Jumaat, 21 Ogos 2009

bekas imam masjid negara meninggal dunia.


KUALA LUMPUR 30 Julai - Bekas Imam Besar Masjid Negara, Datuk Ahmad Shahir Daud meninggal dunia semalam dan selamat dikebumikan di Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan pagi ini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Aishah Alkharib Shah berkata, Allahyarham meninggal dunia pada pukul 5.30 petang semalam di Kubang Kerian akibat barah usus.

Ahmad Shahir pernah menjadi Pegawai Agama Istana Negara, telah bertugas sebagai Imam Besar Masjid Negara dari 1975 hingga 1980 dan dari 1984 hingga 1992. Allahyarham adalah juga bekas pegawai kanan Jakim.

"Seluruh warga Jakim mengucapkan takziah kepada anggota keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat," kata Aishah.












Lelaki tawar RM2,000 cari 'Pommie'


JOHN Gifford sedih berdiri di sisi sangkar Pommie di rumahnya di Melaka, baru-baru ini. - Gambar Ihsan The Star


MELAKA 30 Julai - RM2,000 untuk seekor burung kakak tua!

Seorang lelaki sanggup menawarkan wang tunai itu bagi mendapatkan semula burung peliharaannya yang dicuri dari rumahnya di Klebang Besar di sini kelmarin.

John Gifford, 66, berkata, ganjaran RM1,000 akan diberikan kepada mereka yang menemui semula burung itu dan RM1,000 lagi kepada yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya pencuri burung tersebut.

Katanya, burung yang diberi nama Pommie itu dicuri kira-kira pukul 1 pagi.

''Adik ipar saya, Joyce Pereira terdengar bunyi bising berhampiran sangkar burung yang terletak di ruang tamu.

''Sejurus mendengar bunyi itu, dia bingkas bangun dan melihat seorang lelaki tidak dikenali sedang memanjat tembok dan melarikan diri dengan sebuah motosikal," katanya ketika ditemui di rumah kakak iparnya di Banda Hilir di sini semalam.

Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Banda Hilir berhubung kejadian itu.

Gifford yang berasal dari Liverpool, London dan berpindah ke Melaka pada 1974 telah memelihara burung kakak tua itu sejak 15 tahun lalu.

Dia membeli burung itu dengan harga RM500 di Tengkera dekat sini dan kini harganya dikatakan melambung sehingga RM3,500.

''Saya dan anak-anak cukup menyayangi Pommie kerana ia boleh menyebut 13 patah perkataan dan pandai mengajuk bunyi beberapa haiwan lain.

''Pommie memang amat bermakna kepada keluarga kami terutama dua anak saya yang berusia empat dan enam tahun," katanya.

Sehubungan itu, dia merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan burung kakak tuanya agar menghubungi balai polis Banda Hilir dekat sini.










Kerajaan dan penjawat awam perlu intim

KUALA LUMPUR 30 Julai - Kerajaan dan penjawat awam perlu mempunyai hubungan kerja yang intim agar saling memahami dan seterusnya dapat menjayakan gagasan 1Malaysia dengan penuh dedikasi.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, hubungan itu penting kerana penjawat awam akan menjadi pelaksana kepada harapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu rakyat didahulukan.

"Anggapan rakyat sekarang sudah tinggi. Jadi perlu bagi kerajaan menentukan apakah harapan tersebut dan kita juga harus bergegas menyempurnakannya menerusi keupayaan kita.

"Bagi menyempurnakan hasrat dan harapan rakyat, penting hubungan intim antara kerajaan dan penjawat awam terjalin. Apabila penjawat awam telah memahami konsep 1Malaysia dengan baik maka pelaksanaannya nanti akan lebih mudah," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan bertajuk Memperkasa Dan Memacu Semangat 1Malaysia pada Seminar 1Malaysia: Kecemerlangan Melalui Kepelbagaian di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di sini hari ini.

Tambah Rais, selaras dengan gagasan yang dibawa oleh Perdana Menteri, penjawat awam perlu memberi khidmat terbaik kepada rakyat mengikut jadual yang ditetapkan.

"Bila rakyat didahulukan, mereka hendakkan perhatian, kalau lambat beri khidmat mereka akan kritik. Malah, jika tidak ikut jadual juga akan dikritik," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta juga perlu memainkan peranan bagi mendidik ahli mereka memahami mengenai gagasan 1Malaysia.

Sambil menyifatkan kefahaman terhadap gagasan itu dalam kalangan masyarakat semakin baik, Rais memberitahu, semua badan berkenaan harus menjalankan tanggungjawab menghuraikan dasar berkenaan supaya perjuangan setiap ahli mereka selari dengan matlamat 1Malaysia.

Thursday, July 23, 2009

RENCANA.

SAAT - SAAT GERHANA MATAHARI

Di saat aku pergi berjalan - jalan selepas pulang dari sekolah pada Hari Selasa, 21 Julai 2009, memang amat gelap pada hari itu, walaupun hari siang. Aku pun terfikir kenapa hari sangat gelap, rupa - rupanya hari nak hujan. Ya memang hari nak hujan. Aku pun bergegas terus ke Jabatan Penerangan Malaysia(JPM) di Jalan Masjid tidak jauh dari tempat ku bersekolah iaitu di Jalan Haji Taha. Tapi aku selalu berjalan di Jalan P. Ramlee untuk pergi ke sana. Memang, tujuanku tak lain dan tak bukan, untuk pergi menulis bloglah. Memang sibuk Bandaraya Kuching pada masa itu, tapi tidak sesibuk Bandaraya Kuala Lumpur. Semasa aku berjalan - jalan, aku senantiasa terkenang kampung halamaku, iaitu di Kampung Agis - Agis, Lumut Satu, Sungai Liang iaitu di Negara Brunei Darussalam. Aku tak sangka yang aku sendiri terlayap sekejap mengenang tanah kelahiranku, walaupun aku kini adalah warganegara Malaysia. Sudah 15 tahun aku tinggal di Kuching,namun hatiku tetap akan merindui kampung halamanku, Kampung Agis - Agis. Sambil aku berjalan, sambil itu aku berdoa, "Ya Allah, Engkau Tolonglah Daku Yang Senantiasa Berada Di Dalam Kesusahan". Sambil aku berdoa, sambil aku berjalan menuju ke Pusat Maklumat Rakyat di Jalan Masjid, yang aku sebutkan tadi.




Sambil menulis blog, sambil itulah aku terfikir kenapa orang lain boleh berjaya sedangkan aku tidak???


Aku pun terfikir juga. Rupa - rupanya aku enggan berusaha. Dalam menulis blog, sambil itulah aku berpesan kepada diriku sendiri bahawa jangan lah suka berfoya - foya dan ikutkan rasa hati, nanti susah pulak masa depan kita.


Jam pun sudah pukul 4.15 petang, aku pergi ke masjid yang tidak jauh dari
sekolahku untuk menunaikan sembahyang asar.
. Aku pun bersembahyang sambil berdoa, "Ya Allah Ya Tuhan Ku, Ampunkanlah Dosa - Dosaku, Dan Lanjutkanlah Usiaku, Dan Murahkanlah Rezekiku".


Itulah di antara doaku yang ku bacakan. Selepas itu aku pulang ke sekolahku dan bersedia untuk balik. Saat - saat ketika balik, sahabat karibku, Cikgu Zaini Ozea dah berpesan kepadaku supaya aku bersedia. Di saat - saat itulah yang aku terfikir nak balik sambil berfikir bahawa esok hari, iaitu pada Hari Rabu, 22 Julai 2009 ialah gerhana matahari. Cikgu Zaini pun memanggil aku supaya balik menumpang keretanya. Hujan pada petang tu amatlah lebat......................


Dan pada masa itu juga aku terfikir, bila lagi gerhana matahari nak tiba. Aku balik ke rumah dan berfikir sedalam - dalamnya, bila lagikah gerhana matahari nie nak menjelma??



Tanyaku pada diriku sendiri. Keesokan harinya, rupa - rupanya hari mendung, Tapi sebenarnya ITULAH GERHANA MATAHARI.




Ditulis Oleh Haziq Ahmad Zaki,
Jam 3.16 petang, Hari Khamis,
Di Pusat Maklumat Rakyat, Jalan Masjid,
Kuching.






kepada semua muslimin dan muslimat, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al - Mubarak dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri pada masa yang akan datang kelak...............

Tuesday, July 21, 2009

LAWATAN KE KONVOKENSYEN IKMAS KE - 7















Baru - baru ini, sekolah kami mengikuti ke Konvo kesyen Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak(IKMAS) di Telaga Air, Kuching. Sekolah kami telah memilih sebanyak lapan orang pelajar untuk turut serta mengikuti program itu. Kami dibawa dan menaiki bas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) cawangan Sarawak. Sekolah kami pergi ke sana dan kami dapati ramai graduan - graduan IKMAS yang berjaya ke peringkat Diploma, TAHNIAH!!!


Ucapan ini saya ungkapkan kepada semua bekas pelajar - pelajar IKMAS yang berjaya ke peringkat Diploma.


Turut hadir pada majlis itu ialah Tuan Yang Terutama Yang Di - Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin, Toh Puan Datin Patinggi Hajah Norkiah, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Senator Mejar Jeneral(B) Datuk Jamil Khir Baharum, Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri(Bahagian Hal Ehwal Agama Islam dan Perindustrian) Datuk Haji Daud Abdul Rahman dan segala dif - dif jemputan dan dif - dif kenamaan termasuklah Mufti Negeri Sarawak, Sohibus Samahah Datu Haji Loling Othman Alwi.






















PROGRAM - PROGRAM YANG ADA PADA SEBELUM INI:



1. KOLOKIUM MAHASISWA ISLAM SARAWAK







Diantara program - program yang diadakan bertujuan untuk kemajuan masa depan pendidikan pelajar - pelajar sekolah menengah dan mahasiswa - mahasiswi kolej dan universiti, Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak(BPP - MIS) telah menganjurkan sebuah program pada 18 dan 19 Haribulan Julai 2009 yang lalu iaitu Program Kolokium Mahasiswa Islam Tahunan kali yang ke - 2 di Institut Perguruan Batu Lintang(IPBL), Kuching.

Tujuan program ini diadakan ialah untuk memantapkan lagi semangat pelajar - pelajar Islam yang ada pada masa kini.


Pada 18 Julai, iaitu Hari Sabtu, turut hadir pada masa itu ialah Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak yang datang pada pukul 3 petang.

Kami sempat menanyakan beberapa soalan - soalan berhubung dengan projek pembangunan SCORE, Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) dan sebagainya.








Sempat juga kami membuat program Usrah gabungan di Masjid Institut Perguruan Batu Lintang(IPBL), dan pada masa itu, Saudara Zulhilmi, Presiden Persatuan Mahasiswa - Mahasiswi Islam Universiti Tun Abdul Razak(PERMAI - UNITAR) menjadi pengerusi majlis Usrah tersebut



Di dalam Majlis Kolokium itu juga, kami menerima 9 buah kertas kerja yang diberi oleh berbeza - beza penceramah dan pembentang - pembentangnya.





2. MAJLIS ISRAK DAN MIKRAJ DI MASJID JAMEK, KUCHING





See full size image


















Di Masjid Jamek, Petra Jaya Kuching, tidak jauh dari tempat tinggal saya, telah mengadakan Isra' dan Mikraj. Penceramahnya ialah Ustaz Suharman bin Haji Edward dan majlis itu bermula diantara Magrib dan Isyak serta diakhiri dengan jamuan 'Bubur Asyura'.

Tak ramai yang hadir, tetapi menarik sangat!!!


Saya pergi bersama datuk saudara saya, Tuan Haji Khalid bin Yusuf. Memang best lah!!!, dengar saja Ustaz Suharman ceramah di hadapan, saya terus catat apa yang dia cakapkan, tapi terlalu sikit saya catatkan apa yang saya dengar daripada Ustaz Suhardi, memang best.


3. MAJLIS ULANGTAHUN PENUBUHAN JAKIM DI SARAWAK.

Minta maaf semua, sebab saya tak sempat ambil gambar apa yang telah berlaku di Hotel Riverside Majestic, Kuching. Ini kerana ada sebuah majlis di mana orang - orang yang tertentu sahaja boleh pergi. Diantaranya ialah Yang Amat Berhormat, Pehin Sri Haji Abdul Taib Bin Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. Apa yang pasti, itulah sebuah majlis yang dinamakan Majlis Ulangtahun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) cawangan Sarawak di hotel yang saya katakan tadi.


Huh..............Sepanjang minggu tu, memang tidak ada cuti bagi saya, tapi tak apalah, demi mewakili sekolah dan menghilangkan rasa bosan serta menambahkan pengalaman dan ilmu, saya sanggup ikut apa sahaja program yang dijalankan pada minggu - minggu yang lepas, sekian.


HAZIQ AHMAD ZAKI
(Ketua Biro Dakwah Madrasah Islamiah)
Dicatat pada 22 Julai 2009, Hari Rabu
Pukul 4.40 petang, di Pusat Maklumat Rakyat,
Jalan Masjid, Kuching.


Monday, July 20, 2009

BELASUNGKAWA....................


USTAZ AWANG PON BIN AWANG SEBON(BERBAJU JUBAH), KETIKA DILAWATI OLEH PEMIMPIN - PEMIMPIN PELAJAR ISLAM DI KEDIAMANNYA.
Al - Fatihah
Al - Fatihah buat Ustaz Awang Pon Bin Awang Sebon As - Sarawakiy yang telah kembali ke Rahmatullah pada 17 Julai 2009 bersamaan 24 Rejab 1430 Hijrah di kediamannya di Shah Alam.
Kepada sesiapa sahaja pelajar Madrasah Islamiah yang ingin menziarahi dan mengingatinya, marilah sama - sama bertahlil di rumah Abang Syahmeer di Samariang.

Wednesday, July 15, 2009

HADIS - HADIS

عن أبي محمد عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما قال: قال رسول الله : (( لا
یؤمن أحدآم حتى یكون هواه تبعا لما جئت به )) حدیث حسن صحيح رویناه في آتاب
الحجة بإسناد صحيح.
Hadis ini hadis sahih yang kami riwayatkannya dari kitab al-Hujjah ( Nama penuh Kitab al-Hujjah di sini
ialah ( الحجة على تارآي سلوك طریق المحجة ) karangan al-Syeikh Abu al-Fath Nasr ibn Ibrahim al-Maqdisie al-Syafi’ie al-
Faqih al-Zahid. Kitab ini ialah kitab Usuluddin berasaskan kepada kaedah ahli Hadis dan Sunnah.)dengan sanad yang
baik.
Daripada Abu Muhammad Abdullah ibn 'Amru ibn al-'Aas r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Rasulullah
SAW telah bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehinggalah hawa nafsunya tunduk menuruti ajaran yang
aku bawa.
Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini menerangkan salah satu daripada tuntutan lman, iaitu mestilah hawa nafsunya tunduk dan
menurut ajaran yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Sekiranya dia
mengutamakan hawa nafsunya daripada mengamalkan ajaran lslam, menyintai maksiat daripada amal
kebajikan, maka lmannya tidak sempurna.
(2) Ungkapan 'tidak benar-benar beriman' bererti imannya tidak sempurna dan masih cacat atau
tempang, bukan bererti dia jatuh kufur. Dia hanya jatuh kufur apabila dia menafikan atau menolak
mana-mana ajaran lslam.
(3) Mujahadah hawa nafsu adalah mujahadah yang berat yang tidak tertanggung kecuali oleh orang
yang benar-benar ikhlas beriman dan menyintai Allah dan RasulNya.





عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: (( أخذ رسول الله e بمنكبي، فقال آن في الدنيا آأنك
غریب أو عابر سبيل)) وآان ابن عمر رضي الله عنهما یقول: (( إذا أمسيت فلا تنتظر
الصباح، وإذا أصبحت فلا تنتظر المساء، وخذ من صحتك لمرضك، ومن حياتك لموتك ))
رواه البخاري.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah
engkau seorang perantau atau musafir lalu.
lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:
Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan
apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.
Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.
Pengajaran hadis:
(1) Kehidupan di dunia adalah kehidupan sementara, akhirat jua yang kekal abadi. Kerana itu, manusia
diminta agar mengambil berat soal akhirat dan mengambil dunia seumpama seorang musafir lalu atau
seorang dagang, yang hanya membawa barang keperluan di perjalanan, bukan membawa semua
barang-barang.
(2) Seorang mukmin tidak harus memanjangkan angan-angannya, kerana dia terdedah kepada
panggilan maut pada bila-bila masa. Dia semesti sentiasa berwaspada menghadapi maut. Apabila pagi
tiba, seolah-olah dia tidak akan hidup hingga ke petang dan apabila tiba waktu petang, dia merasa
seola-olah dia tidak sempat menghirup udara pagi esoknya.
(3) Larangan memanjangkan angan-angan dan gesaan agar hidup secara sederhana tidak bermakna
lslam menghalang kemajuan dan kekayaan. lslam membenarkan penganutnya menjadi hartawan dan
negara lslam menjadi sebuah negara maju tetapi dengan syarat menjadi seorang mukmin dan negara
lslam yang bertaqwa. Kemajuan dan kekayaan adalah untuk Allah.






عن ابن عباس رضي الله عنهما: أن رسول الله e قال: (( إن الله تجاوز لي عن أمتي الخطأ
والنسيان وما استُكْرهوا عليه )) حدیث حسن رواه ابن ماجه والبيهقي وغيرهما.
Hadis ini hadis hasan diriwayatkan oleh al-lmam lbnu Majah dan al-Baihaqie dan lain-lain.
Daripada lbnu 'Abbas r.a. رضي الله عنهما bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah telah mengampunkan - demi keranaku - dari umatku perbuatan yang dilakukan
secara tersilap, terlupa dan secara paksaan.
Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini juga menjelaskan betapa besar dan luasnya Rahmat dan belas kesian Allah SWT terhadap
hambaNya. Dia hanya mempertanggungjawabkan mereka dosa yang dilakukan secara sedar, sengaja
dan dengan kemahuan sendiri tanpa paksaan.
(2) la juga menerangkan suatu dasar perundangan dan kehakiman di sisi lslam yang mengutamakan
keadilan, di mana perbuatan yang dilakukan secara tidak sengaja tanpa disedari, atau kerana dipaksa
dia tidak akan diberikan dosa..





Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman: Barangsiapa yang memusuhi seorang waliKu, maka Aku
akan isytiharkan perang terhadapnya. Seorang hambaKu tidak bertaqqarub (iaitu menghampirkan
dirinya) kepadaKu dengan suatu amalan yang lebih Aku sukai lebih daripada amalan yang Aku
fardhukan ke atasnya. Seseorang hamba sentiasa bertaqqarub dirinya kepadaKu, dengan amalanamalan
sunat sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya, maka jadilah Aku
pendengarannya yang dia mendengar sesuatu dengannya, jadilah Aku penglihatannya yang dia melihat
sesuatu dengannya, jadilah Aku tangannya yang dengannya dia melakukan kerja, jadilah Aku kakinya
yang dengannya dia berjalan. Sekiranya dia meminta daripadaKu Aku akan kurniakannya dan
sekiranya dia meminta perlindungan dariKu nescaya Aku akan melindunginya.
Pengajaran hadis:
(1) Amalan yang paling disukai Allah ialah amalan fardhu yang Dia fardhukan ke atas hambahambaNya.
(2) Seorang mukmin seharusnya hanya melakukan amalan sunat apabila dia telah membereskan amalan
fardhunya terlebih dahulu. Sekiranya dia asyik mengerjakan amalan sunat dengan mengabaikan amalan
fardhu, maka dia telah menyalahi tuntutan syara'.
(3) Seseorang hamba boleh meningkat maqamnya di sisi Allah SWT sehingga menjadi kekasihNya
dengan memperbanyakkan amalan sunat dan berterusan mengamalkannya sehingga Allah benar-benar
mengasihinya.
(4) Seorang wali Allah atau kekasih Allah, perbuatannya akan sentiasa terpelihara. Segala tingkah
lakunya seolah-olah lahir dari Allah. Penglihatannya, pendengarannya, perbuatannya dan
pergerakannya semuanya seolah-olah cernaan dari penglihatan, pendengaran, perbuatan dan pergerakan
Allah SWT. Oleh kerana itu, wali Allah mesti dikasihi oleh setiap mukmin, barangsiapa yang
memusuhinya, maka Allah akan mengisytiharkan perang terhadapnya.











عن ابن عباس رضي الله عنهما عن رسول الله e : فيما یرویه عن ربه تبارك وتعالى قال
(( إن الله آتب الحسنات والسيئات، ثم یبين ذلك، فمن هم بحسنة فلم یعملها آتبها الله عنده
حسنة آاملة، وإن هم بها فعملها آتبها الله عنده عشر حسنات، إلى سبعمائة ضعف، إلى
أضعاف آثيرة، وإن هم بسيئة فلم یعملها آتبها الله عنده حسنة آاملة، وإن هم بها فعملها
آتبها الله سيئة واحدة )) رواه البخاري ومسلم في صحيحيهما بهذه الحروف.
فانظر یا أخي! وفقنا الله وإیاك إلى عظيم لطف الله تعالى، وتأمل هذه الألفاظ. وقوله (عنده)
إشارة إلى الاعتناء بها، وقوله (آاملة) للتأآيد وشدة الاعتناء بها. وقال في السيئة التي هم
بها ثم ترآها: (( آتبها الله عنده حسنة آاملة) فأآدها بكاملة، (وإن عملها آتبها سيئة واحدة)
فأآد تقليلها بواحدة، ولم یؤآدها بكاملة. فلله الحمد والمنة سبحانه لا نحصي ثناء عليه وبالله
التوفيق.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih mereka dengan lafaz ini.
Daripada lbnu 'Abbas r.a. رضي الله عنهما daripada Rasulullah SAW, Baginda meriwayatkan suatu
riwayat dari Allah SWT. Allah berfirman:
Sesungguhanya Allah telah menulis segala amal kebajikan dan amal kejahatan, kemudian Dia
memperjelaskannya; maka barangsiapa yang terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan tetapi dia
tidak melakukannya, Allah akan menulis kebajikan itu di sisiNya sebagai satu kebajikan sepenuhnya.
Sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kebajikan lalu dia melakukannya, Allah akan menulis
kebajikan itu di sisiNya sepuluh kebajikan sehingga 700 kali ganda dan sehingga berlipat-ganda yang
sangat banyak. Dan sekiranya dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan tetapi dia tidak
melakukannya, Allah akan menulis di sisi-Nya sebagai satu kebajikan sepenuhnya. Sekiranya dia
terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan dan dia melakukannya, Allah akan menulis kejahatan itu di
sisi-Nya dengan satu kejahatan sahaja.
Lihatlah wahai saudaraku! Semoga Allah memberikan taufiq kepada kami dan kepadamu ke
arah mencapai kelembutan Allah Taala yang agung, dan renungilah lafaz-lafaz ini (iaitu lafaz-lafaz
hadis ini).
Lafaz ( عنده ) yang bererti “di sisi-Nya” menunjukkan inayah Allah terhadapnya (iaitu hasanah
yang dikurniakan sebagai ganjaran niat hamba mahu berbuat kebajikan, atau perbuatan hamba yang
baik setelah dia berniat atau perbuatan hamba meninggalkan perbuatan jahat yang dia terniat mahu
melakukannya - penterjemah).
Lafaz ( آاملة ) yang bererti “sempurna” adalah bertujuan untuk menegaskan dan menunjukkan
kuatnya inayah Allah dengannya (iaitu hasanah yang dikurniakan sebagai ganjaran niat hamba mahu
berbuat kebajikan, atau perbuatan hamba yang baik setelah dia berniat atau perbuatan hamba
meninggalkan perbuatan jahat yang dia terniat mahu melakukannya - penterjemah).
Dia berkata dalam soal kejahatan yang seseorang hamba terlintas mahu melakukannya
kemudian dia tidak jadi melakukannya : ( آتبها الله عنده حسنة آاملة ) yang bererti “Allah akan menulis di sisi-
Nya sebagai satu kebajikan sepenuhnya”. Dia menegaskan pembalasan hasanah itu dengan lafaz
“sempurna” sementara dalam ungkapan berikutnya : ( وإن عملها آتبها سيئة واحدة ) yang bererti “Sekiranya
dia terlintas mahu mengerjakan suatu kejahatan dan dia melakukannya, Allah akan menulis kejahatan
itu di sisi-Nya dengan satu kejahatan sahaja”. Dia menegaskan gambaran meyedikitkan balasan dosa
itu dengan diberikan sifat “satu”. Segala pujian dan kurniaan bagi Allah SWT yang kita tidak mampu
menghitung puja-puji ke atasnyaوبالله التوفيق . ( Sampai di sini adalah terjemahan hadis ke 37 berserta sedikit huraian
al-Imam Nawawi terhadap hadis tersebut - penulis).
Pengajaran hadis:
(1) Sesungguhnya Allah adalah Tuhan yang amat adil lagi amat pemurah. Dia membalas satu perbuatan
baik dengan sepuluh kebajikan dan hanya membalas satu maksiat dengan satu dosa. Satu kebajikan
yang terlintas di hati seseorang tanpa dilaksanakan, Allah tetap mengurniakannya satu pahala,
sedangkan kalau seseorang berniat mahu melakukan maksiat, dia tidak akan diberi dosa sehingga dia
benar-benar melaksanakan lintasan dan niat hatinya itu. Lebih dari itu, sekiranya seseorang berniat
mahu melakukan maksiat, lalu dibatalkan niatnya itu, dia dikurniakan satu pahala. Alangkah agungnya
kurniaan Allah.
(2) Kemurahan Allah tiada batasannya. Sepuluh pahala yang dikurniakan bagi suatu amalan baik
berpeluang untuk menerima ganjaran tambahan daripada Allah sampai 700 kali ganda dan boleh
digandakan lebih banyak daripada itu. Hadis ini secara tidak langsung menggesa umat lslam agar
merebut peluang keemasan yang ditawarkan oleh Allah SWT ini selagi dia mampu berbuat demikian
sebelum maut datang menjemput.
(3) Saham yang ditawarkan oleh Allah adalah suatu saham pelaburan akhirat yang pasti tidak akan rugi,
malah keuntungannya dijamin dan berlipatganda sampai beratus dan beribu kali ganda, namun ramai
manusia yang tidak menyedarinya dan mengutamakan pelaburan dunia.










عن أبي هریرة t عن النبي e قال: (( من نفس عن مؤمن آربة من آرب الدنيا نفس الله
عنه آربة من آرب یوم القيامة، ومن یسر على معسر یسر الله عليه في الدنيا والآخرة،
ومن ستر مسلما ستره الله في الدنيا والآخرة، والله في عون العبد ما آان العبد في عون
أخيه، ومن سلك طریقا یلتمس فيه علما سهل الله له طریقا إلى الجنة، وما اجتمع قوم في
بيت من بيوت الله یتلون آتاب الله ویتدارسونه بينهم، إلا نزلت عليهم السكينة وغشيتهم
الرحمة، وحفتهم الملائكة، وذآرهم الله فيمن عنده ومن بطأ به عملُه لم یسرع به نسبه ))
رواه مسلم بهذا اللفظ.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim dengan lafaz ini.
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan
dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan
Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan
baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah
akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi
mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu,
nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak
berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan
mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan
melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal)
mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya
nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.
Pengajaran hadis:
(1) lslam adalah agama tolong menolong, bantu membantu dan saling memperkuat antara satu sama
lain. Faktor inilah merupakan teras kekuatan umat lslam dan rahsia besar kegemilangan tamadun lslam
yang silam.
(2) lslam menggalakkan umatnya agar selalu melepaskan saudaranya yang dalam kesempitan dunia,
yang berada dalam kesusahan hidup dan melindunginya serta memelihara ke'aibannya daripada
disebarluaskan di kalangan manusia. Semua perbuatan tersebut dijanjikan Allah balasan yang setara
dan setimpal dengan perbuatannya.
(3) Allah akan sentiasa menolong hamba-hambaNya selagimana mereka suka tolong menolong sesama
mereka.
(4) llmu adalah cahaya menuju ke syurga. Barangsiapa yang menuntut ilmu, dengan niat ikhlas, Allah
menjanjikan baginya kemudahan menuju jalan ke syurga.
(5) Berkumpul dan mengkaji al-Qur'an dan ilmu di masjid adalah antara amalan yang amat diberkati
Allah. Para malaikat turun mengelingi mereka, ketenangan dan rahmat menyelubungi mereka. Mereka
mendapat penghormatan agung dari Allah SWT apabila Dia menyebut nama mereka kepada para
penghuni langit.
(6) Sesungguhnya manusia dimuliakan dan memasuki syurga dengan amalannya dan rahmat Allah,
bukannya dengan keturunan. Barangsiapa yang amalannya kurang dan atau amalan jahatnya
menyusahkannya di akhirat nanti, nasab keturunan kebangsawanannya tidak mampu sama sekali
memberi syafa'at kepadanya. Secara tidak langsung hadis ini menggesa umat lslam agar berbekal
dengan amalan soleh untuk menghadapi hari akhirat nanti.











HADIS 35
عن أبي هریرة t قال: قال رسول الله e (( لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا، ولا یبع
بعضكم على بيع بعض، وآونوا عباد الله إخوانا، المسلم أخو المسلم، لا یظلمه ولا یخذله،
ولا یكذبه، ولا یحقره، التقوى ههنا، ویشير إلى صدره ثلاث مرات بحسب امرئ من الشر
أن یحقر أخاه المسلم، المسلم على المسلم حرام دمه، وماله، وعرضه )) رواه مسلم.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi
antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah
kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang
muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan
menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali -
Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap
orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.
Pengajaran hadis:
(1) Hadis ini menganjurkan satu cara hidup bermasyarakat yang pasti membawa kepada keharmonian
hidup, iaitu cara hidup yang mempamerkan keluhuran budi dan kemuliaan akhlak.
(2) lslam melarang umatnya dari saling hasad dengki, tipu menipu, benci membenci dan pulau
memulau kerana semua sifat ini adalah sifat buruk yang hanya akan membawa kepada kerosakan, huru
hara dan perpecahan dalam masyarakat. Masyarakat akan hancur sekiranya setiap anggota mempunyai
sifat-sifat buruk seumpama ini.
(3) lslam juga melarang seseorang memotong jual beli saudaranya sehingga dia selesai membuat
keputusan sama ada mahu meneruskan jual beli tersebut atau membatalkannya. Apabila jual beli itu
dibatalkan, maka bolehlah dia menawarkan diri untuk berurus niaga. Etika ini diajar oleh lslam demi
memelihara hubungan persaudaraan sesama muslim agar tidak timbul permusuhan akibat perbuatan
memotong urusniaga orang lain.
(4) Umat lslam digesa hidup sebagai hamba Allah yang bersaudara dengan masing-masing menunaikan
hak saudaranya dengan sempurna. Antara hak saudara seagamanya ialah bahawa dia tidak
menzaliminya, tidak membiarkannya dihina, tidak membohonginya dan tidak mencerca atau
menghinanya. Cukuplah seorang mukmin mendapat kecelakaan apabila dia suka menghina saudaranya.
(5) Taqwa adalah perkara tersembunyi yang ada di dada seseorang, ia bukannya suatu perkara yang
boleh didakwa. Taqwa tidak seharusnya didakwa-dakwa bahkan ia adalah perkara tersembunyi di dada,
namun ia dapat dikesan berdasarkan amalan seseorang kerana seorang yang bertaqwa hanya akan
melakukan amalan soleh dan berakhlak mulia.





ANTARA KEHENDAK KEROHANIAN DAN TARIQAT

Antara Kehendak Kerohanian Dan Tarekat
Disiarkan pada Apr 19, 2009 dalam kategori Akidah
Apabila masyarakat manusia menjadi berselerak, kelam kabut, porak peranda, kekontangan jiwa, keruntuhan nilai akhlak dan budi, sedangkan penyelesaian yang memuaskan tidak dapat ditemui, ketika seperti itu kita akan melihat bagaimana sebahagian manusia akan mula mencari agama sebagai jalan keluar. Jika pun tidak untuk merongkaikan masalah itu secara keseluruhan, sekurang-kurangnya untuk menyelesaikan keresahan atau keserabutan yang ada dalam jiwa seseorang.

Tidak mustahil di peringkat yang seperti ini, ajaran-ajaran kerohanian yang menawarkan ‘kempen-kempen ajaib’ akan mendapat perhatian sesetengah golongan. Tarekat-tarekat yang mempunyai cerita-cerita ajaib dan pelik akan mula diminati oleh sesetengah pihak sebagai satu penyelesaian ‘ekstrim’ yang kononnya dapat membuka kehidupan baru penuh cerita-cerita sakti.

Kita akan melihat banyak pihak akan mengambil kesempatan atas ‘kehausan rohani’ masyarakat. Ada yang bertujuan menyebarkan ajaran sesatnya, ada juga pula yang bertujuan untuk mengumpulkan kekayaan atau kuasa. Hal seperti ini sering berlaku ketika kemelut sosial melanda masyarakat Islam termasuk semasa zaman ‘Abbasiah. Ia juga akan berlaku dalam negara kita. Saya ingin menyentuh tajuk ini kerana banyak pihak mula bertanya tentang banyak cerita-cerita tarekat yang mula muncul dalam masyarakat kita.

Saya ingin mengingatkan pembaca tentang satu hakikat yang penting bahawa Islam itu ditegakkan atas prinsip-prinsip akidah yang jelas. Paksi akidah Islam terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Apa-apa pengalaman kerohanian yang tidak berasas akidah Islam adalah tertolak. Siapa pun syeikh, besar mana pun serbannya, sepetah mana pun dia, apa pun tafsirannya tentang kerohanian, namun jika ia bercanggah dengan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah, maka ia tertolak.

Agama-agama lain juga ada pengalaman kerohanian mereka, namun itu semua tidak dijadikan sukatan dalam ajaran Islam untuk menentukan ketepatan ajaran. Pengalaman kerohanian itu diterima jika tidak bercanggah dengan wahyu yang diturunkan. Rasulullah s.a.w ialah guru kerohanian yang agung dan utama, mengatasi segala tokoh dan syeikh tarekat. Jika ajaran kerohanian itu tidak sama dengan ajaran Rasulullah s.a.w maka itu bukan jalan hidayah yang diimani oleh seorang muslim.

Ya, kita akur persoalan kerohanian dan penyucian jiwa adalah perkara yang penting dan ada dalam ajaran Islam yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Usaha untuk membersihkan diri itu mestilah dengan panduan kedua sumber tersebut secara tepat. Tanpa tarekat tertentu, apa yang ada dalam al-Kitab dan al-Sunnah sudah memadai bagi setiap muslim. Bukanlah bererti bahawa seseorang jika tidak menyertai terekat bererti dia tidak akan dapat membersihkan diri.

Sebaliknya, sekiranya seseorang berpegang dengan ajaran Nabi s.a.w dia akan menemui semua penawar untuk jiwa. Nas-nas al-Quran dan al-Sunnah begitu banyak berhubung dengan tazkiah al-Nafs (penyucian jiwa). Ahlus Sunnah wal Jama’ah berpegang bahawa jalan untuk membersih telah pun ditunjukkan dengan jelas oleh baginda s.a.w. Itulah tonggak kerohanian. Bahkan mana-mana jalan (tarekat) kerohanian yang bercanggah dengan jalan Rasul s.a.w adalah ditolak, seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Seorang tokoh ilmuwan Islam terkenal Dr. `Abd al-Karim Zaidan dalam buku yang masyhur Usul al-Da’wah menyebut:

“Amalan soleh adalah apa yang sahih dan ikhlas kepada Allah. Apa yang sahih itu adalah yang menepati syarak, maka membuat bid`ah dalam agama dengan menambah atau mengurangkannya adalah sesuatu yang tidak dibolehkan dan tiada pahala bagi pengamalnya sekalipun dengan niat beribadah kepada Allah. Bid`ah itu lebih buruk daripada maksiat. Ini kerana bid`ah itu mengubah agama serta menghukum dan mentohmah syarak sebagai cacat, berhajatkan kepada penyempurnaan, pengurangan dan mengubahan. Ini adalah perkara yang sangat besar yang tidak boleh kita beriktikad atau beramal dengannya. Untuk itu al-Rasul S.A.W memberi amaran mengenai bid`ah, sabdanya:“Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan dalam agama, kerana setiap yang diada-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah di dalam neraka” (sahih: riwayat Abu Daud). Maka segala kebaikan apa yang bawa oleh syarak dan berpada dengannya. (m.s. 41, Beirut : Muassasah al-Risalah)

Perkara kedua yang patut kita sedar, bahawa sebahagian ajaran tasawwuf dan tarikat dipengaruhi oleh anasir-anasir luar daripada Islam, seperti unsur-unsur ajaran Kristian, Hindu, Parsi, Yunan dan lain-lain. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi:

“Para pengkaji tidak boleh membantah bahawa tasawwuf telah terpengaruh –pada tahap tertentu- unsur-unsur asing, samada anasir Kristian, Hindu, Parsi atau Yunan, juga unsur-unsur Islam. Dalam tempoh masa sekian lama, telah masuk ke dalam tasawwuf pemikiran yang pelik daripada sumber-sumber yang disebutkan tadi atau selainnya. Sehinggakan sebahagian tasawwuf sampai ke peringkat percaya kepada al-hulul, atau al-ittihad, atau wahdatul wujud. Sebahagian mereka pula bercakap mengenai qidam nur Muhammad atau yang mereka namakan al-hakikat al-Muhammadiyyah (hakikat Muhammad). Juga mereka bercakap mengenai kewalian, para wali, kasyaf, mawajid, zauq dan berhukum dengan perkara-perkara tersebut dalam nas-nas agama. Mereka memisahkan hakikat dan syariat, berpegang bahawa dalam mendidik murid tasawwuf hendaklah dia di hadapan gurunya bagaikan mayat di hadapan orang yang memandikannya. Mereka melampaui batas dalam zuhud dan apa yang berkaitan dengannya sehingga ke peringkat terkeluar dari kesederhanaan Islam kepada kerahiban Kristian”. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Thaqafah al-Da`iyah, m.s. 94-95, Beirut: Muassasah al-Risalah)

Saya menimbulkan hal ini, bukan bertujuan mematahkan semangat mereka yang ingin membersihkan diri. Saya menimbulkannya untuk kita berhati-hati. Jangan sampai ada pihak yang tersangkut dengan ajaran yang memisahkan antara hakikat dan syariat, atau dalam erti kata lain menganggap kerohanian yang mereka pelajari tidak lagi bergantung kepada al-Quran dan al-Sunnah.

Dalam kehendak ingin mendekati Allah, janganlah kita tersasul sehingga terjun ke lembah falsafah kerohanian yang mengeluarkan pemikiran dan cerita-cerita yang pelik, yang akhirnya bukan membawa insan mendekatkan diri kepada al-Quran dan al-Sunnah, sebaliknya ‘seronok sendiri’ dengan bahasa dan istilah yang dia anggap orang lain tidak tahu. Bak kata tokoh ilmuwan besar al-Syeikh Munna’ al-Qattan ketika memperkatakan tentang tafsir golongan sufi:

“Tasawwuf telah bertukar menjadi falsafah andaian semata-mata, yang tiada lagi hubungan dengan warak, taqwa dan kezuhudan. Falsafah ini mengandungi pemikiran-pemikiran yang bercanggah dengan Islam dan akidahnya”.( Manna’ al-Qattan, Mabahith Fi `Ulum al-Quran, m.s. 356, Riyadh: Maktabah al-Ma`arif).

Dalam dunia umat Islam berbagai ajaran kerohanian atau tarekat wujud. Hingga ada yang salah faham, sehingga menganggap tarekat sufi yang memakai ‘skirt’ berpusing berjam-jam tanpa henti dalam keadaan khayal seperti di Turki, itulah kerohanian Islam. Sama sekali tidak. Kita berpegang apa yang al-Imam al-Syatibi (w. 790H) kata:

“Golongan sufi juga sama seperti orang lain yang tidak maksum (terpelihara dariapada dosa). Adalah mungkin untuk mereka silap, lupa dan bermaksiat samada dosa kecil atau besar. Justeru itu para ulama menyatakan: setiap percakapan boleh diambil atau ditinggalkan, kecuali percakapan Nabi s.a.w…sepertimana kemungkinan untuk selain golongan sufi melakukan maksiat dan bid`ah, demikian mereka (ahli sufi). Maka wajib bagi kita untuk mengikut orang yang terhalang dari silap (maksudnya RasululuLah s.a.w) dan berhenti daripada mengikut sesiapa yang tidak terhalang daripada silap apabila melihat pada ikutan tersebut kekeliruan. Bahkan kita bentangkan apa yang datang daripada para imam kepada al-Kitab dan al-Sunnah. Apa yang keduanya (al-Quran dan al-Sunnah) terima, maka kita terima, dan apa yang kedua tidak terima kita tinggalkannya. Kita hanya diwajibkan mengikut syarak dan kita tidak pula diwajibkan mengikut perkataan dan perbuatan golongan sufi, melainkan setelah dibentangkannya” (kepada al-Quran dan al-Sunnah).( Al-Syatibi, Al-`Itisam m.s 165, Beirut Dar al-Kitab al-`Arabi, Beirut)
























Monday, July 13, 2009

MESYUARAT SEMASA BADAN PENGAWAS SESI 2009 - 2010.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda semua, pada pagi 14 Julai 2009 yang lalu, sekolah kami telah mengadakan mesyuarat mengejut apabila Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Pengawas Madrasah Islamiah Bandar Kuching(BKPMIBK), mengalami kemerosotan dalam biro - biro yang tertentu.


Pemilihan baru telah pun ditentukan sendiri oleh Yang Berbahagia Datin Hajah Rohani Haji Awi,Mudirah Madrasah Islamiah yang dicintai kerana ada yang tidak bersetuju memegang jawatan jawatan tersebut.


Pemilihan dan mesyuarat asal iaitu pada 13 Julai yang lalu(Hari Isnin) telah memilih dua muka baru badan pengawas iaitu saudara Awangku Mohd. Niezamuddin dan saudari Hamidah binti Kassim, untuk memulakan tugas masing - masing.




Namun terdapat bantahan dari sesetengah pengawas yang mahu mereka ditukarkan ke jawatan yang mampu mereka pegang.




Namun, kuasa Syura dan Mudirah itu sendiri tidak dapat mengikut sangat kata - kata mereka dan hendaklah menerima jawatan - jawatan tersebut dengan rela hatinya.



Apa yang penting, badan pengawas tahun 2009 - 2010 yang berkuasa mulai hari ini mampu menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.



inilah jawatankuasa baru Badan Kebajikan Pengawas Madrasah Islamiah Bandar Kuching(BKPMIBK) yang diisytihar sah oleh mudirah mulai 13 Januari yang lalu sehingga ke hari ini:





PENAUNG: DATIN USTAZAH HAJAH ROHANI HAJI AWI.


KETUA PENGAWAS: MOHD. SUBRI BIN HAJI RAFAIE.

SETIAUSAHA: SITI FARAH BINTI MOHD. NOR.



KELAB BAHASA ARAB:

KETUA: MOHD. HARITH DANIAL BIN SAPAWI.

TIMBALAN KETUA: MOHD. SUBRI BIN HAJI RAFAIE.


BIRO DAKWAH:

KETUA: HAZIQ AHMAD ZAKI BIN MOHD. ZULKIPLI.

TIMBALAN KETUA: SITI FARAH BINTI MOHD. NOR.


BIRO KHUTUB KHANAH:

KETUA: MOHD. SYAHRUL BIN HAMDAN.

TIMBALAN KETUA: ROZALIA BINTI ISMAIL.


BIRO PENERANGAN:

KETUA: AWANGKU MOHD. NIEZAMUDDIN.

TIMBALAN KETUA: HAMIDAH BINTI KASSIM.

Thursday, July 9, 2009

SYAIR - SYAIR YANG BERMANFAAT.

File MP3 Bacaan Shair Seperti Di Bawah
إِلَيْـكَ وَجَّهـْتُ الآمَالْ


*

يَا رَبِّ يَا عـَالِمَ الحَالْ

Kepada-Mu dihadap segala cita-cita.





Wahai Allah yang mengetahui

hal hamba

وَكُنْ لَنَا وَاصْلـِحِ الحَالْ


*

فَامْنُنْ عَلَيـْنَا بِالإِقْبَالْ

Serta belas kasihan dan tenteramkan hati kami.





Kurniakanlah kami nikmat perkenan dari-Mu

عَبْدُكْ فَقِيرُكْ عَلَى البَابْ


*


يَا رَبِّ يَا رَبَّ الأَرْبَابْ

Hamba-Mu berhajat,

di pintu kemurahan-Mu.





Wahai Allah Yang Maha Esa
مُسـْتَدْرِكاً بَعْدَ مَا مَالْ


*


أَتَى وَقَدْ بـَتَّ الأَسْبَابْ

Serta insaf setelah tersilap.





Menghadap-Mu dengan penuh kesal

أَسْـأَلُكَ العَـفْوَ عَـنِّي


*


يَـا رَبِّ يَـا رَبِّ إِنِّيْ

Mohon maaf segala dosa.




Wahai Allah sesungguhnya hamba

يَا مَـالِك َ المُلْكِ يَا وَالْ


*


وَلَـمْ يَخِبْ فِيكَ ظَنِّي

Wahai Allah Yang Maha Kaya.




Semoga sangkaanku tidak akan hampa

مِنْ شُؤمِ ظُلْمِي وَ إِفْكِيْ


*


أَشْـكُو إِلَيْـكَ وَ أَبْكِيْ

Kerana banyaknya dosa diri.





Hamba mengadu serta menangis

وَكَثْرَةِ القِيـلِ وَالقـَالْ


*


وَسُـوءِ فِعْلِي وَتَرْكِيْ

Banyak mengumpat,

banyak cakapan.





Jahat perbuatan, kurang amalan

عَـلَى مـُدَاوَاةِ قَـلْبِيْ


*

قـَد ْ اسْتَعَنْـتُك َ رَبِّيَ

Untuk mengubat hatiku yang liar.





Hamba harap

pertolongan dari-Mu

فَانْـظُرْ إِلَى الغَمِّ يَنْجَالْ


*


وَحَـلِّ عـُقْدَةَ كَرْبِيْ

Lihatlah arah-Nya nescaya terhindar.




Serta legakan penderitaanku

احْـلُلْ عَلَيْـنَا العَوَافِيْ


*


يـَا رَبِّ يَاخَيـْرَ كَافِيْ

Berilah kami sihat afiat.





Wahai Allah Yang Amat Pemurah

عَلَيـكَ تَفْصِيلْ وإِجْمَالْ


*


فَلَيـْسَ شَئ ثَمَّ خـَافِيْ

Segala sesuatu dalam pengetahuan-Mu.





Kerana tiada yang sulit atas-Mu

فَـلَـقـِّنِي كـُلَّ خَيْـرِ


*


يـَا رَبِّ أَنْتَ نَصِيرِيْ

Berilah hamba segala yang baik.





Wahai Allah

Engkaulah pembantuku

وَاخْتِمْ بِالإِيـمَانِ الآجَالْ


*


وَاجْعَلْ جِنَانَكْ مَصِيرِيْ

Tetapkanlah Iman di akhir hayat.





Jadikanlah Syurga tempat tinggalku

عَلَى مـُزِيلِ الضَـلالَةْ


*


وَصـَلِّ فِي كُلِ حَـالَةْ

Di atas Nabi penghapus sesat.




Selawatlah pada setiap masa

مُحَمَّـد ُ الهَـادِي الدَّالْ


*


مَـنْ كَلَّـمَتْهُ الغـَزَالَةْ

Dengan dirinya sebagai Mukjizat.




Yang mana rusa dapat berkata

عَلـَى نِعَـمٍ مِنْهُ تَتْرَى


*


وَالحَمْـدُ للهِ شُـكـراً

Di atas nikmat-Nya yang tidak putus




Segala puji bagi Allah
وَبِالـغُـدُوِّ وَالآصَـالْ


*

نَحْمَـدُهْ سِـرًّا وَجَهْراً
Kami syukuri setiap waktu




Siang malam, pagi dan petang.








WARISAN KEBANGSAAN 2009


















Bangunan


Maktab Melayu Kuala Kangsar
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Kuil Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi, Melaka
Masjid Kampung Kling, Melaka
Victoria Institution, Kuala Lumpur
Masjid Jamek, W.Persekutuan KL
Masjid Kampung Hulu, Melaka
Stadium Merdeka



Arkeologi








Bukit Jawa, Lenggong, Perak
Gua Gunung Runtuh, Perak

Kota Tampan, Lenggong, Perak
Koleksi Muzium
Arca Buddha Duduk
Loceng gangsa
Patung Avalokitesvara
Tepak Sireh Sultan Abdul Samad
Pending Melayu
Koleksi Balai Seni Lukis
Lukisan Mencelop Batik (Cheong Lai Tong)
Lukisan lembu Berlaga (Tay Hooi Keat)
Lukisan Mandi Laut (Syed Ahmad Jamal)
Lukisan Minah (Mohd. Hoessein Jamal)
Lukisan Perak River From The Residency Kuala Kangsar (Frank Swettenham)
Koleksi Arkib Negara
Surat-surat Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
Koleksi Arkeologi
Alat batu dalam Suevit - Bukit Bunuh, Lenggong, Perak



Makanan






Nasi ayam
Pulut kuning
Lemang

Teh tarik
Cendol
Tempoyak

Roti canai
Kuih koci
Karipap
Lempuk durian





Kesenian dan Kebudayaan









Boria
Hikayat Malim Deman
Hikayat Merong Mahawangsa
Tarian zapin
Karya Pendeta Za'aba
Tokoh Orang Hidup
Mohd. Bahroodin Ahmad
Tan Hooi Song
Losimin Majanil
Vatsala Sivadas
Abu Bakar Jaafar
Ali Badron Sabor









Selamat Berpuasa



SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan