ghaafir ayat 60 bermaksud: Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina."
Jika diri kita telah bersungguh-sungguh cuba mengatasi tekanan, mengikut saluran dan kaedah yang tepat, maka kita juga perlu bersifat tawakkal dan ikhlas menerima segala ketentuan-Nya.
Kesimpulannya, walau sebesar manapun masalah atau kesukaran yang menyumbang kepada tekanan di tempat kerja, kita perlu sedar bahawa ianya boleh dihadapi dengan jayanya jika tindak-tanduk kita menepati syariat Islam.
Firman Allah SWT dalam surah al-Fajr, ayat 27-30 yang bermaksud: "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredai (di sisi Tuhanmu). Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. Dan masuklah ke dalam Syurgaku." Jika hati dan pemikiran kita sentiasa bersandarkan kepada sifat tawaduk, yakin dan syukur kepada Allah SWT, maka diri kita akan diberikan petunjuk dan hidayah-Nya dalam menangani segala tekanan tersebut.
"Dan demikianlah Kami wahikan kepadamu Al-Qur'an sebagai roh dengan perintah Kami; engkau tidak mengetahui apakah Kitab itu dan tidak juga iman itu; akan tetapi Kami jadikan Al-Qur'an itu cahaya yang Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sesungguhnya engkau benar-benar memberi petunjuk dengan Al-Qur'an itu ke jalan yang lurus. " (Surah Asy-Syuura: 52)
Wahai muslimin sekalian, Janganlah kita tidak beribadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala sedangkan matlamat kita diciptakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala ialah untuk menyembah-Nya dan beribadah kepada-Nya. Ingatilah Allah Ta'ala dalam setiap masa baik di kala waktu berjalan, diam dan suka atau ketika waktu derita.
Firman Allah Ta'ala:
فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُواْ لِي وَلاَ تَكْفُرُون
"Ingatilah kamu akan aku nescaya aku akan mengingati kamu dan bersyukurlah kepada aku dan janganlah kamu kufur kepada aku” (Al-Baqarah : 152))Firman Allah Ta'ala lagi:
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىَ جُنُوبِهِم
وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا
خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ"(Iaitu) orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan semuanya ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka." (Surah Ali-'Imran: 191)
Ketahuilah wahai manusia baik yang masih bujang, sudah bekeluarga, miskin dan hina atau kaya dan mulia bahawa orang yang beriman itu ialah mereka yang sentiasa mengingati Allah Subhanahu wa Ta'ala dan dan membenarkan perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan mentaatinya serta melakukannya sedaya upaya mereka dan meninggalkan larangan Allah Subhanahu wa Ta'ala semampu daya mereka.
Firman Allah Ta'ala:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا
تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
"Sesungguhnya orang yang beriman itu apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. " (Surah Al-Anfaal: 2)
مَا اسْتَطَعْتُمْ
“Dan bertaqwalah kamu kepada Allah semampu kamu” (surah : at-taghabun :16).
Firman Allah dalam Surah An-Nurr : 51
إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ
أَن يَقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُو
"Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya,supaya menjadi hakim di antara mereka, hanyalah mereka berkata: Kami dengar dan kami taat; dan mereka itulah orang yang beroleh kejayaan."
Dan Firman Allah Ta'ala seterusnya:
وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُون
"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, dan takut melanggar perintah Allah, serta menjaga dirinya, maka merekalah yang beroleh kemenangan." (Surah An-Nuur:52)
Wahai kaum muslimin sekalian, Sebagai penutup peringatan dari beliau sebagai hamba Allah yang menyampaikan pesan para salaf soleh dan pesan peringatan dari Rasulullah maka hendaklah kita semua berpegang kepada sunnah Rasulullah dengan sebaik-baik pegangan.
Ingatlah akan hadith dari riwayat Irbad ibn Sariyah ra bahawa Baginda Rasul Salallahu alaihi wa salam pernah bersabda : “
"Aku berpesan kepada kamu supaya bertaqwalah kamu kepada Allah, dan dengar serta patuhlah kepada pemimpin walaupun dia diangkat dari hamba habsyi. Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas aku pasti akan melihat perselisihan yang banyak. Maka berpeganglah kamu pada Sunnah aku dan sunnah khulafa Ar-Rasyidin yang diberi pertunjuk selepas aku . Peganglah ia (sunnah) sesungguh-sungguhnya sehingga kalau pun kamu terpaksa mengigitnya dengan gigi geraham kamu. Dan berhati-hatilah kamu dengan perkara baru !!! Sesungguhnya setiap perkara baru (dalam agama) ialah bid’ah !!! dan setiap bid’ah itu sesat !!! (Hadith Sahih , riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ahmad)
Ingatlah, fahamilah, yakinlah dan berimanlah kalian umat Islam kepada sunnah Rasulullah dan amalkanlah sunnah dengan kefahaman yang sahih.
Pelajarilah ilmu dari ulama dan fuqaha ummah dan janganlah kalian mengambil ilmu dari mereka yang jahil dan tiada pertunjuk dan berada dalam kesesatan. Iaitu mereka yang menuruti akal fikiran dan fikrah (idea) ilham mereka dalam agama.
Firman Allah Ta'ala:
أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلًا
"Adakah engkau nampakkah orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya?" (Surah Al-Furqaan :43)
Diriwayatkan Abdullah Ibn Mas'ud ra pernah menyebut bahawa: “Manusia akan selalu dalam keadaan baik selama mahu mengambil ilmu dari para pembesar ummah iaitu ulama' mereka dan jika mereka mengambil ilmu dari As-shaghir dan buruk, mereka pasti hancur.”
Mereka yang dimaksudkan sebagai As-shaghir adalah ahli bid’ah seperti yang diriwayatkan Ibnul Abdil Bar, bahawa Abdullah bin Mubarak ditanya, “Siapakah Ashaghir itu ?”. Dia menjawab:”Orang yang berbicara dengan ra’yu (akal & menafsir sendiri tanpa merujuk dalil). Adapun orang yang mengambil ilmu dari pembesar ummah (Ulama') bukan termasuk As-shaghir ” (Lihat Ibn Abd Bar' dalam Jami’ Bayan al Ilmi, m/s 248).
Juga diriwayatkan Ali bin Abi Thalib ra pernah berkata: "Lihatlah dari mana kamu mengambil ilmu kerana ilmu adalah agama.” ( Lihat Al Khatib Al Baghdadi, dalam At Tankil, m/s 121). Pernyataan ini dinukil dari beberapa ulama salaf yang lain seperti Ibnu Sirin Adh Dhahak bin Muzahim dan yang lain ( Lihat Syarah Shahih Muslim m/s 14 Jilid 1 , Sunan Ad Darimi m/s 124 Jilid 1) .
Ketahuilah wahai saudara muslimin sekalian,
Bukanlah ulama’ mereka yang membaca buku-buku fikrah (idea) harakah dan semangat dari ulasan beberapa orang manusia yang menulis tentang agama sedangkan dia bukanlah ulama’ dan mengetahui kaedah dan manhaj ilmu Islam.
Lalu golongan ini menulis mengenai jihad, mengenai dakwah, mengenai harakah, mengenai isu-isu Islam dan perkara besar dalam Islam sebaliknya juga bukanlah ulama itu sepatutnya beku dengan ilmu yang hanya ada di kitab tanpa memahami waqi dan situasi umat Islam semasa dan seharusnya mereka mampu beramal dan mengamalkan sunnah menurut situasi dan keadaan yang ada.
Seperti Firman Allah:
يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ
دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
"Allah meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu, dan juga orang yang diberi ilmu pengetahuan akan darjat. Dan Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu lakukan. " (Surah Al-Mujaadalah: 11)
Sabda Rasulullah : "Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan baginya Maka Allah akan memberikannya kefahaman dalam urusan agama." (Hadith Sahih, Muttafaqun Alaih –Disepakati oleh Bukhari).
Permasalahan umat Islam hari ini ialah kerana mereka enggan kembali kepada pertunjuk sunnah dan ingin kekal dalam kejahilan dan pembahruan bid’ah dalam agama tanpa ingin merasa cukup dengan sunnah dan terpedaya oleh godaan dunia.
Telah berkata Sufyan As-Sauri bahawa: “Bid’ah lebih disukai oleh Iblis dari maksiat kerana maksiat manusia akan bertaubat darinya sedang bid’ah manusia akan merasa tidak bersalah dan berterusan melakukannya.”. (Sila lihat Hilyatul Auliya oleh Abu Nu’aim m/s 26 Jilid 7).
Bid’ah dari sudut bahasa bererti: “Memulakan sesuatu atau mencipta sesuatu tanpa pernah ada contoh atau teladan tentangnya.” (Mu’jam Muqayis Al-Lughah no.209 Jilid 1), (Fathul Bari 253 Jilid 13). Sebahagian mengatakan ianya sesuatu yang tiada asal juga ada mengatakan ianya ialah perekaan sesuatu yang baru tanpa pernah dicipta sepertinya atau diketahui sepertinya. (Lihat Al-Ainul lil Khalil bin Ahmad 54 Jilid 2).
Bid’ah dari sudut ta’rifan istilah fuqaha secara umum ialah: “Mengadakan sesuatu yang baru dalam agama yang seakan-akan perkara agama dengan maksud dibuat untuk mendekat diri pada Allah Subhanahu wa Ta'ala”.(Sila lihat Imam Syatibi dalam Al-I’tisom no.37). Juga disebut oleh Imam Ahmad bin Hajar Al-Haisami: “ Bid’ah ialah apa yang tidak dibina berasaskan dalil syar’ie…” (Al-Fatawa Al-Hadisiyah,m/s 281).
وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ
“Sesungguhnya hari ini telah aku sempurnakan pada kamu akan agama kamu dan aku sempurnakan nikmatku pada kamu dan aku meredhai Islam sebagai agama kamu.” (Surah Al-Mai’dah: 3 )
Pada hari ini, manusia dalam berdakwah, berjihad mereka tidak menurut sunnah, sebaliknya suka menurut fikrah manusia dan idea pihak tertentu yang lahir dari ilham, pemahaman dan buah fikiran bukan kepada wahyu, sunnah dan kefahaman ilmu salaf soleh.
Maka inilah bid’ah yang membahayakan dan mengakibatkan umat Islam kerugian dalam perjuangan menegakkan Islam. Malang sekali apabila para ustaz dan ustazah, para ilmuan dan cendiakawan, golongan intelektual Islam lebih menyukai perjuangan Islam yang berkonsepkan fikrah dan jemaah sehingga mewujudkan perpecahan di kalangan ummah.
Mereka menuruti individu tertentu dan tokoh manusia dari kalangan jemaah dan pertubuhan dakwah Islam yang telah lama meninggal dunia sedangkan perjuangannya sudah berlalu yang tinggal hanya doa dan kenangan. Jalannya ada yang benar dan ada yang salah sebagai manusia ianya fitrah lalu cukuplah kita jadikan sebagai sampingan dan ambil sunnah sebagai dasar dan panduan.
Firman Allah Ta'ala dalam Surah Ar-Ruum:31
مُنِيبِينَ إِلَيْهِ وَاتَّقُوهُ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
"Kembalilah kepada Allah dan bertakwalah kepada-Nya; dan dirikanlah sembahyang; dan janganlah kamu menjadi kaum yang musyrik" dan dalam surah seterusnya.
مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ
"Iaitu orang yang memecah-belahkan agama mereka menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada pada mereka. (urah Ar-Ruum: 32)
Dalam hadith Baginda dari riwayat Abdullah ibn Mas’ud bahawa Baginda Salallahu Alaihi wa Salam pernah bersabda yang bermaksud: “Aku bersama kamu di telaga Al-Hau’d ketika para malaikat menghambat sekumpulan dari umat aku dan aku mengenali mereka dari ummat aku, maka aku berkata kepada tuhan (Allah) Wahai tuhan mereka umatku, maka dijawab Sesungguhnya engkau tidak mengetahui apa yang telah mereka perbuat selepas kematianmu (yakni mereka telah menyeleweng, berbuat bid;ah). (Hadith Sahih disepakati Bukhari & Muslim)
Kembalilah kepada As-Sunnah dan bersamalah dengan golongan Ahlul Sunnah Wal-Jamaah seperti mana di sebut dalam hadith Baginda yang diriwayatkan oleh Ibn Umar ra yang bermaksud: “Akan datang kepada umatku perkara seperti yang pernah menimpa kaum bani Israel, selangkah demi selangkah sehingga akan berlaku dikalangan mereka yang berzina dengan ibunya secara terang-terangan. Sehingga ada umatku akan melakukan sedemikian. Sesungguhnya umat bani Israel berpecah kepada 72 golongan dan akan berpecah umatku kepada 73 golongan dan kesemuanya di neraka kecuali satu golongan. Maka bertanyalah para sahabat ra siapakah golongan yang satu itu wahai rasulullah? Maka jawab baginda: “ Golongan yang aku berada di dalamnya dan para sahabatku .” (Hadith Hasan, riwayat Tirmidzi, Hakim).
Hendaklah kita berada dalam kelompok Ahlul sunnah wal Jamaah baik dalam hal aqidah, ibadah, amal dakwah, jihad dan harakah serta kehidupan kita menuruti pertunjuk sunnah Rasulullah Salallahu Alaihi wa Salam dalam perkara keagamaan.
Adapun urusan kehidupan umumnya dan aspek sosial yang tidak berkait dengan agama maka tidaklah mengapa kita menjadi kreatif, inovatif dan bijaksana mengatur apa yang terbaik untuk dunia kita.
Firman Allah Ta'ala:
أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُم مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ
وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً وَمِنَ النَّاسِ
مَن يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَلَا هُدًى وَلَا كِتَابٍ مُّنِيرٍ
"Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-Nya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak sebarang pengetahuan atau petunjuk; dan tidak berdasarkan Kitab Allah yang menerangi kebenaran." (Surah Luqman : 20)
Dalam Surah Al-Hajj: 22 Allah Ta'ala berfirman:
وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ مِّلَّةَ
"Ia tidak menjadikan atas kamu menanggung susah payah dalam perkara agama..., "
Cukuplah kita pada pertunjuk dari sabda Baginda Rasulullah : “Perkara yang Halal itu ialah apa yang dihalalkan oleh Allah dalam kitab (Al-Qur’an) dan apa yang haram itu ialah apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab-Nya dan apa yang didiamkan olehnya maka ianya termasuk apa yang dimaafkan kepada kalian” (hadith hasan riwayat Tirmidzi, Ibn majah, Hakim).
Juga sabda Raginda Rasulullah : “Sesungguhnya agama ini ialah mudah dan tidaklah yang (sengaja) menyusahkan dirinya dalam hal agama ini melainkan dia akan dikalahkan (tidak mampu)” (hadith sahih riwayat bukhari syarah ibn hajar jilid 1 m/s 93).
Firman Allah Ta'ala:
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ
لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Katakanlah: Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Ali 'Imran: 31)
وصلي الله علي نبيِّنَا محمد وآله و صحبه والتابعين لهم باِحسن إلي يوم الدين والحمد لله الرب العالمين.
Berikut ialah soalan-soalan yang ditujukan dalam kuliah dan petikan isi jawapan secara ringkas (jawapan dalam kuliah panjang tapi diringkaskan di sini)
1) Siapakah yang berhak mentafsir Al-Qur’an dan apakah untuk menterjemahkan makna hadith dan sunnah juga memerlukan kepakaran khas ?
Isi jawapan :
Sememangnya Al-Qur’an itu diturunkan kepada semua hamba Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk difahami dan ditadabur serta diambil pelajaran darinya oleh setiap umat Islam dan mereka yang kafir supaya kembali kepada ajaran yang benar.
Tidak benar jika dikatakan Al-Qur’an itu hanya khusus untuk para ulama’ dan orang ramai tidak boleh mengambil pengajaran dari Al-Qur’an dan tidak benar orang ramai mesti taqlid buta kepada ulama dan menuruti apa sahaja tafsiran dari kitab Allah tanpa ilmu.
Juga lebih-lebih tidak benar Al-Qur’an itu boleh ditafsir sesuka hati oleh sesiapa sahaja tanpa ilmu dan tidak benar setiap orang boleh berfatwa dengan Al-Qur’an tanpa ilmu kerana ianya kesesatan maka ianya salah dan berdosa. Dari riwayat Ibn Abbas ra bahawa Baginda bersabda :“Barangsiapa yang mengatakan sesuatu perihal Al-Quran dengan menggunakan akalnya atau dengan apa yang tidak diketahuinya maka bersedialah dia dengan tempat di neraka.” (Hadith hasan, riwayat Ibn. Jarir 34 Jilid 1 & Tirmidzi no. 2950).
Oleh yang demikian jawapan ahlul sunnah dalam hal ini ialah menetapkan bahawa sesiapa yang dapat memahami isi kandungan Al-Qur’an dengan ilmu dan pemahaman yang sahih menurut kehendak sunnah yang mentafsirkan Al-Qur’an maka bolehlah dia mengamalkan Al-Qur’an namun untuk memberi fatwa dan berhukum dengan Al-Qur’an dan mentafsir isi kandungannya untuk orang lain maka hendaklah mereka itu ulama dan memiliki kemahiran dan ilmu yang mencukupi.
Dari riwayat Mujahid ra yang pernah berguru dengan Ibn Abbas ra berkata: “Tidak halal bagi sesiapapun yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk berkata sesuatu perihal Al-Quran sedang dia tidak menguasai bahasa arab.” (lihat Mabahis Fi Ulum Quran m/s 302 ).
Selain memahami usul tafsir, fiqih dan usulnya, mengetahui dan memiliki kemahiran bahasa arab dan sasteranya. Mereka juga harus mempunyai kekuatan dalam hadith dan ilmunya serta mengetahui kaedah dan memiliki kemahiran dan kelebihan dalam pemahaman terhadap uslub dan gaya bahasa Al-Qur’an.
2) Salahkah kita memahami hadith pada makna umum?
Isi Jawapan :
Memahami sunnah dan hadith hendaklah dengan ilmu seperti Al-Qur’an dan mengetahui makna hakikatnya yang dikehendaki oleh penuturnya iaitu rasulullah salallahualaihiwasalam dengan meneliti isi sunnah dan hadith yang lain yang menerangkan makna hadith tersebut atau isi Al-Qur’an.
Jika tidak maka para ulama akan melihat kepada asar dan riwayat dari para sahabat yang memahami sunnah dengan pemahaman dengan sebaik-baik pemahaman.
Tidak benar dan salah jika kita hanya memahami hadith pada makna umum walaupun pengajaran itu pada makna umum namun jika dalam permasalahan hukum dan dijadikan pengamalan maka hendaklah memiliki kaedah ilmu hadith.
Pertama memastikan kesahihan sanad hadith dan hukum hadith itu maqbul (diterima) untuk diamalkan iaitu sekurangnya hasan lighairih dan tidak mengambil yang dhaif kerana agama Islam ini hujjah dan hadith dhaif tidak dapat dijadikan hujah.
Kedua hendaklah dilihat apakah hadith itu dimaksudkan kepada sesuatu yang umum atau khusus dan ianya tidak disalah gunakan tanpa menurut maksud yang sebenar.
Contohnya pada hadith dari riwayat Umar Al-Khatab ra yang menyebut bahawa Rasulullah Salallahu Alaihi wa Salam pernah bersabda: “Hendaklah Kamu berada dalam jamaah dan jauhilah kamu dari perpecahan sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua dan barangsiapa yang menginginkan tempat tinggal di syurga maka hendaklah berada dalam jemaah” ( Hadith Sahih riwayat Tirmidzi, Ibn Majah dan Humaidi).
Dari Huzaifah al-yamani ra akan hadith yang berbunyi : “Hendaklah kamu beriltizam dengan jemaah umat Islam dan kepimpinannya” (hadith sahih riwayat bukhari dan Muslim).
Serta apa yang disebut oleh hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah secara marfu dalam Sahih Muslim yang menyebut: “ Barangsiapa yang keluar dari ketaatan kepada kepimpinan umat Islam dan memecah belahkan jemaah (masyarakat Islam) maka matinya merupakan kematian jahiliyah” (hadith sahih riwayat Muslim).
Hadith-hadith di atas kerap disalah gunakan oleh para ustaz yang belum cukup ilmunya, para pengerak dakwah dengan memutar belit makna hadith dengan menyimpulkan bahawa menyertai jemaah yang ditubuhkan oleh mereka dan organisasi tanzim mereka sebagai wajib sedangkan maksud hdith di atas bukanlah jemaah atau organisasi yang dicipta atau ditubuhkan oleh mana-mana umat Islam.
Maksud hadith di atas seperti yang dijelaskan oleh Imam Al-Hafidz Mubarakfuri dalam kitabnya Syarah Jami’ Tirmidzi Tuhfatul Ahwazi mensyarahkan hadith ini dengan menyebut dalam hadith ini ialah bermaksud menetapkan diri bersama kepimpinan masyarakat Islam kerana Islam itu ialah sudah merupakan sebuah jemaah dan dalam riwayat Khalid bin Sabi’ di sisi Tibrani menambah apabila kamu melihat Khalifah maka taatilah dan apabila tiada khalifah maka berperanglah ( Sila lihat Tuhfatul Ahwazi m/s 385 Jilid 6).
Sesungguhnya hadith di atas menjadi fitnah apabila disalah maksud sehingga berpecah- belah umat Islam yang asalnya sudah satu jemaah di bawah aqidah dan kalimah tauhid. Apabila masing-masing mendakwa jemaah dan hizbi merekalah yang wajib diintima dan disertai sedangkan mereka telah berdusta dan berbohong dengan hadith baginda tanpa ilmu.
Dalam Surah An-Nahl : 116 Allah berfirman:
وَلاَ تَقُولُواْ لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلاَلٌ وَهَذَا
حَرَامٌ لِّتَفْتَرُواْ عَلَى اللّهِ الْكَذِبَ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى
اللّهِ الْكَذِبَ لاَ يُفْلِحُونَ
"Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: Ini halal dan ini haram, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; sesungguhnya orang yang berdusta terhadap Allah tidaklah berjaya."
Sedang Baginda Salallahu Alaihi wa Salam bersabda :"Berhati-hatilah kamu terhadap apa yang disampaikan dari aku melainkan kamu mengetahuinya (akan kebenarannya)” (Hadith Hasan, Riwayat Tirmidzi, Abi Syaibah dan Ahmad).
Kesimpulannya hendaklah memahami hadith dan sunnah menurut ilmu dan pemahaman para salaf soleh yang mengetahui akan maksud sebenar dan berada dalam pertunjuk sunnah.
3) Apa pandangan ustaz terhadap jemaah Ikhwan Muslimun? Hassan Al-banna? Syed Qutb? Dr Yusof Al-Qaradhawi?
Jemaah Ikhwanul Muslimin pada sejarahnya ditubuhkan sebagai sebuah badan dakwah dan As-Syahid Hasan Albanna semoga Allah memberkatinya menceritakan tujuan penubuhannya dalam bukunya “Risalah ta’alim” dan lain-lain sebagai sebuah gerakan yang akan menegakkan khilafah Islamiyah dan memperjuangkan Islam dengan perjuangan yang sahih untuk menentang jahiliyah dan menegakkan daulah Islam setelah gugurnya khilafah Islamiyah di Turki.
Saya sendiri mengagumi dan menghormati tokoh ikhwan muslimun sebagai pejuang Islam yang berhak menerima penghormatan dan doa dari kaum muslimin seperti Hasan Albanna, Syed Qutb ra, Abd Qadir Audah, Abu Ala’ Almaududi dan lain-lain.
Namun organisasi ini semakin lama semakin dipenuhi ta’asub dan taqlid buta serta mula dipenuhi oleh mereka yang ta’asub kepada pemimpin gerakan mereka sehingga mereka mengagung-agungkan tokoh mereka lebih dari para salaf soleh dan ulama’.
Mereka membahagikan ulama kepada dua iaitu yang menyertai mereka dengan mengelar ianya ulama’ haraki yang bergerak berjuang untuk Islam dan ulama yang bukan haraki atau tidak mempunyai fikrah (idea) pemahaman seperti mereka dalam hal dakwah dan perjuangan.
Permasalahan golongan ini pernah disebutkan oleh muhadith terkemuka Syeikh Nasiruddin Albani ra dalam kuliahnya bahawa mereka ini (ikhwan Muslimun) terlalu ta’asub, gopoh, mereka tidak menekankan aspek ilmu dan kefahaman Islam yang sahih terlebih dahulu sebelum berjuang sebaliknya menekankan aspek mengikat ahli dan orang ramai dengan jemaah mereka.
Mereka lebih menekankan aspek wala’, uslub berharakah, menekankan aspek kesetiaan ahli dan mengajar usul 20 ikhwan yang ditulis oleh imam mereka supaya ahli menetap diri dalam jemaah lebih banyak dari mereka mengajar ahli dan orang ramai tentang aqidah yang sahih, tentang ibadah yang sahih, tentang akhlak Islam dan tentang sunnah Rasulullah.
Apabila ditegur jemaah ini maka mereka tidak menerima teguran sebaliknya memperlecehkan orang yang menegur dengan berkata: “Apa jasa engkau untuk Islam sedang kami walaupun demikian sudah melakukan pelbagai perkara” lalu mereka memperlecehkan ulama rabbani yang menegur mereka dengan katanya mereka yang berdakwah dan bergerak itu lebih baik dari ulama yang duduk diam sahaja tanpa berdakwah”.
Pandangan peribadi ustaz emran,
Tidak mengapa menyertai jemaah ini dan mengambil manfaat namun hendaklah mereka dalam jemaah ini mengetahui dan menjaga adab dan tertib mereka serta memelihara perkara berikut :
a) Tidak ta’asub kepada pemimpin harakah mereka sebaliknya mengikuti dan mematuhi arahan sekadar dalam organisasi dan dalam hal agama hendaklah mereka (umat Islam) mematuhi para ulama’ yang benar ilmunya menurut sunnah dan bukan mereka yang hanya bergelar ulama namun tidak memiliki ilmu,serta mentaati pemerintah kerajaan yang memerintah selama tidak mengarahkan kepada melakukan kejahatan dan jika mengarahkan keburukkan maka janganlah taat dalam hal itu namun tetap tidak menarik ketaatan dalam hal lain yang baik.
Diriwayatkan dari Auf bin Malik ra yang menyebut bahawa Baginda Rasulullah pernah bersabda :“Hendaklah sesiapa yang dibawah kepimpinan pemerintah dan dia melihat pemimpinnya melakukan maksiat maka hendaklah dibenci apa yang dilakukan oleh pemimpin itu dari maksiatnya namun jangan sekali-kali mencabut tangannya dari ketaatan kepada pemimpin itu” (Hadith Sahih, riwayat Muslim).
b) Hendaklah berpegang dan memahami bahawa jemaah mereka hanya sebagai badan dakwah dan organisasi tanzim yang mempermudahkan urusan dakwah dan perjuangan Islam bukan sebagai matlamat dan bukan sebagai pokok dasar Islam.
Haram hukumnya jika mereka menganggap jemaah mereka wajib diintima dan wajib diikut oleh orang ramai lalu memaksa para ibu-ibu, wanita dan kanak-kanak dan orang muda serta awam yang lain menyertai dan berbai’ah kepada pemimpin mereka.
Jika mereka melakukan demikian maka jemaah ini haram dan jatuh hukum sebagai salah satu puak khawarij yang terkeluar dari landasan sunnah dan masyarakat Islam yang merupakan sebuah jemaah yang satu.
وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعًا وَلاَ تَفَرَّقُواْ
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai atau berpecah-belah.) (Surah Ali 'Imran: 113)
Selama mereka berdakwah dan menyeru kepada kebaikan maka jemaah ini diterima tetapi jika mereka telah melanggar batasan, mula menyeru orang tidak kepada Islam tetapi kepada tanzim mereka, kepada meramaikan ahli anggota mereka maka mereka sudah lari dari kebenaran dan jemaah mereka sudah menjadi sebuah ajaran baru dan ingin menubuhkan sebuah fahaman fikrah baru dalam Islam dan membunuh sunnah dan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah Salallahu Alaihi wa Salam.
c) Wajiblah mereka menjadikan jemaah mereka hanya sebagai wadah dan tidak membeza-bezakan di antara umat Islam yang lain dengan ahli jemaah mereka. Barangsiapa yang mengadakan bid’ah dengan membeza-bezakan ahli jemaah mereka dengan umat Islam yang bukan ahli jemaah mereka maka hukumnya haram dan dia telah berdosa pada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasul. Sekiranya mereka lebih mengutamakan ahli jemaah mereka dari bukan ahli jemaah mereka yang lain dan menganggap ahli jemaah mereka lebih utama dari umat islam yang lain maka hukumnya berdosa dan hendaklah diperangi mereka dan fikrah ajaran mereka.Baginda rasulullah pernah menyebut: “Tidak sempurna iman seseorang kamu selagimana dirinya tidak mengasihi saudaranya sepertimana mengasihi dirinya sendiri” (hadith sahih, riwayat bukhari dan Muslim).
Firman Allah berbunyi:
مُنِيبِينَ إِلَيْهِ وَاتَّقُوهُ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ
"Kembalilah kepada Allah dan bertakwalah kepada-Nya; dan dirikanlah sembahyang; dan janganlah kamu menjadi kaum yang musyrik. Iaitu orang yang memecah-belahkan agama mereka menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada pada mereka.' (Surah Ar-Ruum: 31-32)
Hendaklah mereka menghormati orang yang bukan ahli jemaah mereka dan tidak membezakan kasih sayang mereka sesama umat Islam, dan tidak berbelah bagi ketaatan kepada pemimpin pemerintah negara umat Islam, menghormati yang tua dan menyayangi yang muda.
d) Hendaklah jemaah mereka membawa manfaat kepada umat Islam bukan merugikan, atau membawa perpecahan, menambah kesesatan dan bid’ah kepada Islam sebaliknya hendaklah jemaah dan organisasi harakah mereka membantu para ulama’ dalam amal ma’ruf nahi mungkar, membantu kerajaan dan pemerintah dalam menyatukan rakyat dan masyarakat dan menjaga keamanan, menolong sesama umat Islam, memupuk dan menyemai tarbiyah Islam dalam bimbingan dan panduan sunnah.
Sekiranya jemaah mereka yang ada hari ini menjaga hak-hak di atas dan melaksanakan Islam dengan pertunjuk sunnah yang sahih maka digalakkan kepada umat Islam supaya meramai-ramaikan diri menyertai gerakan harakah ini dan sekiranya sebaliknya mereka tidak melakukan hal demikian dan melanggar hak dan batasan sunnah maka hendaklah dijauhi dan ditentang gerakan mereka. Walalhualam.
4) Bukankah hikmah itu barang kehilangan orang mukmin dan jika kita menjumpainya maka kita boleh mengambil manfaat darinya seperti dalam sebuah hadith lalu bukankah demokrasi dan hizbi politik itu dibolehkan dan bukankah dalam Al-Qur’an menyebut hizbullah iaitu parti Allah?
Jawapan:
Hadith yang menyebutkan bahawa hikmah itu barang kehilangan orang yang beriman ialah dari riwayat Abu Hurairah ra dengan katanya telah bersabda rasulullah : “Kalimah hikmah itu ialah barang kehilangan orang yang beriman dan di mana sahaja kamu menjumpainya maka kamu berhak memilikinya”.
Hadith ini isnadnya dhaif jiddan dan ianya pula gharib asing iaitu dhaif pada perawi dan matannya dan perawi dalam hadith ini iaitu Ibrahim ibn fadhl Al-mahkzumi itu hadithnya dhaif dan buruk hafalannya. (hadith ini terdapat dalam sunan tirmidzi no 2687).
Adapun pada masalah parti Allah iaitu hizbullah dalam firman Allah swt :
وَمَن يَتَوَلَّ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ
حِزْبَ اللّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ
"Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman itu penolongnya, maka sesungguhnya golongan Allah itulah yang menang. " (Surah Al-Maaidah: 56)
Ayat ini bukanlah menunjukkan hizbullah itu parti politik yang Allah Ta'ala berada sebaliknya menunjukan golongan yang Allah Ta'ala bersama dengan mereka iaitu golongan yang beriman dan bersama dalam perpaduan dan kesatuan jemaah masyarakat tanpa berpecah dan menegakkan Islam haknya di dalamnya.
Demokrasi bukanlah dari Islam dan ianya dari system acuan kufar dan Demokrasi itu bukanlah syura dan Islam menerima syura dan khilafah bukan pemerintahan beraja atau system berparlimen yang jauh dari kebenaran.
Sesiapa yang benar-benar memahami siyasah syar’iyah akan mendapati syura berbeza dengan demokrasi walaupun pelajar muda yang belajar di kuliah siyasah syar’iyah di Jordan mengatakan wujud persamaan namun itu hanya dari kejahilan.
Firman Allah Ta'ala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
"Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam." (Surah Ali 'Imran: 102)
Sekian,
Wabilah hi taufik wal hidayah was salam mualaikum warah matullah hir wabarakatuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan