Selasa, 3 November 2009

Penahanan Mohd. Asri disokong

JOHOR BAHRU 3 Nov. - Persatuan Kebajikan Al-Jamiatul Khairiah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin kelmarin.

Presidennya, Datuk Syed Hussein al-Habshee berkata, pihaknya menerima banyak rungutan dan aduan di kalangan ahlinya dan masyarakat setempat di Wilayah Persekutuan dan Selangor tentang ceramah yang pendekatannya disyaki beraliran Wahabi.

"Ramai yang mendesak agar persatuan membuat permintaan terhadap kerajaan supaya diambil tindakan bagi mengelak kekeliruan masyarakat setempat yang berpegang kepada mazhab Syafie," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Kelmarin, Mohd. Asri ditahan oleh JAIS di Taman Sri Ukay, Hulu Klang kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Bagaimanapun, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor semalam tidak mendakwanya, sebaliknya Mohd. Asri hanya dikenakan bon jaminan JAIS sebanyak RM3,000.

Syed Hussein berkata, pendekatan yang disyaki Wahabi itu dikhuatiri akan memecah belah dan mengelirukan masyarakat khususnya generasi muda.

"Kita tidak mahu sesiapa yang cuba menjadi jaguh keilmuan dengan mencetuskan kontroversi dan polemik melalui pendekatan bercanggah dengan mazhab yang diamalkan di negara ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar diadakan muzakarah antara mufti-mufti berhubung pendekatan dan fahaman yang dibawa Dr. Mohd. Asri itu.

"Mufti-mufti boleh membuat rumusan untuk membantu dan memberi panduan kepada umat Islam serta mencari jalan penyelesaian terbaik.

"Perbincangan seterusnya adalah antara ilmuwan agama dengan Dr. Mohd. Asri sendiri," katanya.

Syed Hussein berkata, apa yang berlaku seolah-olah sejarah berulang kembali kerana pada sekitar 2007, tiga tokoh ulama bermazhab Syafie dari Yemen juga tidak dibenarkan oleh Dr. Mohd. Asri berceramah tanpa tauliah di Perlis ketika beliau menjadi mufti negeri itu.

Justeru, pihaknya percaya JAIS telah membuat pelbagai pertimbangan sebelum melakukan penahanan.

Isnin, 2 November 2009

MUSIM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SUDAH TIBA!!!

GAMBAR KENANGAN: Ketua Biro Dakwah, Hj Haziq sedang menerima hadiah daripada Yang Berbahagia Mudirah, Datin Hjh. Rohani Hj. Awi.

"Belajarlah rajin - rajin rakan - rakan ku"
(Hj Haziq Ahmad Zaki bin Mohammad Zulkipli Al - Wasly)

Warkah Dari Ketua Biro Dakwah Madrasah Islamiah.

Hj. Haziq Ahmad Zaki bin Mohammad Zulkipli Al - Wasly.

Sekarang, sudah tiba masa ujian dan peperiksaan penggal akhir tahun. Ramai pelajar - pelajar Madrasah Islamiah panik dan kelihatan kurang bersedia apabila mendengarnya. Mendengar sahaja ujian, pasti ada yang mengeluh dan bersedih. Kelihatan ramai pelajar - pelajar Madrasah Islamiah kini cuba memikirkan jalan yang terbaik macam mana nak menjadi pelajar - pelajar yang cemerlang dan terbaik.

Ujian peperiksaan penggal akhir tahun ini sebenarnya bermula sejak 26 Oktober yang lalu. Memang ramailah pelajar - pelajar Madrasah yang kurang bersedia, tetapi semangat dan kekentalan mereka masih ada. Kekuatan fizikal dan mental ialah antara yang menjadi punca mereka menjadi kental, kuat dan bersemangat, seperti Allahyarham anak saudara saya dulu, iaitu Allahyarhamah Siti Nur Hidayah Al - Hanisah. Dia sendiri pernah berpesan kepada saya bahawa "Usaha Itu Adalah Tangga Ke Arah Kejayaan, Kalau Tak Nak Usaha, Tidak Perlulah Kita Menaiki Tangga Kejayaan Itu".

Kata - katanya tersemat di dalam hati saya. Pemergiannya amat menyedihkan saya, namun namanya akan terus saya kenang sampai bila - blia. Itulah kata - katanya tadi yang amat memberi kesan kepada saya dan sesetengah rakan - rakan saya di Madrasah Islamiah. Kata - kata tersebut harus dipegang kuat kerana semakin hari semakin ramai pelajar - pelajar sekolah menengah di Malaysia yang kurang mengambil berat tentang pelajaran, apatah lagi mereka yang ingin menduduki ujian peperiksaan besar.

Musim ujian pun terus berlangsung di Madrasah Islamiah. Guru - guru di Madrasah Islamiah bersedia menampalkan jadual ujian yang akan kami duduki.

Sememangnya, apa yang pasti, kita semua nakkan kejayaan. Semua ingin berjaya. Tidak ada orang yang hidup di dunia nyata ini nakkan kegagalan dan kesesatan. Semua nak berjaya, cemerlang, gemilang dan terbilang.

Ujian peperiksaan akhir tahun ini menampilkan kehadiran seorang lagi pelajar baru dari Kampung Semerah Padi, iaitu Adi Fuad.

Walaupun dia baru sahaja masuk ke Madrasah Islamiah, tetapi Yang Berbahagia Mudirah, Datin Hjh. Rohani Hj. Awi tetap juga menyuruh dia agar dia menduduki ujian peperiksaan penggal. Tidak kira sama ada dia menduduki kelas lain ataupun kekal di kelasnya sendiri( iaitu Tsanawi I), dia tetap disuruh agar menduduki ujian peperiksaan penggal.

Fuad berlainan ujiannya berbanding kami semua kerana kami hanya memegang satu kertas untuk satu kelas sedangkan Fuad pula memegang dua helai kertas, iaitu kertas Kelas Tsanawi I dan kertas Kelas Khas.

Apapun, yang penting, mesej saya di sini ialah belajarlah rajin - rajin. Jangan lupa dan jangan alpa pada pelajaran dan Ilmu. Islam pun mementingkan Ilmu. Jadi "Work Hard, Study Smart".

Sekian, Assalamualaikum.

"BERILMU, BERAMAL, BERTAQWA."

Hj. Haziq Ahmad Zaki bin Mohammad Zulkipli Al - Wasly.

Ketua Biro Dakwah Madrasah Islamiah.

Kewangan Islam wajar jadi elemen strategik pulihkan ekonomi

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sektor kewangan Islam yang semakin pesat wajar dijadikan elemen strategik bagi memulihkan krisis ekonomi dunia.

Perdana Menteri berkata, saranannya itu berdasarkan kepada kemampuan sektor berkenaan untuk terus berkembang walaupun dunia kini berhadapan dengan masalah ekonomi.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan kepada pihak yang terlibat melaksanakan sistem tersebut supaya melakukannya bersungguh-sungguh dan bukannya secara sambil lewa.

''Untuk tujuan itu, kita memerlukan beberapa tindakan agar sektor ini benar-benar berperanan dalam menangani sebarang kesan ekonomi ekoran berlakunya krisis sama ada pada masa ini atau pada masa akan datang,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur kali ke-6 (KLIFF 2009) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Najib berkata, tindakan yang dimaksudkannya itu merangkumi empat strategi.

Pertama, katanya, memastikan pelaksanaan sistem kewangan Islam menepati matlamat dan objektif yang ditetapkan oleh syariat.

''Kedua, memastikan pelaksanaan sistem ini disokong sepenuhnya oleh amalan urus tadbir yang berkesan iaitu dengan menentukan tugas institusi kewangan Islam dilakukan dengan betul supaya ia menepati kehendak syariah.

''Ketiga, memastikan sistem pengurusan risiko mempunyai pelindung yang sesuai iaitu dengan mengambil langkah menyediakan sistem yang canggih bagi tujuan melindungi sektor ini,'' katanya.

Terakhir kata Perdana Menteri, memastikan prasarana sokongan yang lebih komprehensif diwujudkan antaranya undang-undang, peraturan dan kerangka kerja bagi tujuan pembangunan industri kewangan.

Dalam pada itu, beliau berkata, sektor kewangan Islam di Malaysia telah memasuki fasa baru apabila operasinya selaras dengan pelaksanaan persekitaran yang lebih liberal.

''Kita telah pun menawarkan pelbagai insentif untuk menarik lebih banyak penyertaan pelabur dan tenaga mahir untuk datang ke negara ini bagi melibatkan diri dalam sektor ini.

''Kerajaan sendiri telah mempromosi segala insentif yang ditawarkan supaya sektor yang sama di luar negara datang ke Malaysia bagi merancakkan lagi perkembangan sektor kewangan Islam di negara ini,'' tambah beliau.