Isnin, 26 Oktober 2009

Perbankan Islam tunjukkan peningkatan.

SISTEM perbankan Islam termasuk pelaburan luar asing terus menunjukkan peningkatan dalam bahagian pasaran bagi aset, deposit dan pembiayaan dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.


Aset meningkat 11.1 peratus kepada RM279.1 bilion berbanding RM251.1 bilion, tahun lalu dan merangkumi 18.9 peratus daripada jumlah aset sistem perbankan.
Deposit pula menokok RM24 bilion kepada RM218.5 bilion dan mewakili 20.4 peratus daripada jumlah deposit sistem perbankan. Pembiayaan berkembang 12.4 peratus kepada RM169.2 bilion, meliputi 20.2 peratus daripada jumlah pinjaman sistem perbankan.
Pembiayaan terus dikuasai oleh sektor isi rumah yang merangkumi 61.7 peratus atau RM104.4 bilion daripada jumlah pembiayaan.


Sementara itu, industri takaful mengalami pertumbuhan purata tahunan yang pesat sebanyak 24.8 peratus sejak tahun 2001 hingga 208 dengan aset mewakili 7.5 peratus atau RM11.5 bilion daripada jumlah aset insurans pada akhir Jun ini.


Sumbangan perniagaan baru bagi takaful keluarga berkembang 6.5 peratus kepada RM1.1 bilion terutamanya hasil daripada peningkatan dalam takaful keluarga biasa.


Seiring dengan perkembangan pesat industri, keuntungan takaful keluarga meningkat 28.6 peratus kepada RM871.9 juta bagi enam bulan pertama tahun ini berbanding 678.1 juta, tempoh sama tahun lalu.


Penembusan pasaran bertambah baik kepada 5.0 peratus pada akhir Jun ini daripada 4.2 peratus, tahun lalu.


Bagi enam bulan tahun ini, sumbangan langsung kasar untuk takaful am menokok 26.4 peratus kepada RM512.3 juta berbanding RM405.4 juta, sebelum ini, disebabkan peningkatan dalam permintaan perlindungan kebakaran dan kenderaan bermotor.


Bagi tempoh yang sama, keuntungan operasi merosot 27.5 peratus kepada RM78.5 juta berikutan penurunan nilai pelaburan dan peningkatan tuntutan berbanding RM108.3 juta, tempoh sebelumnya.


























Haul Imam al-Haddad di Kuching













Insya-Allah, pada 31 Oktober 2009 ini (hari Sabtu malam Ahad) akan diadakan peringatan Haul Imam Habib Abdullah bin Alawi bin Muhammad al-Haddad asy-Syafi`i al-Hadhrami di Masjid Wan Alwi, Tabuan Jaya. Di antara yang dijangka hadir adalah Habib Muhsin bin Hamid al-Haddad, naib munshib keluarga besar al-Haddad dari Hadhramaut. Semua dijemput hadir.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan